W.K.T Empire

W.K.T Empire Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from W.K.T Empire, Real Estate, Miri.

MENANGANI DAKWAAN TIDAK BERASAS DAN MENJAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT LAWASSaya turut terpanggil serta memandang serius dak...
29/03/2026

MENANGANI DAKWAAN TIDAK BERASAS DAN MENJAGA KEHARMONIAN MASYARAKAT LAWAS

Saya turut terpanggil serta memandang serius dakwaan yang tular melalui saluran Buletin 757 serta hantaran oleh halaman “Kam Agong Lawas” yang mengaitkan tiga pemimpin utama Lawas iaitu Awang Tengah Ali Hasan, Henry Sum Agong dan Baru Bian dengan gejala penyalahgunaan dadah jenis syabu di daerah ini.

Kenyataan tersebut adalah kurang berasas, tidak bertanggungjawab serta bersifat mengelirukan. Isu penyalahgunaan dadah merupakan cabaran nasional yang tidak hanya berlaku di Lawas, malah melibatkan pelbagai kawasan lain di seluruh negara. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk meletakkan kesalahan secara mutlak (100%) ke atas mana-mana individu, apatah lagi pemimpin yang telah lama berkhidmat kepada masyarakat.

Masalah dadah perlu ditangani secara kolektif melalui peranan agensi penguatkuasaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta kerjasama berterusan daripada masyarakat setempat. Pendekatan menyalahkan individu tertentu tanpa bukti kukuh hanya akan menjejaskan usaha bersama dalam membanteras gejala ini.

Lebih membimbangkan, kenyataan oleh “Kam Agong Lawas” — yang dipercayai bukan berasal dari komuniti tempatan — serta laporan Buletin 757 telah menimbulkan persepsi seolah-olah Lawas sedang berada dalam keadaan darurat dadah. Naratif ini adalah keterlaluan dan berpotensi mencetuskan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Lawas yang selama ini hidup dalam suasana aman dan saling menghormati antara kaum.

Dalam konteks sensitiviti kaum dan hubungan sosial di Lawas, penyebaran maklumat yang tidak tepat dan berunsur provokatif adalah amat tidak bertanggungjawab. Ia bukan sahaja mencalar imej daerah, malah boleh menjejaskan perpaduan yang telah lama dipupuk.

Sehubungan itu, tindakan Baru Bian untuk membawa perkara ini ke saluran perundangan adalah tepat pada masanya dan wajar disokong. Langkah ini bukan sahaja bertujuan mempertahankan reputasi ketiga-tiga pemimpin tersebut, tetapi juga sebagai isyarat tegas bahawa penyebaran fitnah dan dakwaan tidak berasas tidak boleh dibiarkan berleluasa.

Kami juga mengambil maklum kewujudan pihak luar atau individu yang cuba “meneguk di air keruh” dengan mengungkit isu-isu lama berkaitan keputusan pembangunan terdahulu, termasuk pembatalan beberapa projek jambatan. Tindakan ini jelas bermotifkan kepentingan tertentu dan tidak mencerminkan gambaran sebenar usaha pembangunan yang sedang giat dilaksanakan.

Hakikatnya, projek seperti Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) yang kini dalam fasa pembinaan adalah satu pencapaian besar yang bakal memberi impak signifikan kepada pembangunan sosioekonomi kawasan pedalaman, bukan sahaja di Lawas dan Sarawak, malah melibatkan Sabah, Brunei dan juga wilayah Indonesia yang bersempadan. Ini membuktikan komitmen berterusan dalam merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan pedalaman yang sebelum ini wujud akibat fokus tidak seimbang oleh kepimpinan terdahulu.

Akhir sekali, kami menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat, menghormati sensitiviti masyarakat setempat, serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka secara profesional.

Kebenaran harus ditegakkan, keharmonian mesti dipelihara.

Sekian.

15/03/2026


19/01/2026

PENGUATKUASA MBM/MCC
Menyita ,Merampas Buah Durian..Mengambil Hak orang sama seperti Mencuri di Siang Hari.

Parking Lot Tamu Luak, Miri —09/11. this driver is really stupid, brain must be in his knees. I had been signaling for a...
09/11/2025

Parking Lot Tamu Luak, Miri —09/11. this driver is really stupid, brain must be in his knees. I had been signaling for a while to enter because I was giving way to a car reversing out of a parking spot, then suddenly this idiot QM6876F, cut-in and took the spot...

Address

Miri

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when W.K.T Empire posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category