jpkkoa Bukit Kepong

jpkkoa Bukit Kepong SELAMAT DATANG KE KOA BUKIT KEPONG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

*PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI@MERDEKA* 1 SEPTEMBER 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSONTelah berlangsung...
02/09/2024

*PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI@MERDEKA*

1 SEPTEMBER 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Telah berlangsung program JIWA KOMUNITI MADANI@MERDEKA dengan kerjasama antara JPKKOA Bukit Kepong dan Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson pada 1 September 2024 (Ahad) bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Faizal bin Haji Ramli (ADUN Kawasan Linggi). Turut hadir bersama ialah Puan Azuraini binti Abd Majid ( Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson) dan Tok Batin Omar bin Goming (Batin KOA Bukit Kepong).

Program ini bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan berkaitan bulan kemerdekaan kepada penduduk kampung.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan mewarna bendera Jalur Gemilang, Kuiz berkaitan Kemerdekaan Dan Pertandingan Fesyen Baju Kemerdekaan.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

*MESYUARAT BIL 2-2024 JPKKOA BUKIT KEPONG PASIR PANJANG PORT DICKSON * 28 APRIL 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, ...
29/04/2024

*MESYUARAT BIL 2-2024 JPKKOA BUKIT KEPONG PASIR PANJANG PORT DICKSON *

28 APRIL 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Telah berlangsung Mesyuarat Bil 2-2024 JPKKOA BUKIT KEPONG pada 28 April 2024 (Ahad) bertempat di Balairaya Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Turut hadir bersama ialah Tok Batin Omar bin Goming (Batin KOA Bukit Kepong).

Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan isu-isu dan permasalahan di Koa Bukit Kepong. Pada kali ini mesyuarat agak istimewa kerana JPKKOA Bukit Kepong mengadakan jamuan hari raya aidilfitri kecil-kecilan. Alhamdulillah ramai yg hadir. Makanan jamuan disediakan secara potluck oleh semua Ajk JPKKOA Bukit Kepong. Pelbagai menu disediakan oleh Ajk iaitu rendang ayam, rendang daging, mee goreng, popia, roti sardin, nasi himpit, nugget goreng, kuih-muih, agar-agar dan banyak lagi menu yg disediakan.

Selain itu, dalam masa yang sama, pihak Ajk JPKKOA Bukit Kepong juga mengambil nama untuk pendaftaran pertandingan
" Moh kitak sehat " iaitu pertandingan menurunkan berat badan. Masa diberikan lebih kurang 3 bulan. Pertandingan secara rasmi bermula pada 29 April ini dan akan tamat pada bulan Julai nanti. Untuk maklumat juga, ini adalah program geran jpkkoa bukit kepong untuk tahun 2024.

Semoga aktiviti seperti ini mengeratkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturahim semua penduduk kampung akan kekal sampai bila-bila.

*PROGRAM KESEDARAN DAN SUNTIKAN HPV ANJURAN INSTITUT KANSER NEGARA DENGAN KERJASAMA JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI* 17 APRI...
21/04/2024

*PROGRAM KESEDARAN DAN SUNTIKAN HPV ANJURAN INSTITUT KANSER NEGARA DENGAN KERJASAMA JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI*

17 APRIL 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Telah berlangsung Program Kesedaran dan Suntikan HPV anjuran Institut Kanser Negara pada 17 April 2024 (Rabu) bertempat di Balairaya Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Turut hadir bersama ialah Encik Mohammad Faid bin Md Nor (JAKOA SPDR).

Alhamdulillah sebanyak 6 orang remaja wanita KOA Bukit Kepong telah mengambil Suntikan HPV ini. Kesedaran pencegahan kanser servik ini kurang pendedahannya kepada masyarakat Orang Asli. Jadi dengan adanya program seperti ini, dapat memberi mereka maklumat yang penting dari sudut kesihatan wanita..

*MESYUARAT AGONG JPKKOA BUKIT KEPONG PASIR PANJANG PORT DICKSON * 26 MAC 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DI...
21/04/2024

*MESYUARAT AGONG JPKKOA BUKIT KEPONG PASIR PANJANG PORT DICKSON *

26 MAC 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Telah berlangsung Mesyuarat Agong JPKKOA BUKIT KEPONG pada 26 Mac 2024 (Selasa) bertempat di Balairaya Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Turut hadir bersama ialah Puan Siti Fatimah binti Mohd Sharif (Pegawai JAKOA SPDR), Puan Khairul Bariah Binti Mohd Mahfuz (JAKOA SPDR), Encik Sahrol A/L Samad (JAKOA NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA) dan Tok Batin Omar bin Goming (Batin KOA Bukit Kepong).

*JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA) MADANI* 10 MAC 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSONTelah berlangsu...
11/03/2024

*JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA) MADANI*

10 MAC 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Telah berlangsung program JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA) MADANI dengan kerjasama antara JPKKOA Bukit Kepong dan Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson pada 10 Mac 2024 (Ahad) bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Faizal bin Haji Ramli (ADUN Kawasan Linggi). Turut hadir bersama ialah Puan Siti Sarah Binti Samwil (Timbalan Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka), Puan Azuraini binti Abd Majid ( Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson), Puan Siti Fatimah binti Mohd Shariff (Pegawai JAKOA SPDR) dan Tok Batin Omar bin Goming (Batin KOA Bukit Kepong).

Program ini juga melibatkan kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson Dan KOSPEN Koa Bukit Kepong. Aktiviti yang telah dijalankan adalah pendaftaran Sistem PADU, kaunter JKM, saringan pemeriksaan ujian HIV, kuiz pengetahuan umum, pameran dan ceramah kesihatan dari KKM.

Program seperti ini sememangnya memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada masyarakat Orang Asli dan kerjasama seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang.

14/01/2024
*PROGRAM JAULAH SUKARELAWAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) "SEMARAK MAHASISWA MADANI"* 13-14 JANUARI 2024 | KOA ...
14/01/2024

*PROGRAM JAULAH SUKARELAWAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) "SEMARAK MAHASISWA MADANI"*

13-14 JANUARI 2024 | KOA BUKIT KEPONG, PASIR PANJANG, PORT DICKSON

Telah berlangsung program Jaulah Sukarelawan " Semarak Mahasiswa Madani" dengan kerjasama antara JPKKOA Bukit Kepong dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 13-14 Januari 2024 di Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program jaulah ini telah dirasmikan oleh YBrs. Professor Dr Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar). Turut hadir bersama ialah pegawai - pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM, Puan Siti Fatimah binti Mohd Shariff (Pegawai JAKOA SPDR) dan Tok Batin Omar bin Goming (Batin KOA Bukit Kepong).

Program selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 30 mahasiswa USIM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka bersama penduduk kampung, belajar hasilkan kraftangan traditional, aktiviti rewang memasak, gotong royong dan persembahan oleh mahasiswa dan penduduk kampung.

Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat dan pengalaman yang bermakna kepada para mahasiswa. Dan diharapkan program seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang.

Address

Pasir Panjang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when jpkkoa Bukit Kepong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category