29/08/2022
JOM SOKONG PENUBUHAN TEMPAT PERLINDUNGAN KUCING TERBIAR
Jika anda tidak mempunyai masa untuk memelihara dan menjaga kucing kesayangan, anda mempunyai pilihan dengan menderma atau menaja haiwan kesayangan dengan menyokong penubuhan tempat perlindungan yang menawarkan perkhidmatan merawat kucing-kucing terbiar seperti di Furradise@Subtle.
Pihak kami dalam usaha untuk membina tempat perlindungan kucing yang ditubuhkan khas untuk melindungi kucing-kucing terbiar atas kerjasama kami bersama pihak veteriner. Kami memerlukan sokongan anda. Bayangkan? Dengan penubuhan tempat perlindungan dengan hanya serendah RM10 dapat merubah kehidupan meowers kita!
Berikut pakej-pakej yang disediakan:
1. Tajaan ikhlas - RM10
2. Tajaan 1 Meow - RM150
3. Tajaan 10 Meow - RM1200
Bagi yang berminat untuk membuat tajaan dan terus menyokong kami, sila klik pautan berikut: https://farbeatuplift.onpay.my/order/form/furradise