PurCha Homestay

PurCha Homestay Homestay Pantai Remis,Perak

Happy Holiday semua.
31/01/2026

Happy Holiday semua.

2025 = Tahun Bertahan,Belajar & BerkembangAmanah yang diberikan mengajar kami untuk jadi lebih bersedia dan terus mening...
31/12/2025

2025 = Tahun Bertahan,Belajar & Berkembang

Amanah yang diberikan mengajar kami untuk jadi lebih bersedia dan terus meningkatkan keselesaan dari masa ke masa.

Walaupun diuji,
Alhamdulillah kami bangkit dan terus memperbaiki keselesaan semampu kami.

Perlahan bukan bererti gagal,
yang penting kami konsisten, ikhlas & jujur melayani anda sebagai tetamu kami.
Terima kasih atas kepercayaan anda.

Kami menanti kehadiran anda untuk 2026.

Semoga dalam hati yang tersemat "Aku jaga amanah walaupun orang tak nampak,
sebab rezeki datang dari Allah, bukan manusia.โ€ ini berterusan memberi manfaat.

Selamat Tahun Baru 2026.

Dimaklumkan bahawa operasi homestay kami terpaksa ditangguhkan sementara waktu disebabkan banjir yang melanda baru-baru ...
26/10/2025

Dimaklumkan bahawa operasi homestay kami terpaksa ditangguhkan sementara waktu disebabkan banjir yang melanda baru-baru ini.

Kami sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan bagi memastikan keselesaan tetamu pada masa hadapan.

Kami akan maklumkan semula apabila operasi homestay disambung seperti biasa.

Sekian, terima kasih atas sokongan dan doa semua.

๐Š๐”๐“๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐€๐‡ ๐๐”๐Š๐€๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐„๐„๐๐€๐•๐€๐‹๐ˆBersempena Sambutan Hari Deepavali, dinasihatkan semua penduduk   untuk m...
13/10/2025

๐Š๐”๐“๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐€๐‡ ๐๐”๐Š๐€๐‹ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐๐„๐‘๐€๐˜๐€๐€๐ ๐ƒ๐„๐„๐๐€๐•๐€๐‹๐ˆ

Bersempena Sambutan Hari Deepavali, dinasihatkan semua penduduk untuk membuang sisa pukal lebih awal bagi memudahkan urusan kutipan sampah oleh kontraktor lantikan MPM mulai ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor di bawah pada hari bekerja sahaja (Isnin - Jumaat : 8.00 Pagi - 5.00 Petang).

๐Ÿ“žJabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar: 05-6881202
๐Ÿ“žPejabat Cawangan Seri Manjung: 05-6881385
๐Ÿ“žPejabat Cawangan Ayer Tawar: 05-6722136
๐Ÿ“žPejabat Cawangan Beruas: 05-6748143
๐Ÿ“žPejabat Cawangan Pulau Pangkor: 05-6851211

Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan kawasan sekitar kekal bersih dan proses kutipan sampah berjalan lancar.

CP info: Majlis Perbandaran Manjung.

Selamat Menyambut Nisfu Syaaban 2025/1446 Hijri.Semoga malam yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, dan pe...
13/02/2025

Selamat Menyambut Nisfu Syaaban 2025/1446 Hijri.

Semoga malam yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan, dan petunjuk daripada Allah SWT. Mari kita perbanyakkan istighfar, doa, dan amal kebajikan..

Selamat Hari Malaysia dan Salam Maulidur Rasul 2024. Bersama-sama kita membina negara yang lebih baik.Semoga negara kita...
16/09/2024

Selamat Hari Malaysia dan Salam Maulidur Rasul 2024. Bersama-sama kita membina negara yang lebih baik.
Semoga negara kita maju,aman dan bersatu padu.

Salam Kemerdekaan dari kami      ..
30/08/2024

Salam Kemerdekaan dari kami ..

Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas asar "penghujung waktu" dan awal tahun selepas magrib ni.
06/07/2024

Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas asar "penghujung waktu" dan awal tahun selepas magrib ni.

Salam Maal Hijrah @ Awal Muharram yang merupakan bulan penting bagi umat islam kerana berlakunya peristiwa penghijrahan ...
06/07/2024

Salam Maal Hijrah @ Awal Muharram yang merupakan bulan penting bagi umat islam kerana berlakunya peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Sama-sama lah kita memperingati dan mengambil pengajaran dari kisah pengorbanan Rasulullah SAW ini..

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kesihatan yang baik, dan kejayaan dalam segala perkara yang kita usahakan.


Bersama kita maju!

Jangan lupa untuk baca doa awal dan akhir tahun tau..

Cara penjagaan tilam dan bantal kekabu.Bantal dan tilam kekabu sangat tidak digalakkan dicuci dengan air kerana kekabu a...
15/05/2024

Cara penjagaan tilam dan bantal kekabu.

Bantal dan tilam kekabu sangat tidak digalakkan dicuci dengan air kerana kekabu akan berketul dan rosak jika basah.

Pastikan setiap bantal dan tilam kekabu digunakan bersama-sama dengan sarung dan sebaiknya sarung yang boleh dibuka supaya boleh dicuci seperti biasa dengan mesin basuh atau cucian tangan.

Bantal dan tilam kekabu yang telah lama digunakan akan menjadi nipis.

Untuk mengembalikan kelembutan dan menggebukan kembali bantal dan tilam kekabu.
Jemurkan bantal atau tilam kekabu tersebut di bawah matahari. Tepuk atau ketuk bantal atau tilam kekabu tersebut dengan tapak tangan atau objek seperti rotan untuk mengeluarkan debu-debu kekabu pada bantal atau tilam. Setelah dijemur kira-kira 2-3 jam, tilam atau bantal kekabu tersebut akan kembali gebu seperti asal.

Bantal dan tilam kekabu mempunyai jangka hayat yang sangat lama. Jika dijaga dengan betul, tilam dan bantal kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun.

Berminat menempah kami, boleh tekan 014-690 7008

Turun ke sawah bekal di bawa, Dari pagi menjelang petang,Hari pekerja disambut gembira,Setelah penat membanting tulang.S...
30/04/2024

Turun ke sawah bekal di bawa,
Dari pagi menjelang petang,
Hari pekerja disambut gembira,
Setelah penat membanting tulang.

Selamat Hari Pekerja semua..
Semoga segala pekerjaan yang kita lakukan menjadi ibadah yang di nilai oleh NYA.

Address

11 Jalan Pantai Wang 2
Pengkalan Baharu
34900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PurCha Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PurCha Homestay:

Share