13/08/2022
*KISAH BENAR*
Puan.. saya baru tahu yang anak perempuan tunggal dapat bahagian faraid 1/2. Selama ini, saya tak taupun rupanya saya ada hak dan saya dianiaya oleh makcik dan pakcik saudara sendiri..
Kisahnya begini..
Semasa arwah ibu saya meninggal, saya baru berusia 9 tahun. Saya satu-satunya anak perempuan tunggal ibu dan ayah. Ibu saya meninggalkan banyak harta pusaka berupa kebun kelapa, sawah padi dan kebun getah. Setahu saya, semua kebun2 tu arwah ibu saya yang beli sebab beliau memang rajin bekerja, mengumpul duit dan membeli kebun sendiri. Masa saya kecil, saya selalu ikut ibu saya menoreh getah di kebun.
Ibu meninggal kerana sakit. Selepas ibu meninggal, saya dan ayah dihalau keluar dari rumah kami oleh adik-beradik ibu. Dokumen bertulis berkaitan kebun2 semua dirampas dan kami dihalang untuk masuk ke kebun arwah. Katanya saya hanyalah anak perempuan dan tak ada hak ke atas harta arwah. Mereka juga kata tak akan beri harta pusaka ibu kepada ayah kerana takut ayah akan bagi harta pusaka tu kepada isteri baru jika ayah berkahwin lain.
Saya dan ayah memang tidak merasa langsung walau sesen pun harta arwah ibu. Barang kemas ibu yang banyak disimpan dalam kotak pun habis diagih sesama mereka sahaja. Saya dibesarkan oleh ayah dan ibu tiri. Sehingga ayah saya meninggal, saya dan ayah tak pernah menuntut bahagian kami kerana memang menyangka kami tidak ada hak. Tambah2 lagi kami takut nak mengeruhkan hubungan keluarga. Sedih memanglah sedih.. sebab saya tahu harta2 tu semua hasil titik peluh arwah ibu..
Alhamdulillah.. walau tak dapat harta pusaka, saya mampu cari harta sendiri. Hidup saya sederhana tapi bahagia dengan anak2 dan suami. Tapi hidup makcik dan pakcik saudara saya yang dapat harta tu saya tengok taklah senang mana. Ada yang sakit terlantar, ada yang diabaikan anak2.. mungkin itulah rezeki masing2 namanya.
Tergamam sekejap saya mendengar kisah makcik tu. Mula2 saya panggil dia Puan sebab nampak usianya dalam lingkungan 50-an dan dia masih bekerja. Tapi bila tengok kad pengenalan dia.. Allah! Makcik tu lahir tahun 1947! Memang nampak sihat, nampak jauh lebih muda dari usia, masih tegap berjalan dan tenang je dia bercerita. Betullah makcik tu kata.. memang Allah rezekikan dia dengan rezeki yang lebih besar berupa nikmat kesihatan, ketenangan dan keluarga yang bahagia..
Makcik tu sebenarnya datang untuk buat dokumen Hibah. Bila saya bertanya, apa rahsia makcik masih kekal sihat dan wajah tak dimakan usia? Makcik tu jawab sambil senyum.. “Tak ada apa pun puan, biasa2 je. Cuma makcik adalah amalkan solat tahajud, selalu maafkan orang yang buat salah dengan makcik dan makcik tak akan ambil sesuatu yang bukan hak makcik..”
Allahu.. terima kasih makcik kerana berkongsi pelajaran berharga yang tak dapat dipelajari di mana2 Universiti.. Allah tu Maha Adil.. setiap orang akan dapat balasannya masing2 sesuai dengan apa yang dia lakukan.. tak tunggu di Akhirat.. di dunia lagi dah dapat.
***
Saidina Umar al-Khattab juga menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’.
1. Jauh daripada semua penyakit.
2. Dikurniakan kesan takwa pada wajah.
3. Dikasihi oleh semua manusia.
4. Percakapan dan perbuatannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan).
5. Dikurniakan kekuatan dan Rezeki (halal dan diberkati).
6. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.
7. Dipermudahkan hisab.
8. Melalui titian sirat seperti kilat.
9. Diberikan catatan amal dengan tangan kanan.
Alhamdulillah.. moga dapat sesuatu untuk iktibar.
cnp