13/09/2026
PEMBENTANGAN AKHIR PROJEK KUMPULAN CERTIFIED HUMAN RESOURCE MANAGER (CHRM) PUBLIC SECTOR TAHUN 2026 | 12 SEPTEMBER 2026
Telah berlangsung sesi Pembentangan Akhir Projek Kumpulan bagi program Certified Human Resource Manager (CHRM) Public Sector Tahun 2026 yang merupakan anjuran Pusat Pembangunan Pentadbiran (PPT), ILD UiTM dengan kerjasama Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM).
Program ini menghimpunkan 22 orang peserta yang merentas pelbagai skim jawatan daripada enam universiti dan agensi awam termasuklah UiTM, MARA, UKM, UTM, UPSI dan UniMAP. Sesi pembentangan yang dilaksanakan secara bersemuka di Auditorium Perdana, ILD UiTM Bandar Enstek ini telah diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Encik Che Wan Kamarul Hishysam Che Wan Ahmad, Pengarah PPT, yang mewakili Penolong Naib Canselor ILD UiTM.
Pengisian sesi pembentangan menyaksikan perpaduan idea, inovasi dan strategi pengurusan sumber manusia yang holistik merangkumi kepakaran pelbagai bidang seperti perubatan, psikologi, pendidikan, kejuruteraan dan pentadbiran awam.
Sesi penilaian telah dikendalikan oleh barisan panel pakar berkaliber iaitu YBrs. Puan Rohaizah Hussin (Pengurus Bakat & Operasi Perniagaan, mewakili Presiden MIHRM), YBrs. Prof. Ir. Dr. Zuhaina binti Haji Zakaria (Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM) dan YBrs. Tuan Haji Abdul Manaf bin Mohamed Yasin (Penasihat Sumber Manusia, Hevaluation Foundation Saudi Arabia).
Program ini turut mendapat sokongan padu dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi universiti dan agensi awam termasuk Pendaftar UiTM, YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin; Pendaftar UTM, YBhg. Datoโ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah; Pendaftar UKM, YBrs. Tuan Haji Zainudin bin Mohd Daud; serta Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, YBrs. Encik Fazli Rizal bin Ismail.
Program ini menyokong pembangunan kompetensi pengurusan sumber manusia dan pembangunan bakat dalam memacu transformasi organisasi sektor awam. Sekalung penghargaan dirakamkan kepada pihak MIHRM, barisan panel penilai, tetamu jemputan kehormat, serta kesemua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh peserta yang bakal diraikan dalam Majlis Graduasi pada 31 Oktober 2026 kelak, semoga ilmu dan kepakaran yang diraih terus memperkasa pengurusan sumber manusia di agensi masing-masing.
MIHRM (Malaysian Institute of Human Resource Management