22/02/2024
BELI RUMAH ATAU BINA RUMAH?
Keduanya ada kelebihan dan kekurangannya. Bergantung situasi dan keadaan kewangan dan matlamat kita sebenarnya.
1. Ada orang mewarisi tanah dari keluarga, tetapi kediaman jauh dipendalaman dan hanya akan bina dan duduk rumah sendiri bila bersara nanti. Jimat duit beli tanah .
2. Ada orang mula kerja, terus beli rumah kecil dan sederhana. Bila bersara nanti dah habis bayar hutang rumah, tak perlu pening kepala bab hutang lagi.
3. Ada orang mula kerja beli tanah, lepas 10 tahun masih tak naik naik lagi rumah. Duit dan faedah bank sedang tertanam dalam tanah. Sewa rumah tetap kena bayar juga. Nak buat loan bina rumah dah tak lepas sebab hutang beli tanah.
4. Jika tak mahu terbeli rumah terbengkalai, elakkan beli rumah dalam pembinaan. Ada banyak hartanah overhang tak terjual dan subsale dipasaran hari ini.
5. Ramai nak jimat tak lantik arkitek, hanya mintak pelukis pelan atau kontraktor buat binaan. Rumah adalah 'mesin kehidupan', jika kita buat sambil lewa, lepas 5 tahun kos baiki akan sangat tinggi.
6. Dalam pembinaan kita ada kos 'conigency', tanam cerucuk asalnya kita rancang 150 batang jadi 300 batang cerucuk sebab tanah lembut. Ada banyak belanja ikut kesesuain dan luar jangkaan kos kita kena sediakan. Belum kira kontraktor lari tengah malam raya haji lagi.
Semua ada kos tersembunyi yang kita kena belajar,
Tidak semua perkara semudah kita jangkakan.
Semak kewangan keluarga kita, kita hanya ada modal kerja 30 tahun kerja himpun duit buat rumah atau bayar hutang rumah.
Itu semua pilihan kita. Hanya kita yang tahu mana terbaik, jangan tanyakan sesiapa.
Kredit : Azizul Azli Ahmad
Dapat sesuatu 🫰🏻
Jual beli rumah | Semak Kelayakan Loan Perumahan | Uruskan Pembelian Rumah Idaman | Semak harga pasaran hartanah terkini
Saya Perunding Hartanah Berdaftar sedia bantu anda semampu boleh klik jer link di bawah 🥰
Klik jer www.wasap.my/601170744084/nakjualbelihartanah
www.wasap.my/601170744084/semakloan
www.wasap.my/601170744084/rumahidaman
www.wasap.my/601170744084/semakmv
www.wasap.my/601170744084/refinance
Ms Muzianna
Real Estate Negotiator
CCI Realty Sdn Bhd E(1)2054
Buy | Sell | Rent | Subsale l Commercial | Undercon | Land