25/04/2024
Hari ini, kalau planning nak beli rumah tujuan pelaburan sewa untuk dapatkan positive cashflow agak sukar dalam segmen under-con..
Untuk dapatkan sewa RM1000 contohnya.. harga rumah yang patut dibeli ialah berharga bawah RM200K bagi memungkinkan dapatkan positive cashflow. Kalau lebih RM200K pasti korang perlu topup lagi installment..
Jadi apa pilihan yang ada untuk elak komitmen yang tinggi dengan bank?
Dalam situasi ini, aku sarankan:
1. Cari je dalam segmen sekunder yang harga julatnya sekitar RM200K..
2. Mana nak cari? Susah susah sangat minta je agent cari kan..
3. Panjangkan tempoh pembiayaan agar komitmen bulanan korang di terhadap terendah
4. Lebihan deposit korang agar pembiayaan dapat dikurangkan..
5. Jangan terlalu berharap kawasan bandar, cuba bukakan pemikiran agar menerima hartanah luar bandar
6. Tingkatkan profile kewangan korang agar skor penilaian ditahap tertinggi agar interest korang rendah
7. Elak kebergantungan hanya 1-2 bank, sedangkan mungkin bank bank lain memberi tawaran yang lebih menarik
8. Jangan malu sekiranya kita cuma layak sebuah rumah flat tidak berlif, saya yakin orang berjaya hari ini juga bermula dengan unit sebegitu..
9. Elak unit yang complicated sehingga mengambil masa bertahun tahun untuk disempurnakan, contoh rumah yang masih dalam bicara kuasa, atau rumah lelong yang ada kaveat
10. Elak perumahan jenis services apartment yang mengenakan services caj terlalu tinggi yang perlu ditanggung pemilik rumah..
Menyewa tak salah, yang salah bila kau sewa terlalu lama.. bayangkan korang sewa RM1000 sebulan, dah sewa 4/5 tahun, dah bayar separuh dari hutang tuan rumah tiba-tiba tuan rumah naikkan sewa, korang yang melenting..