11/02/2026
๐ Ada yang kata dari beli rumah bayar dekat bank, lebih baik menyewa.
Jom kita congak.
Beli rumah harga RM200,000
Tempoh loan: 35 tahun
Ansuran bank: RM1,000 sebulan
Kiraan kasar:
RM1,000 ร 12 ร 35
= RM420,000
Ya, bayar bank 2x ganda harga rumah.
Katakan yang menyewa bayar bulanan lagi murah RM800 sebulan, untuk 35 tahun:
RM800 ร 12 ร 35
= RM336,000
Maksudnya, dalam 35 tahun penyewa dapat jimat RM84,000 bersamaan RM2,400 setahun.
RM2,400 ni lah pengorbanan yang pembeli bayar setiap tahun berbanding penyewa. Untuk apa?
35 tahun kemudianโฆ
Yang menyewa = Aset 0
Terus bayar sewa, dah pencen minta anak sambung bayar sewa.
Yang membeli = Aset 1
Komitmen dah setel, boleh wariskan rumah untuk anak tanpa perlu sambung bayar.
Betul ke lebih baik menyewa ๐ค