09/09/2025
✨PUNCAK ALAM - SINGGAHSANA SERIBU HARAPAN✨
Apabila nama Puncak Alam disebut, gambaran yang terlukis ialah sebuah bandar yang moden di Selangor dikenali dengan pembangunan pesat yang dibangunkan sebagai kawasan kediaman terbuka bagi menampung pertumbuhan pop**asi di Lembah Klang.
📍Ketika ini isu banjir semakin giat ditangani oleh pihak berwajib, bukan sahaja di Puncak Alam malah seluruh Selangor. Oleh itu, setiap projek pembangunan telah ditinggikan aras tapak tanah dan infrastruktur jalan utama melebihi paras banjir terdahulu. Selain langkah pencegahan banjir, fokus yang signifikan juga diberikan kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan. Projek-projek pembinaan dan penambahbaikan jalan raya yang dijalankan bukan sekadar untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, malah bagi mempercepatkan pergerakan penduduk ke destinasi utama seperti Shah Alam, Klang, dan Kuala Lumpur, serta memudahkan urusan logistik.
✍️Dengan akses yang efisien ini, Puncak Alam bukan sahaja kian mudah dituju, malah muncul sebagai lokasi kediaman yang sangat berdaya maju dan menarik untuk diduduki. Fasiliti pendidikan lengkap tersedia bagi generasi muda, dari Tadika Pintar Era Baru Harapan (3 km), sekolah rendah seperti SK Desa Aman (2.5 km) dan SKJT Bukit Darah (5 km), Wesley Methodist School (5 km) hingga menara gading seperti UiTM.
🛒Keperluan harian juga dekat seperti KIPMall (1 km), Coalfield Retail Park (1 km), dan Saujana Utama Mall (9 km). Untuk rekreasi, BSC Central Park (1 km), Lake Park Hillpark (7 km) dan kawasan hijau yang lain menawarkan tempat ideal untuk pencinta alam. Kesihatan penduduk juga terjamin melalui hospital kerajaan dan swasta lengkap, termasuk Hospital UiTM (8 km) dan Hospital Sungai Buloh (17 km).
💫Kehidupan masyarakat setempat bertambah harmoni dengan penyediaan rumah ibadah khususnya seperti surau, masjid dan kuil untuk kemudahan para penduduk sekitar misalnya Surau Nur Khalid (3km) ,Masjid At-Taufiqiah (2.6 km) dan Sri Maha Kaliamman Temple (18 km).
🚉Kemudahan pengangkutan awam seperti MRT Sungai Buloh (15 km), manakala projek ECRL dijangka siappada Q4 2026, membuka laluan lebih pantas ke Pantai Timur dan Barat memperkukuh nilai strategik Puncak Alam. Tambahan p**a, Pusat Data Google pertama di Malaysia hanya 8 km dari sini, menjadikan Puncak Alam adalah hab masa depan dengan peluang pekerjaan dan potensi nilai hartanah meningkat.
Walaupun banyak kawasan baru muncul, nama Puncak Alam tetap relevan sebagai pilihan utama pembeli rumah pertama mahupun pelabur hartanah kerana kawasan ini tumbuh pesat dengan pelbagai kemudahan serba moden. Dari kediaman sederhana hingga yang bertaraf mewah, ia memegang auranya sendiri: tenang untuk didiami, moden untuk dinikmati, dan bernilai untuk diwarisi.
Kehidupan premium di Puncak Awani. Tunggu apa lagi?
WhatsApp: http://wasap.my/+60162058826/PuncakAwaniDetails
Kediaman eksklusif anda bermula di sini.