A&S Redha Enterprise

Directions

A&S Redha Enterprise Servis pemeriksaan defect rumah & inspection sebelum terima kunci. Laporan lengkap + gambar. Area Kelantan.

Defect Liability Period (DLP): Perlindungan Hak Pemilik Rumah‼️‼️Defect Liability Period (DLP) ialah tempoh perlindungan...
07/02/2026

Defect Liability Period (DLP): Perlindungan Hak Pemilik Rumah‼️‼️

Defect Liability Period (DLP) ialah tempoh perlindungan undang-undang yang diberikan kepada pemilik rumah selepas serahan kunci, di mana pihak pemaju atau kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kecacatan binaan (defect) tanpa sebarang kos kepada pemilik.

Kebiasaannya, tempoh DLP adalah antara 12 hingga 24 bulan, bergantung kepada perjanjian jual beli (SPA) dan terma kontrak projek.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Defect?

Defect merujuk kepada sebarang kecacatan dari segi:

• Struktur
• Kemasan (finishing)
• Sistem elektrik
• Sistem perpaipan
• Keselamatan
• Kualiti pembinaan

Contoh defect yang lazim ditemui:

• Retakan pada dinding dan siling
• Kebocoran bumbung dan siling
• Lantai tile terangkat atau pecah
• Pintu dan tingkap tidak selari / tidak rapat
• Pendawaian elektrik tidak kemas atau tidak selamat
• Soket longgar dan berbahaya
• Paip bocor
• Saliran air tidak sempurna
• Wayar bumi (earthing) tidak disambung
• Kerja plastering dan kemasan tidak mengikut spesifikasi

Kepentingan DLP Kepada Pemilik Rumah

DLP berfungsi sebagai mekanisme perlindungan hak pemilik rumah bagi memastikan:

• Kualiti pembinaan memenuhi spesifikasi teknikal
• Tahap keselamatan penghuni terjamin
• Kos pembaikan tidak ditanggung oleh pemilik
• Tanggungjawab pembinaan dipikul oleh pihak yang sepatutnya
• Kualiti kerja kontraktor dapat dinilai secara objektif

Tanpa pemeriksaan yang sistematik, banyak defect akan terlepas pandang dan hanya disedari selepas tempoh DLP tamat ini akan menyebabkan pemilik terpaksa menanggung kos pembaikan sendiri.

Proses Pengurusan DLP Yang Betul

1. Pemeriksaan teknikal menyeluruh (Defect Inspection)
2. Penyediaan laporan profesional bergambar
3. Pengelasan defect mengikut kategori & tahap risiko
4. Penyediaan senarai tuntutan rasmi
5. Penghantaran laporan kepada pemaju/kontraktor
6. Pemantauan kerja pembaikan
7. Pemeriksaan semula (re-inspection) selepas pembaikan

Peranan Pemeriksaan Profesional (Professional Defect Inspection)

Pemeriksaan profesional membantu:

• Mengenal pasti defect tersembunyi
• Menilai tahap risiko keselamatan
• Menentukan keutamaan pembaikan
• Mengelakkan tuntutan ditolak oleh pemaju
• Menghasilkan dokumentasi teknikal yang sah
• Melindungi kepentingan pemilik rumah secara sistematik

Komitmen Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan defect rumah secara profesional merangkumi:

• Pemeriksaan struktur & binaan
• Pemeriksaan elektrik & keselamatan
• Pemeriksaan sistem perpaipan
• Pemeriksaan kemasan dalaman & luaran
• Laporan teknikal bergambar
• Senarai defect berformat profesional
• Panduan tuntutan DLP
• Re-inspection selepas pembaikan
• Khidmat nasihat teknikal

Lindungi Hak Anda Sebagai Pemilik Rumah

DLP bukan sekadar tempoh masa, ia adalah jaminan kualiti, ia adalah perlindungan keselamatan,
dan ia adalah hak undang-undang pemilik rumah.

Pemeriksaan hari ini, perlindungan jangka panjang untuk keluarga anda.

Hubungi kami untuk khidmat pemeriksaan rumah secara profesional, laporan kecacatan berserta gambar akan disediakan untuk anda

http://wasap.my/+60195447384/NAKCHECKDEFECT
http://wasap.my/+60129076726/NAKCHECKDEFECT

“Nampak kecil… tapi ini juga DEFECT ❗Lubang pada dinding yang ditinggalkan kontraktor tanpa penutupan kemas.Kalau dibiar...
05/02/2026

“Nampak kecil… tapi ini juga DEFECT ❗

Lubang pada dinding yang ditinggalkan kontraktor tanpa penutupan kemas.
Kalau dibiarkan, boleh sebabkan rekahan, cat mengelupas & kemasan rumah nampak tidak berkualiti.

Jangan anggap remeh defect kecill - bila rumah dah diserahkan, kos baiki tanggung sendiri.

📌 Buat Defect Inspection sebelum tempoh DLP tamat!
Kami bantu periksa setiap inci rumah anda supaya hak anda sebagai pemilik terjaga.

📲 PM kami sekarang untuk temujanji pemeriksaan.”

http://wasap.my/+60195447384/NAKCHECKDEFECT
http://wasap.my/+60129076726/NAKCHECKDEFECT

⚠️ DEFECT RUMAH: WAYAR BUMI (EARTHING) TIDAK DISAMBUNG ⚠️Semasa pemeriksaan defect rumah, kami menemui satu isu yang san...
04/02/2026

⚠️ DEFECT RUMAH: WAYAR BUMI (EARTHING) TIDAK DISAMBUNG ⚠️

Semasa pemeriksaan defect rumah, kami menemui satu isu yang sangat berbahaya iaitu wayar bumi (ground/earthing) tidak disambungkan dengan betul seperti dalam gambar.

✅ Apa fungsi wayar bumi?
Wayar bumi berfungsi sebagai laluan keselamatan untuk mengalirkan arus elektrik bocor terus ke tanah.

🚨 Bahaya jika wayar bumi tidak disambung:

⚡ Risiko renjatan elektrik kepada penghuni rumah
⚡ Peralatan elektrik mudah rosak akibat arus bocor
⚡ Risiko litar pintas dan kebakaran elektrik
⚡ Sistem perlindungan seperti ELCB/RCCB mungkin tidak berfungsi dengan sempurna

🏠 Kesan kepada tuan rumah:
Defect seperti ini nampak kecil, tetapi boleh memberi kesan besar kepada keselamatan keluarga terutama bila melibatkan kanak-kanak dan warga emas.

📌 Nasihat saya:
Defect earthing wajib dibaiki segera oleh kontraktor/elektrik yang bertauliah sebelum rumah diduduki.

Jika anda baru terima kunci rumah dan mahu buat pemeriksaan defect dengan teliti, boleh hubungi kami untuk servis inspection rumah.



http://wasap.my/+60195447384/NAKCHECKDEFECT
http://wasap.my/+60129076726/NAKCHECKDEFECT

Assalamualaikum & salam sejahtera 😊Selamat datang ke page rasmi A&S Redha Enterprise.Kami menyediakan servis:🏠 Inspectio...
03/02/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera 😊

Selamat datang ke page rasmi A&S Redha Enterprise.

Kami menyediakan servis:

🏠 Inspection Rumah / Defect Checking
✅ Rumah baru terima kunci
✅ Rumah subsale
✅ Rumah sebelum & selepas renovation
✅ Senarai defect lengkap + gambar & laporan

Tujuan kami adalah membantu pemilik rumah mengesan masalah awal seperti:
🔍 retak dinding
💧 kebocoran
🚪 pintu/tingkap tidak kemas
🧱 kemasan tidak ikut standard

📍 Servis sekitar Kelantan

📞 Untuk pertanyaan & temujanji:
Amir – 019-544 7384
Zamri – 012-907 6726

Terima kasih kerana sokong bisnes kecil kami 🙏

Address

PT6195 Taman Jintan Gemilang 4, Kampung Pangkal Changgong
Machang
18500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A&S Redha Enterprise posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby realtors & realty services