14/01/2021
SETIAP ORANG ADA "KEMAHIRAN" DAN SKIL NYA TERSENDIRI
Dalam urusan jual-beli hartanah, kita perlukan kemahiran, pengalaman dan skil untuk mengelakkan kita daripada tertipu dan tersilap langkah.
Sebab tu wujudnya profesion Ejen atau Perunding Hartanah dan juga Peguam untuk membantu anda dalam urusan tersebut.
Bukan senang nak dapatkan bakal pembeli yang berminat. Apatah lagi memastikan urusan jual-beli hartanah tersebut dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah hinggalah anda mendapat harga jual yang diingini dan kunci rumah dapat diserahkan kepada pembeli.
Sebagai penjual, bila anda nak dapatkan khidmat Ejen atau Perunding Hartanah untuk membantu anda, fahami lah bahawa mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan yang penjualan hartanah anda berjaya.
Bila nak dapatkan khidmat nasihat Peguam dan perkhidmatan guaman mereka p**a, fahamilah bahawa bukan mudah untuk mereka mengendalikan urusan jual-beli dari mula hingga selesai.
Bukan mudah mahupun murah untuk mereka menjalani liku-liku kehidupan bergelar mahasiswa undang-undang selama 6 tahun demi untuk menggenggam segulung Ijazah bagi melayakkan mereka menjadi seorang Peguambela dan Peguamcara.
Bukan mudah juga untuk mereka mengutip pengalaman bertahun-tahun bagi melengkapkan diri mereka agar menjadi yang terbaik.
Jadi, sudah tentulah ada kos yang anda perlu bayar untuk mendapatkan khidmat mereka.
Sudah tentulah kos tersebut sangat berpatutan dengan apa yang telah mereka korbankan dan usahakan.
Dan sudah semestinya lah mereka melakukan semua urusan tersebut dengan sempurna sebab mereka juga ingin menjaga reputasi dan nama baik mereka.
Oleh yang demikian, hargailah apa yang telah mereka lakukan berdasarkan kepada kemahiran, pengalaman, ilmu dan skil yang mereka ada.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Manja Kak Hartanah