FL HARTA

Directions

FL HARTA melahirkan ejen baru dalam bidang hartanah

🏡 HARGA RUMAH DULU vs SEKARANG  📅 Sekitar 1985  • Rumah teres ± RM35,000  • Gaji purata ± RM700/bulan  👉 Harga rumah ≈ 5...
25/02/2026

🏡 HARGA RUMAH DULU vs SEKARANG

📅 Sekitar 1985
• Rumah teres ± RM35,000
• Gaji purata ± RM700/bulan
👉 Harga rumah ≈ 50x gaji

📅 Tahun 2026
• Rumah teres ± RM500,000+
• Gaji purata ± RM3,000/bulan
👉 Harga rumah ≈ 166x gaji

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

💰 Nilai RM35,000 tahun 1985 hari ini
≈ RM120k – RM150k (ikut inflasi)

🏠 Tapi harga pasaran sebenar sekarang?
👉 RM500k – RM1 Juta++

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

📈 Kenapa harga rumah naik tinggi?
✔️ Urbanisasi & pembangunan pesat
✔️ Tanah semakin terhad
✔️ Permintaan pembeli meningkat
✔️ Pertumbuhan populasi

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

📌 KESIMPULAN
Dulu rumah murah, tapi gaji kecil.
Sekarang gaji naik, tapi harga rumah jauh lebih laju naik.

👉 Sebab tu ramai rasa makin susah nak beli rumah.

Nak tahu kelayakan beli rumah sekarang?
PM saya — saya bantu kira & check loan

www.wasap.my/60173951669/cekloan

Beli Rumah Untuk Investment Homestay / Airbnb — Pilih Cantik Tak Cukup, Kena Pilih BetulKalau niat awal anda beli rumah ...
16/02/2026

Beli Rumah Untuk Investment Homestay / Airbnb — Pilih Cantik Tak Cukup, Kena Pilih Betul

Kalau niat awal anda beli rumah untuk dijadikan homestay atau Airbnb, jenis hartanah yang dipilih akan tentukan sama ada urusan berjalan lancar… atau jadi pening kepala.

Ramai pelabur silap langkah sebab beli ikut rasa — “rumah ni cantik”.
Padahal homestay bukan beli rumah untuk duduk.
Homestay ialah beli aset untuk jana cashflow.

Jadi kalau itu niat anda, pilihan yang lebih sesuai biasanya ialah service apartment.

Kenapa?

Sebab projek jenis ni memang dibina dengan tujuan sewaan dan pelaburan.
Pengurusan dah biasa dengan keluar masuk tetamu, ada sistem keselamatan, SOP check-in, dan operasi harian yang lebih tersusun.

Sebab tu risiko homestay disekat jauh lebih rendah berbanding kediaman biasa.

Berbeza dengan rumah kediaman biasa — walaupun nampak cantik dan murah sedikit — kebanyakannya memang untuk didiami sendiri.
Bila buat Airbnb, mula timbul isu jiran bising, surat dari management, mesyuarat JMB panas…
Akhirnya unit tak boleh operate.

Masa tu baru terasa: loan masih jalan, tapi income mati.

Service apartment mungkin nampak mahal di awal,
tapi ia beri kepastian dari sudut operasi.

Anda beli dengan niat yang betul, ikut peraturan,
dan bina homestay sebagai bisnes yang sah.

Dalam pelaburan hartanah,
yang mahal bukan harga beli…
yang mahal ialah kesilapan pilih jenis hartanah.

Pilih betul-betul.
Atau nak mudah, guna ejen untuk carikan unit yang memang sesuai untuk pelaburan.

Simple.

Kalau anda dapat manfaat dari perkongsian ni, klik like dan share sebagai tanda sokongan.

12/02/2026

📌 Panduan Lengkap Menjadi Perunding Hartanah (REN) di Malaysia

1️⃣ Apa Kata Undang-Undang?

✅ Siapa yang boleh menjalankan urusan jual beli, sewa & pajakan hartanah?

Tuan punya hartanah sendiri

Agensi hartanah berdaftar dengan LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta)

✅ Bagaimana mengenali Agensi Hartanah yang sah?

Mempunyai No. Pendaftaran E atau VE dari LPPEH

Syarikat yang ada nama ‘Property’, ‘Realty’ atau ‘Hartanah’ tanpa pendaftaran LPPEH adalah tidak sah!

✅ Struktur dalam satu Agensi Hartanah Berdaftar:

REA (Real Estate Agent) Berdaftar ➝ Individu yang memiliki kelayakan akademik dalam hartanah & lulus temuduga LPPEH.

REN (Real Estate Negotiator) Berdaftar ➝ Individu yang menghadiri kursus 2 hari & berdaftar dengan LPPEH.

1 REA boleh menyelia maksima 50 REN.

🔗 Semakan Agensi Hartanah Berdaftar:
➡️ http://lppeh.gov.my/WP2016/

---

2️⃣ Bagaimana Nak Bermula?

✅ Langkah 1: Cari Agensi Hartanah Berdaftar

Boleh cari sendiri atau hadiri Ceramah Kerjaya (Career Talk) anjuran agensi.

Tanya prosedur, syarat, latihan, sokongan & komisen sebelum memilih agensi.

✅ Langkah 2: Hadiri Kursus 2 Hari di Institusi Bertauliah

Yuran kursus: RM600

Yuran daftar REN Tag LPPEH: RM50

Sekarang ada peperiksaan. Tapi jangan risau. Senang sahaja.

✅ Langkah 3: Dapatkan REN Tag & Mula Bekerja!

Boleh terus menjual hartanah & menerima komisen secara sah.

Bekerja di bawah seliaan REA dalam agensi berdaftar.

---

3️⃣ Berapa Kos Nak Jadi REN?

✅ Kos pendaftaran di Agensi Hartanah:
💰 RM100 – RM500 (bergantung kepada agensi)
💰 Yuran kursus LPPEH: RM600
💰 Yuran REN Tag LPPEH: RM50
💰 Kos tambahan: Kompas, pita pengukur, petrol, tol, iklan, bil telefon

🔹 Nota:

Setiap agensi berbeza dalam menyediakan latihan, kit jualan, banner, namecard & baju korporat.

Kebanyakan agensi mengenakan caj pendaftaran sebagai yuran komitmen.

---

4️⃣ Part Time REN vs Full Time REN

🔹 Dalam undang-undang tiada istilah ‘Part Time REN’, tetapi realitinya ramai bermula sebagai Part Timer.

✔ Full Time REN:
✅ Lebih banyak masa untuk fokus jualan.
✅ Berpeluang dapat komisen lebih cepat & konsisten.

✔ Part Time REN:
✅ Boleh bermula secara fleksibel tanpa berhenti kerja tetap.
✅ Tetapi hanya 2 daripada 10 REN Part Time berjaya!

🔹 Kunci Kejayaan REN Part Time:
✔ Buat jadual kerja selepas waktu pejabat & hujung minggu.
✔ Konsisten hadiri latihan, follow-up klien & listing hartanah.

---

5️⃣ Bagaimana Memilih Agensi Hartanah?

✅ 3 Kriteria Utama Pilih Agensi:
1️⃣ Siapa yang mengetuai agensi? (Pilih ketua, bukan nama agensinya)
2️⃣ Latihan & bimbingan diberikan kepada REN.
3️⃣ Kecepatan membayar komisen kepada REN.

📌 Nota:

Tiada had kawasan untuk REN menjual hartanah (boleh daftar di KL tapi jual rumah di Perak).

Smartphone & internet penting – kebanyakan urusan boleh dibuat online.

---

6️⃣ Fokus: Jual Projek Undercon atau Subsale?

✔ Undercon (Projek Baru Pemaju):
✅ Listing tersedia oleh pemaju.
✅ Pulangan komisen lebih lumayan.
✅ Tapi proses loan boleh mengambil masa lebih lama.

✔ Subsale (Hartanah Sekunder):
✅ Komisen lebih cepat diterima.
✅ Perlu cari sendiri listing (dapatkan hak menjual dari pemilik).

🔹 Boleh buat kedua-duanya, bergantung pada strategi & kepakaran.

---

7️⃣ Cara Mendapatkan Listing Hartanah

✅ Untuk Subsale:
✔ Dapatkan lantikan rasmi dari pemilik rumah.
✔ Boleh berkongsi listing dengan REN lain (guna sistem co-agency).

✅ Untuk Undercon:
✔ Dapatkan senarai projek dari pemaju yang dilantik oleh agensi.
✔ Mudah untuk REN baru kerana sudah ada listing siap!

---

8️⃣ Berapa Komisen REN Boleh Dapat?

✅ Untuk Subsale:

Agency fees 3% daripada harga jualan.

Contoh: Jika rumah RM500,000, komisen 3% = RM15,000 (dikongsi dengan agensi).

✅ Untuk Projek Undercon:

Komisen bergantung kepada pemaju (2% - 5% paling biasa).

Jika unit berharga RM300,000, komisen 3% = RM9,000 (dikongsi dengan agensi).

📌 Nota:

Komisen dibayar kepada agensi terlebih dahulu, kemudian REN akan menerima bahagian mereka selepas dipotong overriding fee agensi.

Tempoh pembayaran:

Subsale – selepas SPA dimatikan setem & pinjaman diluluskan.

Undercon – selepas pemaju menerima pembayaran pertama dari LPPSA/bank.

---

💡 Kesimpulan: Adakah Berbaloi Jadi REN?

✅ KELEBIHAN:
✔ Pendapatan tanpa had (lebih banyak jualan, lebih tinggi komisen).
✔ Fleksibel – boleh buat secara part-time atau full-time.
✔ Boleh jual hartanah di mana-mana dalam Malaysia.

❌ CABARAN:

Kos pemasaran & iklan ditanggung sendiri.

Perlu usaha keras & konsisten untuk berjaya.

Tiada gaji tetap, hanya komisen bergantung kepada jualan.

---

📢 Jadi, Jika Berminat Untuk Menjadi Perunding Hartanah...

✔ Cari agensi hartanah berdaftar dengan LPPEH.
✔ Hadiri kursus 2 hari & daftar sebagai REN.
✔ Pilih strategi – Undercon atau Subsale?
✔ Rajin buat marketing & bina networking untuk jualan konsisten.

📌 Yang penting, kena usaha & rajin follow-up! 🚀

---

Saya harap panduan ini dapat membantu mereka yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah (REN) di Malaysia.

11/02/2026

Banglo Setingkat di Ayer Keroh
Anjung Gapam, Ayer Keroh, Melaka

Butiran Hartanah:
• Lot Bumiputera
• Intermediate
• Rumah Baru & Luas
• Lokasi Strategik
• Tanah: 4,400 kaki persegi
• 4 Bilik Tidur | 2 Bilik Air
• Pajakan (Leasehold)

Amenities Terdekat:
• AEON Mall, Hospital Melaka
• Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh
• Giant Hypermarket, etc

Harga: RM560,000 (Negotiable)

Berminat? Boleh klik link dibawah👇🏼
www.wasap.my/60173951669/AnjungGapam

fahmi rosli
0 1 7-3951669
Maxxan Realty

terus maju menjual rumah
11/02/2026

terus maju menjual rumah

11/02/2026

Melaka dekat town

📍 Taman Kesidang Seksyen 2, Kg Lapan Melaka
🏡 Untuk Jual - Rumah Semi D Setingkat

📐 Saiz 3423sqft (38ft x 90ft)
🛏 3Bilik tidur & 2 Bilik Air
⭐️ Siap ada Tanah kosong untuk ubahsuai
🚗 Boleh memuatkan lebih 2 buah kereta
✅️ Lengkap dengan Kitchen Table Top

🌟 Kemudahan sedia ada
- Sekolah & Masjid
- Pasar Raya & Gerai makan
- Tadika / Pasar / Klinik
- Taman Permainan
- 5 Minit ke Pusat Bandar(CBD Area)
- Potensi Homestay
- Kejiranan Masyarakat Melayu

🔥 Harga RM3xxk (nego)

📲 Sila Buat temu janji segera
fahmi rosli
0173951669
Maxxan Realty

http://www.wasap.my/+60173951669/melaka

Address

Melaka
Melaka Pindah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FL HARTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby realtors & realty services