AHB "Asia Herbal Biotech"

AHB "Asia Herbal Biotech" Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AHB "Asia Herbal Biotech", Real Estate, No 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari, Petaling Jaya.

15/04/2017

Cita-cita adalah sebuah perkara yang besar dalam hidup, sebuah destinasi yang harus dicapai. Hanya jika anda tidak berani bermimpi, tidak berani mengerjakan, sebenarnya tiada hal yang tidak boleh terjadi dalam dunia ini.

Anda miskin, kerana anda tidak mempunyai minat dan cita-cita.

- Jack Ma

12/04/2017

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orangยฒ yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

26/02/2017

*PUNCA KITA MUDAH JATUH MISKIN*

Dari Kuliah Dhuha Ust Fawwaz Mat Jan :

+ *Tidak Menjaga solat atau solat dgn tidak betul*
+ *Tidak membersihkan sawang labah-labah di rumah*
+ *Mengeringkan air di badan dgn pakaian yg di pakai*
+ *Menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam*
+ *Keluar dari masjid selepas solat subuh dgn tergesa-gesa*
+ *Makan dan minum sebelum mandi wajib*
+ *Isteri yg S**A MARAH Suami*
+ *S**a bertelanjang dalam rumah*
+ *Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat*
+ *S**a membuat dosa*
+ *Terlalu banyak tidur*
+ *Menggunakan sikat yg rosak*
+ *S**a duduk di muka pintu*
+ *Membiarkan pinggan mangkuk di waktu malam tidak berbasuh.*

Rujukan dari kitab Ta'alim Muta'alim ...

Moga ada kebaikkannya untuk kita-kita semua....tolong foward je..โ˜บ

TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY DAN 'KEMEWAHAN'" Saya pun s**a kepada kemewahan. Saya pun s**a pergi tengok dunia, ke Tok...
31/01/2017

TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY DAN 'KEMEWAHAN'

" Saya pun s**a kepada kemewahan. Saya pun s**a pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun s**a pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

" Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

" Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

" Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

" Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya s**a kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

" Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

" Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah. " - TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

18/01/2017

JANGAN LUPA ALLAH BILA SENANG

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan p**a 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Semoga jadi iktibar bagi kita semua...

20/09/2016

*....KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR....*
-
_Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya._

*PEMUDA:* _Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?_

*PAK IMAM:* _Boleh!!! dengan izin Allah._

*PEMUDA:* _Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya._

*PAK IMAM:* _Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!_

*PEMUDA:* _Saya ada 3 soalan;_
_1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?_
_2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?_
_3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???_

*PANGGGGGGGGG !!!*
_Satu penampar dari tok imam singgah kat p**i pemuda itu._

*PEMUDA:* _Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?_

*PAK IMAM:* _Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!_

*PEMUDA:* _Saya tak paham !!!_

*PAK IMAM:* _Macamana rasa penampaq saya?_

*PEMUDA:* _Sakit laa Tok Imam !!!_

*PAK IMAM:* _Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!_

*PEMUDA:* _Ya !!!_

*PAK IMAM:* _Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia_.

*PEMUDA:* _Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!!_

*PAK IMAM:* _Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok._

_Permuda terpegun jawapan Pak Imam._

*PAK IMAM:* _Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( sambil gosok2 p**i bekas kena penampar )_

*PAK IMAM:* _Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?_

*PEMUDA:* _Takkk!!! ( masih tercengang2 )_

*PAK IMAM:* _Tu lah namanya TAKDIR,,!_

_Pemuda sombong itu terdiam._

*PAK IMAM:* _Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daginggg !!!_

,*PAK IMAM:* _P**i yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa p**ak ?_

*PEMUDA:* _Kulit dan daging...!!!????_

*PAK IMAM:* _Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?_

*PEMUDA:* _Sakit dan pedih berdesing...!!!?_

*PAK IMAM:* _Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...!_

*PEMUDA:* *Allahuakbar !!!*

*Pak imam* *meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.*

*Semoga bermanfaat.*

08/08/2016

"BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI"

Hassan Al Basri merupakan seorang "ulama dan ahli perniagaan"

Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah............ Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

๐Ÿ‘‰1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

๐Ÿ‘‰2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

๐Ÿ’ฅMasa telah berlalu dan selang beberapa tahun,
perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot.
๐Ÿ’ฅManakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’จ๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฅ
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang p**a, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya p**ang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

๐Ÿ˜‰โ€”Moral of the story
Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

๐Ÿ˜ŽJadi, belajarlah dari ramai guru,
banyak membaca untuk tambahkan ilmu,
minta ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ beri petunjuk,
mohon ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ bimbing kehidupan kita,
semoga ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ memberikan taufik dan hidayah.

๐Ÿ˜ŽMudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul,
kita di muliakan oleh ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ di dunia dan di akhirat.

Silakan share jika rasa ia menarik untuk dibaca.
C&P

22/06/2016

MESTI BACA!
Mengejutkan! Perbincangan antara robert t kyosaki dgn Donald Trump! Keduanya org terkaya didunia!

KENAPA NETWORKING ?

Perbincangan mengenai kenapa networking (Why Network Marketing)
Penulis Buku ni Robert T Kiyosaki bersama dgn Billionaire Donald Trump berkongsi idea tentang masalah ekonomi yg berlaku skrg dekat *Amerika Syarikat.*

Menurut mereka,
Industri networking bakal mengalahkan semua industri.
Networking adalah satu industri yg menggunakan Kuasa Leverage. (Org Kaya faham maksud Leverage krn kekayaan mereka selama ni drpd Leverage iaitu satu anugerah drpd Tuhan)
Cth Leverageโ€ฆ
Jika pendapatan kita dr *RM2* & ia berganda setiap bulan,
beginilah yg akan terjadiโ€ฆ

*RM2 โ€ฆ.*
bulan 1 RM4 โ€ฆ
bulan 2 RM8
bulan 3 RM16โ€ฆ
bulan 4 RM32 โ€ฆ
bulan 5 RM 64โ€ฆ
bulan 6 RM128 โ€ฆ
bulan 7 RM256 โ€ฆ
bulan 8 RM512 โ€ฆ
bulan 9 RM1024โ€ฆ
bulan 10 RM2048 โ€ฆ
bulan 11 RM4056โ€ฆ
bulan 12 RM8112 โ€ฆ
bulan 13 RM16, 224 โ€ฆ
bulan 14 RM32,448 โ€ฆ
bulan 15 RM64,896 โ€ฆ
bulan 16 RM129,782โ€ฆ
bulan 17 RM259,564 โ€ฆ
bulan 18 *RM510,128* โ€ฆ
bulan 19 *dan berterusanโ€ฆ*

*Bulan yg ke 19 anda sudah mempunyai pendapatan setengah juta bermula dr RM2.*

*Ini lah yg dinamakan Kuasa Leverage.*
*Inilah yg berlaku dlm Industri networking.*

*Ramai yg terlepas pandang.*
*Sebab tu,
ada satu temuramah antara Donald Trump dgn wartawan,
para wartawan tanya pd Donald Trump,
kalau dia jatuh bankrupt,
dia nak buat bisnes apa.*

*Jawapan:*

*Saya akan cari satu company MultiLevel Marketing Terbaik & JOIN*.

Wartawan semua ketawakan diaโ€ฆ
Donald Trump bidas semulaโ€ฆ
dan bercakap โ€œSebab tu lah saya duduk diatas sini & ANDA berada di bwh... โ€œ

Ada satu kes lagi,
kenyataan oleh lelaki paling kaya sekali di dunia Warren Buffet.

Dlm hidup dia membuat pelaburan,
pertama kali dia rasa pelaburan yg sangat untung & berpotensi iaitu semasa dia melabur di industri networking...

โ€œ *Aku Mempunyai Minda Seorg Jutawan*โ€

Lebih baik income bisnes bermula dgn RM2 & naik berganda setiap bulan, berbanding makan gaji naik setahun sekali RM ? (ikut pangkat)
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
*Siapa yg pernah & sudah berjaya, baru faham & akui..*

The โ€œ *Power of Network Marketing* โ€œ.

17/04/2016

Tiada beza mengumpat dan fitnah dengan gossip (istilah zaman moden).

Saya bukan mahu mengumpat, tetapi cerita ini benar.

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽุŒ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ูŽุงู„ูŽ " ุฃูŽุชูŽุฏู’ุฑููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ุงู„ู’ุบููŠุจูŽุฉู " .
Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Adakah kalian tahu apa itu mengumpat?

ู‚ูŽุงู„ููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ู .
Para sahabat menjawab: Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

ู‚ูŽุงู„ูŽ " ุฐููƒู’ุฑููƒูŽ ุฃูŽุฎูŽุงูƒูŽ ุจูู…ูŽุง ูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ู " .
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Kalian bercerita tentang saudara kalian dengan apa yang dia tidak s**a.

ู‚ููŠู„ูŽ ุฃูŽููŽุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽ ุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ุฃูŽุฎููŠ ู…ูŽุง ุฃูŽู‚ููˆู„ู
Baginda ditanya: Apa pendapat engkau jika apa yang aku ceritakan itu benar-benar wujud pada saudara ku?

ู‚ูŽุงู„ูŽ " ุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู„ู ููŽู‚ูŽุฏู ุงุบู’ุชูŽุจู’ุชูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ูููŠู‡ู ููŽู‚ูŽุฏู’ ุจูŽู‡ูŽุชู‘ูŽู‡ู
Baginda menjawab: Jika benar sebagaimana kau katakan, maka itulah mengumpat. Jika tidak benar, maka itu fitnah.

[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, hadis no: 2589].

Wallahu a'lam.

Address

No 1-2 & 1-3, Jalan PJS 8/17, Dataran Mentari
Petaling Jaya
46150

Telephone

+601126380484

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AHB "Asia Herbal Biotech" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AHB "Asia Herbal Biotech":

Shortcuts

Share

Category