Johari MY Property

Johari MY Property Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Johari MY Property, Real Estate, Penang Island.

πŸ’‘ Cari Rumah Pertama? Ni Pilihan TERBAIK Untuk Hangpa !πŸ“Projek Rumah Baru – Tasek GelugorRumah design modern & minimalis...
29/06/2025

πŸ’‘ Cari Rumah Pertama? Ni Pilihan TERBAIK Untuk Hangpa !

πŸ“Projek Rumah Baru – Tasek Gelugor

Rumah design modern & minimalis, sesuai sangat untuk pasangan muda yang nak mula hidup bersama dalam suasana tenang tapi still dekat dengan kemudahan penting!

🏠 Teres Setingkat | 20’ x 70’

✨ Ruang cukup selesa:

πŸ›οΈ 3 Bilik Tidur (boleh buat bilik baby, bilik gaming, ikut s**a!)

🚽 2 Bilik Air

🍽️ Ruang Makan + Tamu luas

🧺 Laundry Area tersendiri

πŸš— Parkir 2 kereta – tak payah gaduh parking!

πŸ’₯ Special Offer Untuk Pembeli Baru:

βœ… ZERO Booking Fee

βœ… Kos Guaman PERCUMA

βœ… Beli TANPA PERLU DEPOSIT – boleh FULL LOAN terus!

πŸ“Œ Akses mudah & berdekatan:

Bertam Kepala Batas, Seberang Jaya, Kulim & Sungai Petani

Masjid, Sekolah, Klinik, Pasaraya, Balai Polis & Kedai makan semua dalam kawasan!

πŸ’¬ Sesuai untuk yang plan kahwin, baru kahwin, atau yang telah berkeluarga ❀️

πŸ“² Nak tahu harga & cara mohon? Jom tekan WhatsApp sekarang – peluang terhad!

JOHARI MOHD YUNUS | 014-6464746

https://wasap.my/60146464746/dAleena

https://wasap.my/60146464746/dAleena

https://wasap.my/60146464746/dAleena

MPIRE PROPERTY GROUP
ESP PROPERTIES SDN BHD
( E(1)0572/6 )
π™”π™Šπ™π™ π™‹π™π™Šπ™‹π™€π™π™π™” π™„π™Ž π™Šπ™π™ π™‹π™π™„π™Šπ™π™„π™π™”
πŸ”₯π˜½π™€π™”π™Šπ™‰π˜Ώ π™π™‰π™Žπ™π™Šπ™‹π™‹π˜Όπ˜½π™‡π™€πŸ”₯
| BUY | SELL | REFINANCE | RENT-RESIDENTIAL | NEW DEVELOPMENT | LAND | COMMERCIAL |

RUMAH FREEHOLD VS LEASEHOLD Rumah freehold ni bermaksud milikan tanpa had tempoh atau untuk korang mudah faham untuk sel...
01/08/2022

RUMAH FREEHOLD VS LEASEHOLD
Rumah freehold ni bermaksud milikan tanpa had tempoh atau untuk korang mudah faham untuk selama-lamanya kepada pemilik. Bagaimana nak tahu hartanah tersebut berstatus freehold? Korang kena semak geran.Pada mukasurat pertama sekali dalam geran hartanah tu biasanya tertulis:β€œGeran untuk selama-lamanya…”Atauβ€¦β€œTanah yang diperihalkan di atas adalah dipegang untuk selama-lamanya…”Nampak perkataan β€œselama-lamanya” sahih la tu rumah freehold tu.
Jenis pegangan macam ni sangat di s**ai oleh pembeli dan pelabur hartanah. Sebab tiada sekatan dalam jual beli. Yang paling orang s**a kalau freehold ni, proses jual beli adalah paling cepat iaitu dalam masa 3 bulan dah boleh dapat rumah. Mudah kerja peguam tukar tukar nama geran sebab tiada sekatan.
Walaupun freehold, tapi kena jugak tengok jenis lot. Bumi atau non-bumi.Bagi freehold tetapi dibawah bumi lot, hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja. Kerana akan ada sekatan di dalam geran atau strata.
Kalau Freehold non-bumi lot, tidak ada tertulis sekatan macam tu dalam geran. So, korang bebas la nak jual kepada sesiapa saja yang korang nak.
RUMAH LEASEHOLD
Leasehold atau Pegangan Sementara. Jenis pegangan ni ada tempoh pemilikan atau tenure iaitu selalunya selama 99 tahun. Selepas tu kena mohon untuk renew tenure tu. Kalau anda beli leasehold, tanya dulu berapa tahun lagi tinggal. Kalau rumah undercon pulak, selalunya tenure 99 tahun dikira dari rumah start dibina. Tapi kadang-kadang dikira dari tarikh rumah siap.
Leasehold ni ada jugak bumi lot dan non-bumi lot. Cuma untuk rumah subsale leasehold nak tau jenis lot kalau yang dah berkali-kali tukar nama, korang hanya boleh tengok kepada current owner. Kalau tengok kat geran, tetap ada sekatan sebab leasehold. Kalau owner bumi, pembeli pulak non-bumi, memang susah sangat.Kat geran memang korang takkan jumpa jenis lot bumi atau non-bumi ni. Kalau bumi nak jual kepada non-bumi boleh, tapi akan ambil proses yang lama.
Kredit: Ahyat Ishak

INFO HARTANAH: PULAU PINANGSebarang kemusykilan/pertanyaan/aduan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh...
01/08/2022

INFO HARTANAH: PULAU PINANG

Sebarang kemusykilan/pertanyaan/aduan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) bolehlah dimajukan ke dalam sistem ePINTAS.

Antara lain contoh-contoh perkhidmatan yang ditawarkan oleh LPNPP adalah seperti berikut:

1) Permohonan Rumah Mampu Milik di negeri Pulau Pinang;

2) Permohonan Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN)/Program Perumahan Rakyat (PPR);

3) Penyelenggaraan di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR);

4) Permohonan penyelenggaraan melibatkan TPM80PP bagi perumahan swasta yang layak; dan

5) Urusan pindah hakmilik PAKR.

https://epintas.penang.gov.my/login.php

REBUT PELUANG UNTUK MEMILIKI RUMAH SENDIRI!Zaman sekarang ni, kita patut ambil peluang membeli rumah dengan harga yang r...
28/07/2022

REBUT PELUANG UNTUK MEMILIKI RUMAH SENDIRI!
Zaman sekarang ni, kita patut ambil peluang membeli rumah dengan harga yang rendah atau "below market value" disebabkan zaman ini di kenali sebagai "Buyer's Market".
Dalam keadaan pasaran sekarang, ramai yang dulunya menjadi investor membeli rumah untuk di "flip" bertindak menjual rumah mereka kerana mereka tidak mampu lagi untuk menyimpan rumah tersebut akibat pasaran ekonomi yang lembab. Ada di antara mereka di ambang muflis kerana terlalu banyak melakukan investment yang silap akibat terbeli banyak hartanah di atas market value beberapa tahun lepas dan kini, mereka tidak berupaya menanggung bayaran instalment bulanan kepada bank.
Jadi, mereka terpaksa melepaskan beban yang ditanggung dengan menjual hartanah mereka dan ketika ini lah kita sebagai pembeli harus ambil peluang ketika ramai yang ingin menjual!
Anda tentu biasa mendengar atau melihat iklan yang berbunyi "NEGO SAMPAI JADI" atau "ON NEGOTIABLE TERMS" kan? Ini disebabkan Penjual mula rasa s**ar nak dapatkan pembeli yang serious dan pembeli yang mempunyai "kewangan yang sihat" seterusnya layak untuk mendapatkan pinjaman daripada bank dan membeli rumah yang penjual iklankan.
Yang mana ada modal besar tu, boleh cuba beli Rumah Lelong atau "Rumah Busuk". Biasanya, rumah yang nak di lelong diletakkan Harga Rizab di bawah Market Value. Tapi harus diingat, perlu ada ilmu sebelum anda masuk lelongan dan buat bidaan kerana kalau tersilap langkah, anda mungkin terbeban nak langsaikan segala tunggakan dan bayaran awal untuk membeli rumah lelong tersebut.
Pendek kata, ambil je peluang yang ada untuk memiliki rumah pertama anda sekarang. Tangguhkan lah dulu hasrat nak tukar kereta baru, beli handphone canggih yang mahal dan hadiahkan diri anda dengan sesuatu yang kurang perlu kerana inilah masanya anda kumpulkan duit dan pastikan anda grab peluang yang terhidang di depan mata untuk memiliki hartanah pertama anda!

Kredit: Coach Aizac

Address

Penang Island
11920

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johari MY Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category