Idil Farm

Idil Farm Memperkasakan Pertanian Untuk Ekonomi Keluarga

21/04/2025

Cc to Ahmad Isa

Copy and paste

"Abang, ada orang nak pinjam duit RM5,000, macam mana ya? Boleh bagi nasihat tak?"

Tanya Adilah pada aku.

"Ayang pernah dengar cerita Sang Kerbau & Sang Keldai?" tanya aku.

"Tak pernah, apa kena mengena?" tanya Adilah.

"Ok meh sini abang cerita.." aku mulakan cerita.

Di sebuah ladang, ada seekor kerbau & keldai berkawan baik. Mereka tinggal bersama di kandang yang sama.

"Penatlah setiap hari kerja kat ladang, hari-hari kena banting tulang.."

Si Kerbau mengadu nasib kepada si keldai.

"Kau bestlah keldai, kau pakai pakaian cantik & bawa tuan keluar jalan-jalan bila perlu je. Lepas tu makan & rehat.." sambung si kerbau mengeluh.

Si keldai kasihan melihat kawan baiknya rasa tersakiti. Si keldai nak bantu kawannya dalam kesusahan.

"Aku ada 1 cadangan!" kata keldai.

Kerbau angkat sedikit kepala tanda berminat.

"Esok, kau buat-buat sakit, mesti tuan kita bagi kau rehat!" cadang si keldai.

"Betul juga!" kata kerbau sambil urut janggutnya. (haha)

Keesokan harinya..

"Bos, kerbau kita sakit, tak boleh buat kerja ladang harini.." kata peladang pada majikannya.

"Kerja perlu diteruskan!" kata majikan.

"Kalau kerbau sakit, suruh keldai ganti tempat kerbau di ladang!" arah majikan.

Peladang menarik keldai ke ladang untuk buat kerja kerbau sepanjang hari.

Menjelang petang, keldai balik ke kandang.

"Terima kasih keldai, kau memang bijaklah! Harini aku dapat rehat sepanjang hari!" kata kerbau dengan ceria.

Muka keldai tak senyum.

"Ceh, dasar pemalas! Disebabkan kau buat-buat sakit, aku yang kena kerja keras tahu takk!!" marah si keldai.

"Habis sakit badan aku ni buat kerja kau!"

"Aku dengar tuan cakap, kalau kau sakit lagi, tuan nak sembelih kau! Biar padan dengan muka kau!" hambur si keldai.

Kerbau terkejut.

Bukan ke itu idea si keldai?

Sejak hari itu, mereka tidak lagi berkawan baik & tidak bercakap sesama mereka lagi.

Tamat.

"Faham tak cerita ni?" tanya aku pada Adilah.

"Faham, tapi tak faham, apa moralnya?" tanya Adilah.

"Gini.."

"Ayang ibarat si keldai, nak cuba tolong kawan yang nak pinjam duit, kawan tu ibarat kerbau dalam kesusahan.."

"Ayang beri pinjam duit pada dia & masalah kawan tu selesai.."

"Tapi bila ayang minta balik duit, dia beri macam-macam alasan sehingga menyusahkan ayang balik.."

"Bila kawan tu tak p**ang duit, kalian akan bermasam muka dan akhirnya putus kawan, duit pun tak dapat balik.."

"Ohhh faham.." kata Adilah sambil urut dagunya.

"So, apa yang ayang kena buat ni? Dia kawan baik ayang.." Adilah kembali berkerut.

"Ok ada beberapa tips kalau nak bagi pinjam pada kawan ni.."

"Pertama, dia kena c***r sesuatu yang harga sama dengan duit sebagai tukaran duit RM5,000, contoh : gelang emas.."

"Kalau dia tak boleh bayar balik, sekurangnya ada gelang emas pada ayang.."

"Kedua, adakah dia bekerja & dapat gaji tetap atau tidak? Kalau ya, buat agreement bayaran balik setiap bulan. Kalau tiada kerja tetap, kemungkinan duit tu akan burn.."

"Ketiga, kalau dia tiada c***ran atau kerja tetap, anggaplah duit yang ayang beri tu sedekah. Sebab duit tu takkan kembali.."

"Faham ke ni?" tanya aku.

Adilah diam. Mungkin tengah hadam apa yang aku cerita ni.

Tuan puan yang mulia..

Beri pinjam pada orang yang memerlukan adalah sangat mulia..

Tapi janganlah sehingga menyusahkan diri kita kembali.

Ahmad Isa.

Simple but nice Idea
13/12/2023

Simple but nice Idea

Kenikmatan dapat duduk depan kipas sambil makan timun sebijik memang tak boleh di cerita
16/11/2023

Kenikmatan dapat duduk depan kipas sambil makan timun sebijik memang tak boleh di cerita

Alhamdulillah syukur hujan turun,moga tanah lembut la sikit berbanding sebelum ni.. punya keras dan padu
15/11/2023

Alhamdulillah syukur hujan turun,moga tanah lembut la sikit berbanding sebelum ni.. punya keras dan padu

15/11/2023

Padu ke tak padu besi tu, nak di tanam dalam tanah.. hanya tuhan je la tempat kita berharap, memang mantul kalau bawah ada batu ,tunggul kayu, karpet pun ada.. memang mencabar betul

Gambar di ambil semasa matahari hilang di tutup awan, masa nak start kerja kebanyakan masa tanpa awan..macam tau je bila kita nak mula menanam besi

Yang paling utama dalam hal ni, team bekerja tu mampu menerima kita yang memang agak pelahan bekerja, al maklum.. tak biasa buat kerja berat..kerja di bawah matahari berbeza dengan bekerja dalam masa yang sama melakukan kerja tu...

Tafsiran mampu tahan kerja bawah matahari ni simple kalau hanya jadi supervisor scop lain, kalau jadi boss lain, dam jika jadi kongsi kong lain skop kerja

Bukan salah mereka tetapi kita yang kena cari skill yang di perlukan, didik diri sendiri untuk memahami setiap hari apa ...
13/11/2023

Bukan salah mereka tetapi kita yang kena cari skill yang di perlukan, didik diri sendiri untuk memahami setiap hari apa yg kita belum tahu
Seusai umur di mamah masa.. apa yang telah kita pelajari

Sesungguhnya bumi kita bumi bertuah,cuma kita sendiri perlu membuat banyak network supaya lebih mudah di kemudian hari

Jangan kita kata tanpa kita tak jalan keje . Sebab mereka yang datang dari luar tu umpama semut ๐Ÿœ yang berupaya untuk hidu mana ada kemanisan di sesuatu kawasan

Jika tidak ada pelapis dalam bidang ini sudah tentu kita akan terus di permainkan bukan hanya start dari hasil penjualan tetapi dari nak menghasilkan buah atau tanaman

Ayuh bangkit,bangun dari tidur bangsaku!! Makanan untuk anak-anak bangsa Melayu perlu di pelihara dan di perbaiki mutu.. jangan hanya bergantung kepada import dari luar lagi

Membuat kerja-kerja alignment adalah proses awal selepas kerja marking layout untuk plot.. pentingnya kita buat marking ...
12/11/2023

Membuat kerja-kerja alignment adalah proses awal selepas kerja marking layout untuk plot.. pentingnya kita buat marking yg pelbagai supaya kita sendiri tidak lupa berapa jarak antara frame A,B ,C dan yang paling utama ada memastikan jarak untuk setiap frame yang telah di alignment tu kita buat double check up pada 2 garisan ... 5ft dan 5ft 3'.. sebelum kita tujah terus ke dalam tanah
Kerja-kerja menanam ni memang seperti kehidupan sebab di dalam tanah bukan sahaja telah mempunyai batu asal ,akan tetapi ia juga mengandungi batu yang kadangkala org buang.. ramai menyangka apabila nak menanam dan dapat level yang elok dan tidak bertakung air adalah dengan meletakkan crusher run.. itu adalah pemahaman yang salah..sebabnya.. hanya yang menanam je akan rasa azab tersebut
Matahari masih memancar panas walaupun jam ketika gambar di ambil telah menunjukkan 6.30petang..memang letih badan bila bekerja dari awal pagi hingga lewat petang

12/11/2023

C&p dari group surau Al Huda
Bahan membaca yang panjang

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Menuju Kemenangan

Setiap orang mengharapkan kejayaan dan kemenangan dalam hidup ini. Namun kejayaan dan dan kemenangan yang hakiki bukan hanya untuk dikecapi di dunia, malah yang lebih penting adalah kejayaan dan kemenangan di akhirat.

Kejayaan serta kemenangan itu menuntut pengorbanan dan amal yang berterusan. Bagi orang yang beramal, tiada istilah waktu untuk bersantai atau berehat dalam diari hidupnya.

Walaupun seseorang itu telah pencen dari segi kerja rasmi beliau atas faktor telah sampai umur persaraan wajib, namun tugas hakiki sebagai hamba Allah dan khalifah tetap berterusan.

Imam Syafie Rahimahullah pernah mengungkapkan :

โ€ŽุทูŽู„ูŽุจู ุงู„ุฑู‘ูŽุงุญูŽุฉู ููู‰ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ู„ุงูŽูŠูŽุตูุญู‘ู ู„ูุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ู…ูุฑููˆุกูŽุงุชู ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏูŽู‡ูู…ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฒูŽู„ู’ ุชูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููู‰ ูƒูู„ู‘ู ุฒูŽู…ูŽุงู†ู

โ€œMencari istirehat di dunia ini tidaklah dibenarkan bagi orang-orang yang mempunyai harga diri, kerana sesungguhnya seseorang di antara mereka masih akan tetap mengalami kelelahan di waktu bila-bila punโ€

Kemenangan harus ditempuh dengan kelelahan.

Biarlah segala-galanya hilang, menjadi tua, lemah dan tidak berdaya. Jika kita bertemu Allah nanti, saat sakaratul maut datang menjemput, katakanlah kepada yang dikasihi: โ€Wahai Tuhanku, saksikanlah tubuh kurusku yang berpenyakit, mata rabunku, tulangku, darah dan dagingku semuanya aku persembahkan kepada-Mu, mereka semua pernah beribadat, berjuang dan bekerja mencari keredaan-Mu, Ya Allah. Bangkitkan mereka pada hari akhirat nanti dengan bekas perjuangan pada jalan-Mu.โ€

Nabi SAW bersabda :

โ€ŽูŠูุจู’ุนูŽุซู ูƒูู„ูู‘ ุนูŽุจู’ุฏู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูŽุง ู…ูŽุงุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

โ€œSetiap hamba akan dibangkitkan berdasarkan keadaan meninggalnyaโ€ (HR Muslim no 2878)

C&p dari group surau Al Huda Seri KembanganBahan membaca yang panjangASSALAMUALAIKUM WBT.Hikmah Disebalik Ujian (2)Dalam...
12/11/2023

C&p dari group surau Al Huda Seri Kembangan
Bahan membaca yang panjang

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Hikmah Disebalik Ujian (2)

Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah SWT mengingatkan, setiap kita pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya. Siapa yang paling baik kualiti amalannya.

โ€Žุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽูŠูŽุงุฉูŽ ู„ููŠูŽุจู’ู„ููˆูŽูƒูู…ู’ ุฃูŽูŠู‘ููƒูู…ู’ ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ู ุนูŽู…ูŽู„ู‹ุง ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุงู„ู’ุบูŽูููˆุฑู

โ€œDialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).โ€

Ibnu Katsir menafsirkan kalimah amalan sebagai amalan yang baik (ahsan) ialah sebaik-baik amalan dan bukan amalan yang banyak. Bermaksud amal yang berkualiti lebih diutamakan berbanding kuantiti amalan.
Dalam ertikata yang lain, ujian yang menimpa kita menuntut kesabaran dan ketabahan menghadapinya, redha di atas ujian yang diberi dan semakin bersungguh dan mengikhlaskan diri dalam melakukan amal soleh.

Ibnu Umar menyatakan bahawa Rasulullah SAW. ketika membaca ayat ini bersabda: โ€œmereka yang paling menjaga diri dari perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dan yang paling bersegera dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTโ€.

Apabila kita diuji, ketahuilah ujian itu untuk melihat kualiti amal kita. Kesabaran menghadapinya serta keredhaan menerimanya. Antara hikmah lain ujian yang dilalui;

1. Allah Berikan Satu Musibah Untuk Mengelakkan Musibah Yang Lebih Besar.

Kita mungkin tidak perasan, bila kita diuji dengan satu musibah sebenarnya Allah mengadakan musibah itu untuk mengelakkan kita dari satu musibah yang lebih besar. Contohnya sewaktu kita bergegas untuk ketempat kerja di waktu pagi, tengok-tengok tayar kereta kita pancit!. Kita terpaksa menggantikan terlebih dahulu dengan tayar lain hingga melewatkan perjalanan ketempat kerja. Rupanya dipertengahan jalan kita bertemu kemalangan yang teruk melibatkan banyak kenderaan! Jika Allah tidak datangkan musibah kecil tadi ada kemungkinan besar kita mungkin terlibat dengan kamalangan yang lebih dahsat tadi.

2. Musibah Untuk Memberi Kesedaran Pada Kita

Didatangkan musibah sebagai peringatan, teguran yang mungkin selama ini kita rasa hebat sehingga melahirkan sifat sombong, riak dan takabur. Musibah yang kita terima mengingatkan betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai hamba, hanya mengharapkan bantuan daripada Allah SWT.

Disebalik ujian dan musibah itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat disebalik yang tersurat.

3. Musibah Memberi Iktibar Kepada Orang Lain

Kita yang melihat musibah yang menimpa orang lain sewajarnya menjadikannya sebagai pengajaran. Tiada siapa yang boleh lari dari ketetapan qada dan qadar Allah.

4. Tanda Allah Masih Sayang Kita, Beristighfar Dan Kembali Kepangkal Jalan

Setiap ujian adalah tanda Allah masih sayang kita agar kita segera sedar. Jika Allah tak sayang kita pasti kita dibiarkan hingga kita terpedaya dan lalai dalam kehidupan ini.

Ada kalanya kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebaliknya. Allah yang lebih mengetahui mana yang terbaik untuk kita. Barangkali dengan datangnya ujian buat kita, itu yang terbaik untuk menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT.

Manis tembikai ๐Ÿ‰ merah dan kuning..isi padu krup krap je bila masuk mulut..makan masa panas ni kalau bole nak habiskan s...
11/11/2023

Manis tembikai ๐Ÿ‰ merah dan kuning..isi padu krup krap je bila masuk mulut..makan masa panas ni kalau bole nak habiskan sebiji terus..tapi dah sebiji pun besar memang kenyang terus perut

Apabila kita bekerja di suatu tempat berlainan team , kita pasti akan cakap team lain macam tak ade planning...namun yan...
11/11/2023

Apabila kita bekerja di suatu tempat berlainan team , kita pasti akan cakap team lain macam tak ade planning...namun yang paling pasti adalah melihat diri kita sendiri adakah kita dah rancang untuk next step dan next season p**a

Address

Nilai
71800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60177150766

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Idil Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category