16/10/2026
PROGRAM ‘TALK TO US’ BALAI POLIS LUBOK ANTU, IPD LUBOK ANTU
Lubok Antu, Sarawak – 16 Oktober 2026 (Jumaat) – Balai Polis Lubok Antu telah melaksanakan Program ‘Talk To Us’ bertempat di Pekan Lubok Antu, bermula jam 1000 hingga 1100 hrs, dengan penyertaan lima orang pegawai dan anggota polis.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat setempat serta menyediakan platform kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan menyuarakan isu berkaitan keselamatan. Selain itu, hebahan turut diberikan mengenai talian NSRC 997, aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), serta langkah pencegahan jenayah komersil, seksual, narkotik, kecurian dan penipuan.
Sepanjang program berlangsung, tiada aduan diterima. Masyarakat setempat menyambut baik pelaksanaan program ini dan mencadangkan agar ia diperluaskan ke kawasan lain di Daerah Lubok Antu dan Engkilili. Program berjalan lancar seperti yang dirancang.