18/10/2025
BASE ON TRUE STORY
MITOS—AGENT HARTANAH JAHAT???
MOHON ANDA BACA SEBENTAR,BARANGKALI IANYA MEMBANTU
Actually banyak kali juga saya terdengar atau terbaca golongan palatau yang mention lebih baik transaksi jual beli rumah jangan guna khidmat agent hartanah
Dalilnya adalah kenapa kena guna agent sedangkan boleh buat sendiri ataupun agent jahat makan Komisyen mahupun markup harga rumah melebihi nilai yang dijanjikan dengan owner
Ok sy kupas topik kedua dulu kerana topik pertama saya ulas last sekali bersama gambar..
Seorang agent selalunya markup loan untuk cover deposit 10% andai pembeli gagal sediakan tunai yang banyak,most pembeli cuma ada tunai ngam2 je bayar duit 3% + duit guaman..jika anda lihat dalam SNP tu nilai bertambah 10% tu bermakna pihak agent sedang bantu anda jualkan rumah anda dengan cara mudah.peluang nak dapat pembeli poket tebal sangat sukar terutama orang melayu..trust me duit epf 10% mereka draw untuk buat renovation..
Ok point yang pertama
Jika guna agent memang anda dikenakan Komisyen 3% dan ianya tertakluk dalam malaysia law,jangan la kedekut sangat kerana agent pun ada keluarga untuk diberi makan seperti anda juga
Satu lagi kelebihan adalah segala urusan agent mengikut rules n regulation
InshaAllah anda tidak akan tertipu sepeti gambar dibawah kerana owner kononnya tak percaya agent lalu digunakan khidmat broker
Mujur isterinya hubungi saya lalu sertakan detail
Dari gambar dibawah anda lihat broker cas owner 60k…YA BENAR OWNER DICAS 60k sebagai wang proses loan..what on earth u charge that much of money?
Sy detailkan kes ini mengikut agent
Valuation fee RM1500
Komisyen 3.24% RM 7711 (harga rumah RM238k)
Lawyer fee both side RM 8000
Loan agreement RM 5000 (selalunya masuk dalam loan)
Nilai proses loan -Free
Total semua RM 17211 sahaja
So mana datang extra RM 42,700? Bukan 4,270 tetapi 42k melebihi sepatutnya
Inilah nilai pow atas angin yang dicas kepada anda oleh broker hartanah
Kes ini sy belum tengok lagi berapa % yang dikenakan atas loan tersebut
Kami sebagai agent selalu akan bargain atau merayu kepada banker supaya kenakan interest serendah yang mungkin kepada client.walaupun client tak pernah tahu tapi itulah nilai amanah serta ijtihad kami cari rezeki yang halal
So dalam kes ni owner nyaris kena tipu RM 42,000 gara-gara tak percaya agent.tahniah kepada isteri beliau cepat hubungi saya
Inilah nilai sebuah kenaifan serta kejahilan namun Alhamdulillah masih belum terlambat
Loan dah approve sekalipun jangan rasa bersalah untuk hold atau reject selagi anda belum sign apa apa..
InshaAllah kami sebagai agent akan membantu walaupun kadang- kadang geram pun ada tapi kami tetap profesional
Perkongsian
Hj Awal Abdullah
-Hj Awal Property-
REN 42204
Group Manager