14/08/2024
Takaful VS Insurans Konvensional!
Alhamdulillah semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan perlindungan Takaful/Insurans. Walaupun Insurans / Takaful pada asasnya nampak sama. Tapi, ada beberapa perbezaan.
Di bawah ni saya senaraikan perbezaan antara Takaful VS Insurans Konvensional.
1. Takaful tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013 manakala insurans p**a tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013
2. Takaful menggunakan sistem saling membantu antara satu sama lain manakala insurans p**a menggunakan konsep pemindahan risiko daripada individu kepada syarikat insurans.
3. Takaful menggunakan Akad Tabbaru’ iaitu berdasarkan derma dan sumbangan. Insurans p**a menggunakan Akad Jual Beli.
4. Takaful adalah pelaburan patuh syariah kerana wang sumbangan atau caruman yang diterima daripada peserta akan dilaburkan di platform patuh syariah. Manakala insurans p**a adalah pelaburan konvensional. Caruman yang diterima daripada pemegang polisi akan dilaburkan di mana-mana platform tanpa mengira samada ia patuh syariah atau tidak.
5. Takaful mempunyai Panel Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memastikan syarikat takaful mematuhi semua garis panduan berpandukan syariat Islam. Sementara itu, insurans p**a tidak dipantau oleh Panel Penasihat Syariah.
6. Syarikat Takaful akan mengagihkan lebihan keuntungan yang diperolehi kepada para pencarum. Tetapi, syarikat Insurans p**a tidak berkongsi lebihan keuntungan kepada para pelanggan mereka.
7. Takaful bebas daripada unsur gharar (keraguan) kerana kontrak yang dibuat adalah jelas. Manakala insurans p**a mempunyai unsur keraguan.
8. Insurans konvensional terdapat unsur riba kerana pemegang polisi mencarum dan wang caruman tersebut digunakan oleh syarikat insurans untuk membayar tuntutan dan memperoleh keuntungan walaupun tidak terdapat sebarang tuntutan daripada pemegang polisi.
10. Pihak syarikat adalah pengendali risiko manakala untuk insurans p**a, pihak syarikat adalah penanggung risiko.
Di Malaysia ni mudah ja kalau kita nak tahu sama ada plan yang diambil tu Takaful / Insurans. Jika perlindungan yang diambil tulis insurans tu maksudnya Insurans Konvensional. Jika Takaful, dekat plan perlindungan yang diambil akan ditulis Takaful.
Jika ada sebarang pertanyaan atau nak minta review polisi/sijil sedia ada, boleh klik link di bawah untuk terus hubungi saya:
Azam
www.wassap.my/60176583347/Reviewsijiltakafulatauinsurans