Bina Rumah Mersing

Bina Rumah Mersing Pembinaan dan pengubahsuaian rumah.

13 tahun tidak menjadikan kami mahir, tapi menjadikan kami lebih matang. Kami masih belajar kerana setiap tapak menjanji...
19/07/2025

13 tahun tidak menjadikan kami mahir, tapi menjadikan kami lebih matang. Kami masih belajar kerana setiap tapak menjanjikan cabaran baru. Terima Kasih kepada semua menyokong kami.

Kecil2 cili padi. Tiny House adalah konsep rekaan yang sesuai untuk kos yang lebih ekonomik dan terjangkau.
12/05/2025

Kecil2 cili padi. Tiny House adalah konsep rekaan yang sesuai untuk kos yang lebih ekonomik dan terjangkau.

Selamat menyambut tahun baru 2025 dan selamat menyambut bulan rejab 1446H. Terima kasih kepada para pelanggan yang menyo...
31/12/2024

Selamat menyambut tahun baru 2025 dan selamat menyambut bulan rejab 1446H. Terima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tahun 2024 ini.
Bagi mereka yang merancang untuk membina rumah tahun baru ini, kami mendoakan agar cita-cita tuan/puan terlaksana.
Alhamdulillah, bagi tahun 20204, kami berjaya menyempurnakan 5 unit rumah dengan serahan terakhir pada 20 Disember lalu dan serahan inilah yang sangat memberi kesan kepada kami.

Orang baik tuhan sayang.
Disini kami ingin merakamkan sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga pelanggan kami En Asman Bin Aman yang dijemput menghadap Illahi pada 24 Disember yg lepas, 3 hari selepas penyerahan rumah barunya. Semoga keluarga arwah terus tabah dan sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan mahluknya.

IBS SOLID PANELAssalammualaikum..Kami telah mula menawarkan IBS Solid Panel dalam pembinaan rumah kami. Ini antara usaha...
27/11/2024

IBS SOLID PANEL

Assalammualaikum..

Kami telah mula menawarkan IBS Solid Panel dalam pembinaan rumah kami. Ini antara usaha untuk membantu para pelanggan menangani kenaikan kos pembinaan.
Material ini telah kami gunakan sebelum ini di beberapa projek kerajaan didalam Mersing dan sekarang kami sedang membina sebuah rumah persendirian menggunakan Solid Panel ini.

Secara umumnya IBS Solid Panel merupakan elemen pratuang dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang diperbuat daripada bahan berkualiti seperti konkrit bertetulang atau campuran komposit ringan. Panel ini menawarkan kelebihan seperti pemasangan yang cepat, penjimatan kos buruh, serta pengurangan sisa pembinaan. Selain itu, IBS Solid Panel juga mesra alam kerana ia dihasilkan dengan penggunaan bahan yang minimum serta mengurangkan pencemaran bunyi dan habuk di tapak pembinaan. Teknologi ini menjadi pilihan utama dalam projek pembinaan moden kerana kecekapannya memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan

Rumah sewa.Pelaburan jangka masa panjang yang amat tinggi permintaannya di Mersing. Rumah yang kami sedang buat sekarang...
29/09/2024

Rumah sewa.

Pelaburan jangka masa panjang yang amat tinggi permintaannya di Mersing. Rumah yang kami sedang buat sekarang baru mencapai progress 60% tetapi dimaklumkan oleh tuan rumah, semua telah di "booking".

Pertama kali pelanggan tanya berkenaan jenis LED yang sesuai untuk ruang dalaman rumah. Memandangkan kami bukan pakar ID...
29/08/2024

Pertama kali pelanggan tanya berkenaan jenis LED yang sesuai untuk ruang dalaman rumah. Memandangkan kami bukan pakar ID, ini antara panduan asas untuk memilih lampu LED yang sesuai untuk ruangan dalam rumah berdasarkan Wattage dan Temperature.

Biasanya bila kita beli lampu LED samaada di kedai atau online, akan dinyatakan tahap watt dan juga temperature (K). Sebagai contoh kalau didalam bilik tidur, mungkin kita lebih selesa dengan cahaya yang agak tenang dan sedikit malap, jadi 2700-3000k adalah yang paling ideal.

Re-post..
29/08/2024

Re-post..

12/06/2024

Secara mudahnya sektor pembinaan bukan sasaran subsidi diesel. Harap bertabahlah semua yang merancang untuk membina rumah. Semoga dipermudahkan urusan anda semua.

Berapa harga sekaki? Susah kami nak jawab, ia sebenarnya bergantung kepada rekabentuk, struktur, jenis material dsbg. Ru...
21/05/2024

Berapa harga sekaki?
Susah kami nak jawab, ia sebenarnya bergantung kepada rekabentuk, struktur, jenis material dsbg.

Rumah dengan keluasan 1000kps mungkin berharga 100k atau 160k bergantung spesifikasinya. Untuk rujukan yang tepat, tuan-puan boleh dapatkan plan / rekabentuk rumah dari internet sebelum menghubungi mana-mana kontraktor rumah. Minta kontraktor berikan harga termasuk spesifikasi yang ditawarkan.

Secara umum, kos pembinaan rumah dengan di Mersing sekarang berkisar dari harga RM120-160/kps

Idea kombinasi warna.Tak ramai kontraktor rumah yang pandai pilih warna termasuklah kami😄. Biasanya geng2 Interior Desig...
16/05/2024

Idea kombinasi warna.

Tak ramai kontraktor rumah yang pandai pilih warna termasuklah kami😄. Biasanya geng2 Interior Design (ID) je yang bijak mengolah warna dan ruangan.

P/s; untuk sebarang pertanyaan sila hubungi melalui talian WA. Kami selalu terlepas pandang mesej di messenger. Terima kasih.

Assalammualaikum...design sempena musim banjir.. Banglo elevated 3 Bilik, 2 tandas. Saiz dan harga anda tentukan.. 😄Bagi...
08/01/2024

Assalammualaikum...design sempena musim banjir.. Banglo elevated 3 Bilik, 2 tandas. Saiz dan harga anda tentukan.. 😄
Bagi yang baru mengikuti page ini, kami belum lagi menyediakan pakej-pakej rumah. Kami bina rumah mengikut spesifikasi dan rekabentuk yang dikehendaki oleh pelanggan.

Tuan/puan sebenarnya yang menentukan kos pembinaan, kami menyediakan pilihan dan cadangan untuk memenuhi bajet semua.
Selamat tahun baru 2024.

kredit gambar : KH Design

Maaf, lama tak update page ni. Buat yang bertanya, kami masih aktif cuma untuk sementara, kami terpaksa fokus menyempurn...
01/10/2023

Maaf, lama tak update page ni. Buat yang bertanya, kami masih aktif cuma untuk sementara, kami terpaksa fokus menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Kerja-kerja pembinaan rumah masih berjalan seperti biasa.

Harga? Untuk bulan oktober ini rasanya akan ada harga baru. Simptom kenaikan dah mula ada sekarang, bekalan besi tiba-tiba agak susah nak dapat. konsep sama macam telur dan beras 😊

Address

Mersing
86800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bina Rumah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bina Rumah Mersing:

Share