Jual Beli Rumah

Jual Beli Rumah Menyediakan platform perkhidamatan jalan penyelesaian setiap isu yang dihadapi masyarakat di sektor hartanah di Malaysia

07/02/2020

BUAT 6 PERKARA INI SEBELUM NAK SEWAKAN RUMAH ANDA
=========================================

Di sini disenaraikan 5 perkara yang perlu dititikberatkan sebelum nak sewakan rumah anda:

1. Perjanjian Sewa
Ini perkara paling penting kerana jika apa-apa berlaku, kita boleh rujuk kepada perjanjian bertulis yang telah dipersetujui. Kebiasaanya, tuan rumah yang akan menyediakan perjanjian ini.

Namun sebagai penyewa, baca dulu isi kandungan perjanjian dan sebarang ketidakpuashatian boleh bagitahu awal-awal kepada tuan rumah supaya tidak berlaku sebarang isu berbangkit di kemudian hari.

2. Isi Kandungan Perjanjian Sewa
Pastikan isi kandungan perjanjian melindungi kedua-dua pihak. Di antara isi kandungan yang perlu ditikberatkan adalah tarikh sewa perlu dibayar, apa yang boleh dan tak boleh dibuat oleh samaada penyewa atau tuan rumah, dan jika ada sebarang kerosakan, siapa yang perlu menanggung kos tersebut.

Semua terma dan syarat perlu jelas dan difahami kedua-dua pihak.

3. Keadaan rumah
Pastikan keadaan rumah baik-baik sahaja dan jika ada sebarang kerosakan maklumkan segera kepada tuan rumah. Saya sendiri pernah mengalami situasi ini di mana kabinet dapur ada ‘minor defect’ tetapi saya mengambil mudah perkara itu dan tak maklumkan kepada tuan rumah.

Semasa ingin keluar dari rumah sewa tersebut, tuan rumah memotong sedikit deposit kerana beranggapan kerosakan adalah disebabkan kecuaian saya.

4. Tuan Rumah
Carilah tuan rumah yang kita selesa berurusan dengannya. Kalau boleh berurusan terus tanpa melalui ejen lagi baik. Kalau awal-awal tuan rumah berperangai lain macam jer, pertimbangkan untuk cari rumah sewa yang lain.

5. Tanggungjawab
Perjanjian dah dibuat dan ditandatangani tetapi kalau masing-masing tak ikut, akan timbul masalah juga nanti. Pastikan sewa dibayar tepat pada waktunya, jangan buat aktiviti-aktiviti yang dilarang dalam rumah tersebut, dan jaga harta benda tuan rumah macam jaga harta sendiri.

Jika ada masalah kewangan dan tidak boleh bayar mengikut waktu, bincang secara baik dengan tuan rumah. Jika tiada penyelesaian, nak tak nak penyewa kena cari jugalah penyelesaian sebab tuan rumah pun ada komitmen yang perlu dijelaskan.

Jangan maki hamun tuan rumah pulak. Cuba jadi professional.

Mudah Tapi Sangat Praktikal
Tips-tips di atas nampak mudah, tapi jika ada sebarang masalah amat berguna kepada kita. Oh sebelum terlupa, pastikan perjanjian tersebut di ‘stamping’ atau dimatikan setem. Perjanjian tanpa ‘stamping’ adalah tak sah daripada segi undang-undang, walaupun ada tandatangan penyewa dan tuan rumah.

Kos ‘stamping’ boleh dikongsi di antara tuan rumah dan penyewa, walaupun pada kebiasaannya penyewa yang bayar.

CC : Majalah Labur
Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan rumah2 ini sila klik link wasap ini.
www.wasap.my/601136572902/MampuKeRumah2025
www.wasap.my/601136572902/MampuKeRumah2025
www.wasap.my/601136572902/MampuKeRumah2025
INGAT YA! WAKTU YANG TERBURUK UNTUK MEMBELI RUMAH ADALAH "NANTI".



https://www.iklanlah.com/…/55672-1sty-jalan-nenas-taman-kot…

Contact us : Qid : 01136572902Book your dream home with us here
01/02/2020

Contact us : Qid : 01136572902
Book your dream home with us here

Rumah Teres 2 Tingkat Kos Sederhana Rendah Jalan Nenas 24, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor. 3 Bilik tidur 2 Bilik air Unit Rumah berhadapan dengan padang.. lokasi yang strategik dan selesa.. *Tanpa Deposit *Tanpa Booking *Loan Di uruskan *Percuma Maintenance termasuk pagar dan cat baru. Sebara...

Address

Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601136572902

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jual Beli Rumah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jual Beli Rumah:

Share

Category