13/08/2022
Tanjung Ratna Sdn Bhd menjadi pemaju hartanah pertama yang menyediakan kemudahan kesalinghubungan internet di semua projek pembangunan hartanahnya pada masa hadapan.
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman MoU di antara Ketua Pegawai Eksekutif Tanjung Ratna Sdn Bhd, Datuk Julian Lau dan Ketua Perkhidmatan Rangkaian Maxis, Chew Choo Soon di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini
disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Ketua Pegawai Operasi Tanjung Ratna, Allan Chee berkata, bagi peringkat permulaan, kumpulan menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi bagi projek kondominium Admiral Residences di Kota Laksamana, Melaka.
Syarikat pemaju perumahan, Tanjung Ratna Sdn Bhd dan Maxis telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk penyediaan salinghubungan internet untuk projek pembangunan kondominium mewah, Admiral Residences di Kota Laksamana, Melaka.
Ketua Pegawai Operasi Tanjung Ratna Sdn Bhd, Allan Chee berkata, kemudahan perkhidmatan internet berkelajuan 1.5 gigabit sesaat (Gbps) daripada Maxis itu dapat dinikmati penduduk Admiral Residences secara percuma untuk tempoh lima tahun.
"Perjanjian ini juga akan menyaksikan Admiral Residences akan menyediakan salinghubungan jalur lebar gentian berkelajuan tinggi untuk digunakan oleh penduduk sebaik sahaja berpindah.
"Ia akan menjadi kondominium pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan ini.
"Inisiatif Tanjung Ratna ini juga selaras dengan objektif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) agar rakyat Malaysia dibekalkan dengan infrastruktur komunikasi yang komprehensif dan inklusif, serta ekonomi digital melalui pemerkasaan maklumat dan komunikasi di negara ini," katanya dalam ucapan sebelum majlis menandatangani MoU tersebut.