13/10/2024
Selamat tengahari semua, okay hari ni saya nak share tips penting buat korang especially yang first time nak beli rumah..
SEBELUM BELI RUMAH, APA YANG KITA KENA TAHU ATAU BUAT?
1. Mula-mula sekali buat dulu rekod dengan bank. Boleh apply kad kredit.
Yelaa kita baru kerja, bank tak kenal kita. Ni la cara kita nak cipta rekod dengan bank. Tak payah pakai pun kad kredit tu, korang simpan je.
2. Lepas tu, kita kena tahu kos2 beli rumah seperti deposit, kos lawyer, stamp duty..
Sediakan dalam 15% dari harga rumah. Ada cara untuk kurangkan kos semua tu tapi yang penting sediakan dulu.
Beli rumah baru mungkin kos tadi tu murah tapi harga rumah p**a biasanya mahal.
3. Okay, kos dah tahu. Korang cari p**a rumah. Things to consider seperti tempat, harga, market sewa, kalau nk buat sewa plak kena consider jugak target penyewa dan sebagainya. Semua ni boleh belajar.
Ambil masa beberapa bulan sebelum beli untuk survey dan belajar. Kenalah usaha sikit bukan sellau beli rumah kan. Salah beli merana p**a nanti.
4. Dokumen-dokumen nak beli rumah pun kena tahu dan sediakan. Check juga kelayakan pinjaman rumah sebab setiap bank lain-lain.
5. Jangan buat hutang-hutang lain yang tak perlu. Walaupun kereta yang murah, mungkin juga boleh buat kita tak lepas beli rumah, terutamanya untuk yang bergaji kecil.
6. Jaga rekod pembayaran hutang. Check CCRIS, percuma sahaja. Check CTOS, RAMCI untuk scoring, yg ni kena bayar sikit.
7. Ambik kira jugak kos setup rumah. Untuk yang mahu beli rumah untuk disewakan, boleh juga sewakan tanpa apa-apa perabot, basic unit sahaja.
Tapi sekarang ni penyewa ada banyak plihan, korang p**a nak kena compete dengan owner lain.
Kos setup bergantung kepada saiz rumah dengan barang-barang yang korang nak masukkan nnti. Survey dan kira kos betul-betul.
8. Last sekali, jangan beli rumah sebab ikut orang, tanpa ilmu atau guide. Sesuaikan dengan diri kita sendiri, bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.
Nak kumpul deposit bukan mudah tapi boleh kalau kita konsisten.
Credit post to: Razzaaq Ajaq