19/04/2022
Seorang kawan beli rumah pertama pada tahun 2012,masa itu bank cuma bagi pinjaman 70%(sebab profile tidak cantik).
🔶Dia beli rumah kedua pada tahun 2016,masa itu bank boleh dapat pinjaman 90%, sekarang dia nak beli rumah ke3, dia tanya berapa pinjaman dia boleh
dapat?
🔹Saya jawab, Rumah ke 3 bank cuma bagi pinjaman sebanyak 70% daripada market value. Kalau rumah ke 3 ini beli below market value,boleh buat mark up loan untuk kurangkan downpayment yang perlu dikeluarkan.
🔹Contoh market value rumah RM500,000, harga beli adalah RM400,000. RM400,000 x30%=RM120,000 downpayment perlu keluar. Kalau buat mark up loan RM500,000 x 70%=RM350,000 -RM400,000(harga beli), Jadi downpayment perlu keluar adalah RM50,000 sahaja.
🔹Tapi ini perlu bincang dengan tuan rumah,dapatkan persetujuan dari tuan rumah baru boleh buat mark up loan. Kalau tuan rumah tidak setuju,boleh buat refinance rumah pertama yang beli pada tahun 2012.
🔹Sebab rumah ini,dulu pinjaman baru lulus 70%, kalau buat refinance sekarang boleh dapatkan cash out, cash out boleh jadi downpayment untuk rumah ke 3
Financial Coach
KY Tee