Sewa Mini Excavator Pekan Nenas

Sewa Mini Excavator Pekan Nenas Kami menyediakan perkhidmatan sewa mini excavator bagi kerja pembersihan kebun, parit & sebagainya.

Hidup bak secangkir kopi hangat,Nikmat dihirup perlahan lahan,Manis dan pahitnya tetap ditelan.
14/01/2024

Hidup bak secangkir kopi hangat,
Nikmat dihirup perlahan lahan,
Manis dan pahitnya tetap ditelan.

"Haji... Bersihkan tepi jalan dengan parit tu, tak pe lah.. saya belanja" 😊Dari Musim PKP, PKPB, PKPP, PKPPPPPPP yang le...
04/01/2024

"Haji... Bersihkan tepi jalan dengan parit tu, tak pe lah.. saya belanja" 😊

Dari Musim PKP, PKPB, PKPP, PKPPPPPPP yang lepas kebun ni tak dijengah sampailah jalan masuk kebun pun dah mula tertutup.

Allah nak jadikan rezeki, ade member yang dah pernah guna khidmat mini kobe / mini excavator sebelum ni recommend pada pak sedare dia. Jadi masuk lah saya bersama jentera meredah belantara.

Job ni makan masa dari tahun 2023 sampai 2024 (dapat dapat... X dapat sudah 😆)

Mungkin bagi sesetengah orang kalau kita buat kerja lebih tapi claim tidak untuk semua kerja, dia akan rasa rugi. Tapi bagi aku inshallah tak masalah, aku ingat pesan seorang sahabat aku yg dekat, "engkau kerje jangan terlalu berkira, sikit punya hal boleh tutup mata, nanti Allah ganti balik.. jangan risau"

Kata orang tu, bakti ikut kapasiti, mampu duit salur duit, mampu tenaga salur tenaga, mampu masa luangkan masa. Jadi mampu servis bantulah apa yg patut.

Cuma nak cakap dekat Kg Pak kalib ni memang banyak khazanah tersimpan. Ular banyak, ayam hutan banyak, monyet banyak hahaha 😂 sampai terjumpa lagi sebiji telur yg pertama kali aku pegang dan lihat dalam sejarah hidup.

Kalau korang tau tu telur apa? Aku jumpa betul² dekat tebing parit masa tarik rumput kat situ.
Setelah bertanya dengan orang tua² baru aku tau itu lah telur burung. Kalau aku orang kampung ni panggil burung wak², ade jugak yang panggil burung ayam². Dua² tu betul namanya.

Disebabkan tak tau telur ape, jadi tinggal lah semula kat sana. Kot aku ambik tak berani nak makan sbb tak tau telur binatang ape 😄 walaupun ikut hukum fiqh segala jenis telur dalam dunia ni boleh dimakan, hatta kalau babi bertelur pun boleh dimakan telurnya (ustaz azhar cakap)

Jadi kesimpulannya kalau ade sesiape tanya nak pakai khidmat jentera ni boleh terus roger aku +60183679477 (ceh tiberrr) 😆

Ok la bos.. selawat dulu
Allahumma solliala Muhammad ♥️

Time² gini... Dekat tengah² kebun, ujan pulak tu... Lalukan roti prata dekat tekak, cicah pulak kuah dhal pekat likat......
27/12/2023

Time² gini... Dekat tengah² kebun, ujan pulak tu... Lalukan roti prata dekat tekak, cicah pulak kuah dhal pekat likat... Fuh... Nikmatnya tak dapat dibeli dengan wang ringgit 😆.

Alhamdulillah
Allahumma solliala Muhammad ♥️



Assalamualaikum bos²ku semua, brader² dan sahabat²Allahumma solliala Muhammad ♥️Orang tua² kata, "jauh perjalanan, luas ...
21/12/2023

Assalamualaikum bos²ku semua, brader² dan sahabat²
Allahumma solliala Muhammad ♥️

Orang tua² kata, "jauh perjalanan, luas pemandangan".

LAPANG. LUAS. TENANG.

Semoga tuan empunya juga lapang pikiran bila tengok kebun dah siap kemas. Semoga apa yang diusahakan dipermudahkan, diberikan kekuatan untuk melaksanakan dan diberikan kejayaan yang CEPAT meskipun tak ada erti kata shorcut dlm jalan nak berjaya.

Sambil² bersihkan kebun tergolek sebiji telur disebelah bucket... Telur apa agaknya... Mungkin telur ayam hutan 😄.
Brg susah dapat bos... Rezeki bergolek depan mata.

Apa² pun kalau ada membe² nak sewa mini kobe / mini excavator. Boleh terus roger saya. Kita deal sampai jadi, sampai jadi teman mengopi 🫰 +60183679477



SAYE BUDAK BARU BELAJAR,KALAU SALAH TOLONG TUNJALKAN 😆Alhamdulillah syukur Pada Allah yang menjamin rezeki setiap makhlu...
20/11/2023

SAYE BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJALKAN 😆

Alhamdulillah syukur Pada Allah yang menjamin rezeki setiap makhluk.

JOB KOREK TAPAK 🐘, & TEKAN PILING.

First time sepanjang bawa kobe buat job korek tapak gajah dan tekan piling. Alhamdulillah dapat pengalaman baru hari ni. Selalu buat kerja kasar redah hutan, ratakan semak samun,

Kali ni perlu fokus yang agak tinggi sebab takut terkena gulung-gulung soyok belakang. Memang seinci dua je jaraknya bila angkat bucket, alhamdulillah pelan² kayuh.

Moga segala urusan sambung dapur pakcik ni dipermudahkan dan kukuh. Dapur dah besar x de alasan x de mood nak masak ye 😜.

Ade nak pakai khidmat jentera ni roger roger bos.. wasap je bos. +60183679477.
Sama² turun site kita bincang.
Lembu kambing saye makan, daging orang saye x makan.. jangan risau hehehe.



JOB CLEARING TAPAK RUMAHAlhamdulillah selesai kerja2 clearing 2 tapak untuk dirikan rumah di Kayu Ara Pasong. Selesai ca...
16/11/2023

JOB CLEARING TAPAK RUMAH

Alhamdulillah selesai kerja2 clearing 2 tapak untuk dirikan rumah di Kayu Ara Pasong. Selesai cabut pokok dan buang sampah kayu kayan, terus proceed untuk tambak tanah lempung.

Semoga rumah yang bakal dibina berdiri kukuh dan adem bagi penghuninya kelak dan menyaksikan kebahagiaan keluarga sehingga ke anak cucu ♥️

Sahabat² yang perlukan khidmat clering kebun, service parit/buat parit dan sebagainya boleh terus roger https://wa.link/65g7yo
Nak tambak tanah, crusher run, milling pon boleh bos.. roger je.. inshallah. Tq.

Address

Pekan Nenas Pontian
Pekan Nanas
81500

Telephone

+60183679477

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sewa Mini Excavator Pekan Nenas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category