17/10/2026
🎉 KARNIVAL LINDUNG KERJAYA MYFUTUREJOBS PULAU PINANG 2026 🎉
📅 17 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Dewan Jawi, Pulau Pinang
PERKESO Negeri Pulau Pinang meneruskan komitmen dalam memperkasa peluang pekerjaan melalui penganjuran Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs yang berlangsung pada hari ini di Dewan Jawi, Pulau Pinang.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB H’ng Mooi Lye, Exco Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperluas peluang pekerjaan dan memperkasa kebolehpasaran tenaga kerja di negeri Pulau Pinang.
💼 Seramai 32 majikan menyertai karnival ini dengan menawarkan sebanyak 2,247 kekosongan jawatan merentasi pelbagai sektor industri.
Penganjuran ini membuka ruang kepada pencari kerja untuk bertemu secara langsung dengan majikan, menghadiri sesi temu duga serta meneroka peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran masing-masing.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua majikan yang mengambil bahagian, para pencari kerja serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan peluang pekerjaan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.
PERKESO Prihatin, Rakyat Sejahtera! 💙