Tips Beli Rumah Baru

Tips Beli Rumah Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tips Beli Rumah Baru, Property management company, Matang.

08/02/2021
PR1MA - Residensi Meru RayaJenis Kediaman: ApartmenJumlah Unit: 1,011Cadangan Kawasan: 8.8 EkarStatus Tanah: Pegangan be...
08/02/2021

PR1MA - Residensi Meru Raya
Jenis Kediaman: Apartmen
Jumlah Unit: 1,011
Cadangan Kawasan: 8.8 Ekar
Status Tanah: Pegangan bebas

Cadangan Saiz Unit:
β€’ Blok A & B – Apartmen Jenis A (3R2B): 1,137 kps
β€’ Blok C & D – Apartmen Jenis B (3R2B): 959 kps
- Parking : 2

Maintenance Fee:
Jenis πŸ…°οΈ : RM 136 bulanan
Jenis πŸ…±οΈ : RM 115 bulanan

Lokasi & Akses Mudah
β€’ Akses melalui Lebuhraya Utara Selatan susur keluar Jelapang
β€’ Jalan Chemor & Jalan Jelapang.

Harga bermula dari RM 191,808

Kemudahan Yang Disediakan
β€’ Pusat Kanak-Kanak
β€’ Taman Permainan Kanak-Kanak
β€’ Dewan Komuniti
β€’ Tadika
β€’ Taman Permainan
β€’ Surau
β€’ Kolam Renang

Berdekatan:

⭐ 7 min Mydin Mall Meru Raya
⭐ 4 min Bandar Meru Raya
⭐ 4 min Terminal Bas Amanjaya
⭐ 9 min Tol Ipoh Utara
⭐ 3 min SK Chepor
⭐ 5 min Masjid Al Ansar

CCRIS & Kesan Pada Permohonan Pinjaman AndaCCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu sistem pan...
05/05/2018

CCRIS & Kesan Pada Permohonan Pinjaman Anda

CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit atau hutang seseorang.

CCRIS diselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Rekod data yang disimpan ini adalah selama 12 bulan.

CCRIS (Central Credit Reference Information System)

APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH KITA DAPAT DALAMNYA?
Rujuk gambar di atas:

A – OUTSTANDING LOANS
Merujuk kepada rekod senarai pinjaman anda contohnya pinjaman perumahan, sewa beli kereta, PTPTN, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf, pajakan emas dan lain-lain.

B – SPECIAL ATTENTION ACCOUNT (SAA)
SAA adalah hutang-hutang yang belum dijelaskan yang di masih bawah pemerhatian pihak bank. Jika anda ada rekod di sini, maka semua pinjaman baru tidak akan diluluskan kecuali anda bayar/langsaikan pinjaman tersebut.

C – APPLICATION FOR CREDIT
Menunjukkan permohonan pinjaman yang sedang diproses & dipertimbangkan beserta jumlah pinjaman yang diminta.

D – TOTAL OUTSTANDING BALANCE
Adalah jumlah baki pinjaman anda yang terkini.

E – LIMIT
Merujuk kepada jumlah had pinjaman-pinjaman anda contohnya kad kredit dengan limit RM30K.

F – INSTALLMENT IN ARREAR IN LAST 12 MONTHS
Menunjukkan berapa banyak kali anda lambat membayar installment anda dalam 12 bulan terkini. Angka 0 (kosong) menunjukkan tiada tunggakan pembayaran. Angka β€˜1’ menunjukkan 1 bulan lambat bayar/tidak bayar, β€˜2’ bermakna 2 bulan lambat/tidak bayar, dan seterusnya. Saya pernah lihat kes yang berangka ’70’

KENAPA PERLU TAHU STATUS & JAGA CCRIS ANDA?
Katakan anda baru selesai submit loan rumah anda, perkara pertama yang bank akan lakukan selepas anda submit loan application anda pada mereka adalah, mereka lihat CCRIS anda. CCRIS anda menunjukkan kedisiplinan anda membayar hutang. Jika rekod anda cantik & elok, maka mudahlah loan diluluskan. Jika ada tunggakan 1 bulan dan ke atas, maka peluang anda untuk dapat loan tersebut agak rendah atau tiada langusng.

TIPS LULUS LOAN
Jaga kecantikan rekod kewangan anda dengan membayar pinjaman anda sebelum due date yang ditetapkan. Cara saya, saya akan bayar sebulan advance untuk pinjaman rumah, kereta & sebagainya bagi mengelakkan saya terlewat bayar yang menyebabkan CCRIS akan ada bertanda β€˜1’.

# MITOS
β€œNama aku ada dalam CCRIS la, macam mana ni”. CCRIS tidak semestinya menunjukkan anda telah diblacklist. Jadi jangan panik kerana sesiapa sahaja, hatta yang hanya membuat 1 loan sahaja pun namanya ada dalam CCRIS. Seelok-eloknya, tukar habit anda untuk bayar installment sebelum due date.

CARA NAK DAPATKANNYA
Pergi ke kiosk CCRIS ground floor Bank Negara. Masukkan IC ke dalam kiosk, thumb print ibu jari anda. Tunggu seminit & laporan anda akan dicetak. Ianya PERCUMA!

Sumber : Najib Mohamed

Address

Matang

Telephone

+60174653033

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Beli Rumah Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share