Panox360 Virtual Tour

Panox360 Virtual Tour Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Panox360 Virtual Tour, Real Estate, Taman Medan, Petaling Jaya.

Panox360 provides "Google Street View" panoramic photographer services in various business industries such as restaurants, clinics, hotels and so on for effective marketing purposes in "google my business".

28/07/2022

Verando Residence adalah projek kondominium yang terletak di kawasan strategik Petaling Jaya.Kami menerbangkan dron untuk pandangan panorama 360 dan meletakkan POI (Point of Interest) di kawasan sekitarnya seperti tempat membeli belah, Universiti, Hospital, Stesen KTM dan sebagainya.Seterusnya kami paparkan secara online di Google Map!

#360

Kos pembangunan semula stadium Shah Alam menelan kos 787juta?Stadium Shah Alam pernah menjadi  stadium terbesar di Asia ...
17/07/2022

Kos pembangunan semula stadium Shah Alam menelan kos 787juta?

Stadium Shah Alam pernah menjadi stadium terbesar di Asia Tenggara pada satu ketika dahulu.Ia mula di bina pada tahun 1991 yang menelan kos RM460 juta yang berkapasiti 80 ribu penonton dalam satu masa.

Ini gambar stadium Shah Alam sekarang di Google Maps.
https://goo.gl/maps/9dGPjchsRzTc9cUg6

Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

Apa kelebihan Google Business Profile ini (GBP) ni?Kita tahu Google adalah enjin carian terbesar di dunia dengan anggara...
27/06/2022

Apa kelebihan Google Business Profile ini (GBP) ni?

Kita tahu Google adalah enjin carian terbesar di dunia dengan anggaran 5.6 bilion pengguna setiap hari.Anda mungkin biasa dengan keadaan ini, apabila tibanya waktu makan tengahari dan anda perlu membuat keputusan restoran mana menjadi pilihan untuk makan tengahari berdekatan dengan anda.Apa yang biasa anda lakukan?semestinya anda mengeluarkan telefon anda dan menaip perkataan “restoran berdekatan saya” di carian Google atau Google Maps.

Fungsi utama GBP ini adalah untuk para usahawan berkongsi segala maklumat perniagaan supaya pelayar carian Google tahu tentang perniagaan anda.Semakin kerap nama perniagaan anda muncul dalam hasil carian, perniagaan anda berpeluang menarik perhatian lebih ramai pengguna Google.

Berikut senarai 4 Kelebihan GBP ini:
1 Penyenaraian Perniagaan di Carian Google dan Google Map
2 Maklum Balas “Feedback”
3 Interaksi antara peniaga dan pelanggan
4 Percuma

Apa itu Google Business Profile?Google Business Profile (GBP) atau dahulunya dikenali sebagai Google My Business (GMB) a...
21/06/2022

Apa itu Google Business Profile?

Google Business Profile (GBP) atau dahulunya dikenali sebagai Google My Business (GMB) adalah salah satu platform percuma yang di sediakan oleh google untuk para usahawan berkongsi segala maklumat tentang perniagaan bagi memudahkan bakal pelanggan tahu tentang kewujudan perniagaan anda di carian google mahupun google map dan secara tak langsung ia akan memudahkan bakal pelanggan anda datang ke lokasi perniagaan dengan aplikasi Google Map.

Apa Kelebihan GBP ini?

Data terkini menunjukkan hampir 5.6 billion pengguna di seluruh dunia yang menggunakan carian google ini.Statistik ini menunjukkan bahawa carian google ini adalah enjin carian terbesar di dunia termasuk Malaysia dan secara tak langsung pemasaran dengan platform GBP ini adalah yang efektif,mudah,meluas dan percuma untuk para peniaga di luar sana.

Sila klik link di bawah untuk mula mendaftar GBP secara percuma

https://www.google.com/intl/en_my/business/

Apa itu Google Street View?Google Street View adalah teknologi imej panorama 360° yang di jana oleh Google dan di papark...
19/06/2022

Apa itu Google Street View?

Google Street View adalah teknologi imej panorama 360° yang di jana oleh Google dan di paparkan di dalam Google Maps.Google Street View telah di lancarkan pada tahun 2007 di beberapa bandar di Amerika Syarikat dan sejak itu ia berkembang di seluruh bandar utama dunia.Apa yang menarik tentang Google Street View ini adalah ia menyediakan pemandangan panorama 360° di sepanjang jalan2 utama mahupun jalan2 kecil di seluruh negara.Bagi jalan2 yang telah di liputi imej panorama Google Street View ia akan memaparkan Garisan Biru (Blue Line) di Peta Google, jadi anda boleh heret pegman (ikon google street view) yang berada di sebelah kanan bawah dan lepaskan di linkungan Kawasan “Blue Line”.

Kamera apa yang di gunakan di atas kereta google street view tu?

Pada tahun 2007 Google Street View mula mengambil gambar di sekitar bandar di Amerika Syarikat dengan menggunakan kamera khas dengan ciri 6 lensa dan megapixel hanya 4.8 sahaja.Pada tahun berikutnya iaitu tahun 2008 mereka menaiktaraf kamera dengan ciri 9 Lensa 45 Megapixel.Tahun demi tahun seiring dengan kemajuan teknologi digital, pada tahun 2011 mereka menaiktaraf kamera khas dengan ciri 15 lensa dan 75 megapixel.Terkini pada tahun 2017 Google Street View telah menaiktaraf dengan ciri 7 lensa 140 megapixel secara tak langsung ia meningkatkan kualiti setiap gambar panorama yang di ambil.

Hari ini

Hari ini pada tahun 2022 Google Street View telah melangkau hampir 83 buah negara (16 juta kilometer) termasuk Malaysia.Dengan Teknologi Google Street View pada hari ini bukan sahaja kita boleh lihat gambar panorama 360° di jalanan malah ia boleh di aplikasikan teknologi ini pada PERNIAGAAN anda.

Nak tahu lebuh lanjut? Hubungi kami sekarang!

One of our services here is drone services. Our first Google Street View project is located in Batu Gajah, Perak so you ...
07/06/2022

One of our services here is drone services. Our first Google Street View project is located in Batu Gajah, Perak so you can search "Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah" which is one of the main mosques in Batu Gajah on the Google Maps platform or you can directly click the link below
https://goo.gl/maps/p4ywrFTe3k7Pj4jNA

Find local businesses, view maps and get driving directions in Google Maps.

Address

Taman Medan
Petaling Jaya
46000

Telephone

+60183295887

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panox360 Virtual Tour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Panox360 Virtual Tour:

Share

Category