18/01/2022
APA STEP SELEPAS HABIS BAYAR RUMAH?
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1) Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2) Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3)Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4)Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5) Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6) Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7) Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.
Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.😁