11/10/2024
Lindungi Pelaburan Anda Dengan Langkah Bijak Ni!
Menyewakan hartanah ni perkara yang berbeza berbanding pelaburan lain.
Anda bukan sahaja perlu menaruh kepercayaan kepada seseorang yang tak dikenali untuk menyewa aset milik anda, tapi penyewa juga mengharapkan anda menyediakan kediaman yang selamat didiami.
Terdapat juga beberapa langkah bijak lain yang boleh, dan PATUT anda tahu apabila ingin menyewakan hartanah.
1) Perjanjian sewa
Dokumen ini dapat melindungi pemilik dan penyewa. Ia menyatakan perincian hak dan tanggung jawab kedua-dua belah pihak, langkah bijak untuk melindungi kepentingan pelaburan hartanah sewa anda.
2) Deposit jaminan
Mengenakan deposit atau wang cagaran adalah satu amalan biasa yang diamalkan dalam pasaran penyewaan. Ini dapat mengelakkan anda sebagai pemilik menanggung kerugian sekiranya penyewa lesap tak bayar sewa, atau menyebabkan sebarang kerosakan pada unit yang disewa.
3) Insuran tuan tanah
Ia boleh naikkan kos dan pada masa yang sama elak anda rugi besar. Terdapat beberapa insurans tuan tanah yang ada di Malaysia ketika ini yang boleh mengenepikan risiko penyewa tak bertanggungjawab.
4) Komunikasi jelas
Komunikasi yang jelas adalah salah satu langkah penting dalam memuktamadkan perjanjian sewa. Pastikan anda, ejen hartanah dan juga penyewa memahami cara terbaik untuk berbincang bagi menangani sebarang masalah yang mungkin timbul.
hartanah sewa, rumah sewa, perjanjian sewa, ROI
5) Keperluan perundangan
Penting bagi anda untuk tahu hak perundangan anda. Sekiranya penyewa gagal bayar sewa atau langgar perjanjian sewa, anda perlu buat permohonan bertulis yang menjelaskan tuntutan anda sebelum memulakan proses perundangan.
Diharapkan, anda tak perlu guna langkah ni, tapi lebih baik tahu untuk persediaan awal supaya tak menyesal.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah perkembangan undang-undang penyewaan di Malaysia. Pada masa sekarang, undang-undang itu agak tak jelas, dan selalunya kes-kes terdahulu akan menjadi garis panduan untuk sebarang pertikaian berkaitan hartanah sewa.
Disebabkan itu, akan wujud masalah dalam pertikaian pembayaran, kemampuan, bahkan pengusiran. Sudah ada cadangan untuk penggubalan Akta Sewaan Kediaman (RTA) yang bakal menetapkan peraturan yang lebih formal untuk manfaat pemilik dan penyewa.
Tapi, janganlah terlalu memikirkan soal ni, sebab pelaburan hartanah sewa boleh jadi langkah bijak untuk masa depan anda.
Seperti pelaburan lain, tiada jaminan anda akan untung besar, yang boleh kita buat adalah pastikan tahu dan faham pelbagai perkara berkaitan penyewaan untuk buat keputusan bijak dan dapat hasil berbaloi!
Credit: PropertyGuru