15/10/2022
Cuepacs cakap separuh dari penjawat awam belum ada rumah.. kalau 1.62 juta penjawat awam.. maknanya kira-kira 810ribu..
Isu ini bukan kerana tiada deposit, kerana lppsa benarkan 100% pembiayaan.. tapi lebih kepada komitmen bulanan yang perlu ditanggung setiap bulan..
Rumah yang dibina kebanyakkan hanya untuk lanyak maksimum kelayakan peminjam.. kebanyakkan gred rendah yang bergaji sekitar RM2300-2500.. kalau ikut jadual hanya layak untuk rumah berharga RM270K-RM300K.. kalau DSR 60% dibenarkan.. maka bayaran balik sekitar RM1300-1500.. baki tinggal RM1000? Adakah dengan keadaan ekonomi hari ini sebuah keluarga boleh hidup dengan baki sedemikian?
Contoh kiraan DSR lain..
Contoh gaji bersih = RM 3800 X 60% = RM 2280 ( Bayaran bulanan yang dibenarkan )
Anggaran harga rumah yang layak = RM 2280X 200 = RM 456,000
Berbaki RM1500.. agak-agak cukup ke? Dengan komitmen lain lagi?
Kemelut ini bukan hanya berlaku kepada kakitangan kerajaan, tapi juga kepada pekerja swasta.. jadi apa solusi yang boleh kita pelajari disini? Adakah dengan biar je lah harga rumah terus meningkat, kita sewa je lah sampai bila-bila..
Bagi pendapat saya yang marhaen ni la kan.. kita boleh ambil pendekatan berlainan sekiranya ingin memiliki rumah yang lebih murah.. antaranya..
1. Dengan memilih unit subsale.. walau rumah agak lama, tapi secara praktikalnya masih relevan.. daripada projek baru yang saiznya semakin kecil serta harga jualan yang tinggi..
2. Lakukan belian seawal yang boleh untuk panjangkan tempoh pembiayaan.. beza yer orang berumur 40an keatas dengan orang berumur 30an punya installment..
3. Tinggikan deposit jika ada simpanan.. jadi pembiayaan kita akan mengecil, sekaligus mengurangkan komitmen bulanan.. selain itu kita juga boleh memendekkan tempoh pembiayaan jika layak..
4. Kurangkan komitmen lain, atau hold dulu hutang lain untuk memaksimunkan permohonan pembiayaan perumahan.. justeru itu, skoring kita akan lebih mantap untuk dapatkan kadar faedah yang lebih menarik
5. Cari unit yang lengkap, tanpa perlu mengeluarkan kos dikemudian hari kerana rumah yang dijual tidak lengkap, contohnya perbezaan rumah subsale yang semuanya telah ada berbanding rumah baru yang kipas lampu nya tiada, gril besi tiada, awning tiada, slab dapur takde.. kerana penjimatan ini amat terkesan bagi mereka yang tiada simpanan lebih
6. Menggunakan ejen berdaftar dengan ketahui hak kita sebagai pembeli, tanpa ada diskriminasi antara broket dengan tuan rumah.. banyak yang terkena.. owner jual harga sekian sekian, broker letak harga sekian-sekian.. sedangkan ejen hanya berhak mengenakan beberapa peratus dari harga jualan..
7. Semak harga pasaran agak pembelian tidak melebihi dari ditetapkan pihak penilai, ini boleh mengakibatkan pembiayaan tidak mencapai sasaran sehingga kita perlu keluarkan cash untuk topup lagi..
8. Berinteraksi dengan jiran-jiran ketika lakukan site visit untuk mengetahui lebih tentang hartanah tersebut agar tidak terkena dikemudian hari.. kerana adakala owner bersembunyi dari fakta sebenar tentang sejarah rumah tersebut, seperti kawasan bencana atau sturuktur yang tidak selamat.
So semoga yang masih tercari-cari rumah tu, diharap urusan anda semua dipermudahkan.
Saya boleh bantu anda kirakan kelayakannya loan & nak guna khidmat agent boleh contact saya :-
Ahmad Talmizi
+60179400584
Maxxan realty Sdn bhd
Wasap.my/60179400584/nak+semak+kelayakan