Rumah Murah Selangor

Rumah Murah Selangor Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Saya boleh membantu anda mencari rumah dengan harga yang murah, tempat yang strategik, moden dan lengkap dengan fasiliti serta berada di kawasan yang aman dan selamat untuk keluarga anda.

16/08/2022



10 ANAK 10 RUMAH

Ustazah ini tenang orangnya, menanti viva voce untuk thesis PhD akhirnya. Falsafahnya mudah

"Dimana sahaja kita bekerja, beli sebuah rumah".

Beliau masih kekal dengan proton wira model pertama. Tiada hutang kereta.

Pendidikan anaknya di Jordan biaya 'FAMA' tiada PTPTN jauh sekali biasiswa.

10 rumahnya di beli dari lelongan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Beliau bukan orang 'key ell' tapi orang 'Red Worrior'. Rumah pangsa termurah yang dia beli RM32 000 sahaja ceritanya.

Saya s**a semangat belajarnya, PhDnya juga ikut jadual dan masa. Disiplinya luar biasa.

Kawan kawan,

Mulalah menabung dan beli rumah dari sekarang.

Jika tidak mampu rumah atas tanah, beli dahulu yang atas awangan.

Cari orang, baca buku atau tanya kawan. Bagaimana tabungannya bermula.

Azizul Azli Ahmad


28/07/2022

REFINANCE RUMAH? PERLU KE?

Rumah dah beli 10 tahun lepas, value dah makin tinggi, like pun dah bukan-bukan, patut ke tidak buat refinancing?

First kena tahu juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni? Antaranya:

- Kurangkan kadar faedah dan ansuran rumah dari sebelum ni.
- Untuk disatukan dengan hutang lain (debt consolidation)
- Pendekkan tempoh loan
- Nak dapatkan cash melalui equity semasa yang ada pada hartanah

Mungkin ada yang cakap tak perlu, bazir masa nak cari lawyer, cari banker apa semua.

Kami dulu ada klien yang terdesak sebab hutang bertimbun, hampir kena panggil AKPK, kini dapat kurangkan komitmen bulanan dengan refinance rumah.

Nak refinance ni, kita kena rajin survey pada banker untuk dapat nilai tertinggi hartanah kita tu, paling tinggi boleh dapat hingga 90% harga pasaran.

Klien yang saya maksudkan tadi, gaji not bad, tiap-tiap bulan RM6,000, tapi total hutang bulanannya sampai RM5,000 (bayar rumah, kereta, personal loan dan kad kredit). Ada RM1,000 je untuk buat belanja makan dan lain-lain.

Lepas buat refinancing, dapat loan baru dengan 90% market price, dia terus langsaikan semua hutang jahat. Sekarang dari RM5,000 sebulan, komitmen bulanan dia terus jadi RM1,700 je. Jauh kan beza?

Sebab itulah penting untuk belajar macam mana nak tutup hutang jahat dengan hutang baik. Sekarang, komitmen dah sikit, baru ada ruang sikit nak ‘bernafas’

Apa-apa pun, kena tanya diri sendiri juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni?

Kalau rasa kesihatan kewangan tu stabil, boleh bayar komitmen tiap-tiap bulan, tak buat pun takpe.

Tapi kalau rasa hutang tak surut-surut sampai efek belanja bulanan, nak tidur malam pun susah, bolehlah cuba refinance rumah tu.


27/07/2022

Adakah kita benar2 merdeka hartanah? Bila kita menyewa kita rasa tak merdeka kerana kita bukan memiliki. Tapi bila dah beli rumah sendiri tu dah merdeka hartanah ke? Kalau ikutkan, kita dah jadi pemilik rumah. Yeay! Tapi adakah kita bebas daripada tanggungjawab dan ikatan membayar hutang2 rumah kita? Kalau dah habis bayar hutang bank, hartanah2 kita tetap perlu dibela. Hmm. Mana kah boleh wujudnye istilah merdeka? Selagi kita di dunia, tiada istilah merdeka yg sebenar. Hanya apabila kita memiliki tempat di syurga Allah yg abadi barulah kita benar2 merdeka!

27/07/2022
26/07/2022

Teknik ini digunakan pelabur hartanah dalam dan luar negara yang dapat meningkatkan nilai hartanah mereka sehingga 30% berbanding jiran mereka

23/07/2022

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) — Pasaran hartanah kediaman Malaysia dijangka meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang dengan harga …

22/07/2022

TIADA SIAPA PAKSA SIAPA2 BELI RUMAH
Malah Ahyat pun tak s**a bila ada orang keluar kenyataan bahawa rugi menyewa dan patutnya beli rumah sendiri.
Sebenarnya tak hina pun menyewa.
Cumanya, Ahyat bimbang apa akan jadi pada nasib anak cucu kita, kalau kita tak perjuangkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang kita.
Kita mesti kuasai hartanah di tanah air sendiri. Ini maruah kita. Bagi mereka yang ready, jom kita kuasainya!
Bagi yang belum bersedia, kita bantu mereka. Inilah semangat yang kita mesti ada. Ahyat hanya mampu nak bantu dengan sampaikan dakwah ilmu kewangan dan ilmu hartanah.
Beginilah cara Ahyat berjuang. Jom! Sama2 kita berjuang okay.

19/07/2022

Sepanjang tahun 2021, hartanah kediaman telah menyumbang sebahagian besar transaksi hartanah pada angka 198,812 dengan nilai RM76.9 bilion. Data dari …

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Murah Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rumah Murah Selangor:

Share

Category