13/01/2022
Faraid
Rukun Pusaka
1. Si mati Orang yang meninggal dunia dan diwarisi hartanya
Mati dibahagikan kepada dua iaitu mati hakiki dan mati hukmi. Mati hakiki ialah kematian yang nyata dan tidak dipertikaikan kebenarannya. Sementara mati hukmi ialah kematian yang tidak dapat dibuktikan dengan nyata, tetapi telah dihukumkan mati oleh Hakim melalui anggapan kematian.
2 Waris Orang yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan, keturunan, pembebasan hamba dan Islam.
Ikatan perkahwinan yang sah di sisi Hukum Syarak merupakan salah satu sebab yang membolehkan seseorang itu menerima pusaka sama ada suami atau isteri. Selain daripada perkahwinan, seseorang waris boleh mewarisi pusaka dengan sebab keturunan hakiki, iaitu pertalian darah dengan si mati. Termasuk dalam maksud keturunan ialah keturunan ke bawah (furu') iaitu anak, cucu dan ke bawah, keturunan ke atas (usul) iaitu ibu, bapa, nenek, datuk dan ke atas, waris waris sisi si mati (hawasyi) seperti saudara, anak saudara dan ke bawah, waris sisi kepada bapa si mati iaitu bapa saudara, sepupu dan waris datuk si mati iaitu datuk saudara, anak kepada datuk saudara dan seterusnya. Di samping itu, tuan yang membebaskan hamba berhak mendapat harta
pusaka bekas hamba yang dibebaskan itu jika bekas hambanya tidak mempunyaiwaris yang berhak
mewarisi harta pusakanya. Manakala seseorang Islam yang meninggal dunia namun tiada waris,
maka harta pusakanya akan diserahkan kepada Baitulmal.
3. Harta: Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.
Termasuk Harta Pusaka
Semua harta si mati yang diperolehi secara halal;
Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian;
Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati,
Simpanan KWSP berpenama / tiada penama,
Penama Takaful; dan
Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat
Bukan Harta Pusaka
βͺ Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah;
Khairat kematian,
Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
eFARAID
β Imbuhan, pampasan dan sagu hati,
β Pencen terbitan, dan
Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
2.2 Halangan Pusaka
Waris-waris yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan atau keturunan akan boleh terhalang daripada menerima pusaka atas sebab-sebab berikut:
1. Membunuh
Ulama telah sepakat bahawa membunuh adalah antara perkara yang menghalang seseorang itu daripada mewarisi harta pusaka orang yang dibunuhnya.
Yang bermaksud "Pembunuh tidak layak menerima apa-apa (mewarisi harta pusaka)" (Riwayat Abu Daud)
2. Murtad
seseorang yang murtad iaitu keluar daripada agama islam tidak pernak mewarisi pusaka si mati beragama Islam.
3 Berlainan Agama
Perbezaan agama antara Islam dan bukan Islam akan menghalang kedua-duanya daripada mewarisi pusaka.
Yang bermaksud: "Orang Islam tidak mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak mewarisi orang Islam (Riwayat al-Bukhari)
3 Waris-Waris
Waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka dibahagikan kepada waris lelaki dan perempuan Penentuan jantina waris adalah sangat penting dan hendaklah dipastikan kerana ia akan menentukan wars-waris mewarisi secara fardu atau asobah.
3.1 Waris Lelaki
1 Anak lelaki
2 Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah