Properties Republic

Properties Republic Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Properties Republic, Real Estate, 46000, Petaling Jaya.

22/09/2016

Kadang-kadang, tuan rumah dah cukup murah hati dan bagi peluang untuk jelaskan sewa tertunggak dalam satu tempoh tertentu. Tapi, penyewa p**a buat hal.

22/09/2016

Tok nasihatkan korang beri sepenuh perhatian kat perkara ni. Kalau tersilap langkah, pening kepada korang nak handle masalah macam “brader” ni nanti.

02/04/2015
PERBANDINGAN PINJAMAN SECARA ISLAMIC VS KONVENSIONAL
07/02/2015

PERBANDINGAN PINJAMAN SECARA ISLAMIC VS KONVENSIONAL

24/01/2015

Hartanah Pertama Yang Mana Patut Anda Miliki Dahulu?.

Jika anda tanya kepada sesiapapun yang baru di dunia hartanah kenapa mereka masih tidak membeli rumah, kebanyakannya akan memberitahu bahawa kos untuk memiliki sebuah rumah bukanlah merupakan pelaburan yang sangat kecil. Ia melebihi kemampuan seseorang individu itu untuk memilikinya terlebih dahulu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang masih mengumpul dan menyimpan wang untuk memiliki rumah impian mereka sebagai hartanah pertama.

Persoalannya, patutkah anda menunggu sehingga berjaya mengumpul wang yang cukup untuk membeli rumah impian anda? Harga hartanah di Malaysia sentiasa melambung naik, banyak pembeli hartanah sendiri mempunyai masalah terhadap pemilikian rumah idaman mereka seperti berangan ingin memiliki rumah teres berkembar dua tingkat tetapi hanya mampu memiliki kondominium dua bilik tidur.

Jika anda seorang prospektif pembeli rumah kalipertama, anda mungkin menghadapi banyak keputusan yang sukar. Semua individu mempunyai pendapat yang tidak sama, di mana ada diantara mereka yang ingin membeli rumah untuk selama-lamanya dan ada yang hanya ingin membeli rumah untuk kali pertama bagi permulaan.

Tetapi secara amnya, rumah permulaan mampu membuatkan anda bahagia pada lima tahun pertama atau lebih. Atau mungkin ia sudah mencukupi bagi seseorang individu. Sebaliknya, rumah kekal ialah merupakan rumah yang anda mungkin telah melihat diri anda apabila tinggal di situ, lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga.

Masalah yang utama sekarang hanyalah wang:

Jual-beli rumah juga punya turun naik seperti kadar-kadar faedah dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pembeli rumah kali pertama kini membeli rumah sekadar mengikut kesesuaian bajet mereka berbanding dengan kegemaran mereka. Terdapat banyak baik dan buruk yang harus dipertimbangkan, tidak kira sama ada rumah itu dijadikan sebagai rumah permulaan mahupun rumah untuk diduduki selama-lamanya.

Dapatkan rumah pertama anda

Terdapat beberapa kebaikan jika anda membeli rumah permulaan daripada membeli rumah idaman bagi kali pertama. Pertama sekali, Kadar semasa Base Lending Rate (BLR) sebanyak 6.6% (seperti Januari 2014) merupakan yang diantara terendah semenjak 10 tahun lalu. Pakar dan ahli ekonomi berpendapat kadar ini mungkin akan meningkat pada tahun ini.

Jika anda fikir kadar janji yang bagus merupakan satu perkara yang tidak cukup baik untuk anda, dan anda membuat keputusan untuk berkompromi bagi rumah pertama anda, fikir semula. Kadar jumlah pinjaman anda akan memberi kesan kepada bayaran bulanan anda dan juga jangka peminjaman anda.

Anda juga boleh memeriksa bayaran bulanan anda terhadap kadar faedah semasa yang ditawarkan oleh bank menggunakan kalkulator pinjaman rumah iMoney. Ini akan memberi idea yang lebih terang tentang bagaimana kadar-kadar faedah boleh menjejaskan kewangan anda.

Satu lagi pertimbangan yang harus diambil kira adalah penilaian harta. Membeli rumah permulaan sekarang boleh membantu anda mempercepatkan matlamat dengan menjualnya apabila harga pasaran rumah permulaan anda melambung. Ini memang selalu dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat di Malaysia.

Perkara yang patut anda elakkan ketika anda ingin membeli

Kekurangan terbesar dengan membeli rumah permulaan adalah apabila nilai rumah tersebut tidak melambung dan juga kesukaran untuk disewakan. Untuk mengurangkan perkara seperti ini berlaku, buat seberapa banyak kajian tentang jenis dan lokasi hartanah tersebut.

Tidak banyak individu yang berumur 30-an atau 20-an mampu memiliki rumah impian anda. Apabila harga rumah dan kos sara hidup meningkat, gaji tidak bertambah dengan kadar yang sama. Hari ini, dengan pendapatan seisi rumah bersama mungkin tidak dapat memiliki mana-mana rumah yang selesa di kawasan bandar Lembah Klang.

Menunggu sebuah rumah impian untuk selama-lamanya mungkin hanya akan menjadi satu penantian kerana harga rumah tidak akan menurun sehingga bila-bila. Sekarang, satu hartanah yang tidak mampu dibeli sekarang, mungkin juga diluar kemampuan pada masa akan datang, jika kenaikan gaji kekal di kadar yang sama.

Menyasarkan kepada pertengahan

Jadi, bagaimanakah anda membuat keputusan bagi memilih rumah pertama anda?

Untuk membuat keputusan dengan lebih mudah, pertimbangkan perbezaan harga rumah permulaan dan juga rumah impian anda. Jika perbezaan harga bagi rumah impian anda boleh dikumpul dalam jangka masa setahun, anda boleh pilih untuk menunggu sehingga wang yang diperlukan selesai di kumpul.

Tetapi jika perbezaannya adalah diantara sebuah kondiminium satu bilik berharga RM250,000 dan rumah teres dua-tingkat RM600,000, ia akan mengambil masa lebih dari lima tahun untuk anda menabung, anda boleh menyasarkan pada pertengahan.

Itu bermakna anda masih tidak mampu lagi untuk mendapatkan satu aset yang terbesar dengan jiran yang baik masa kini, tetapi anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana ataupaun mencari satu hartanah yanng lebih jauh dari pusat bandar.

Jika anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana ataupun asset yang jauh dari bandar ia mungkin adalah salah sebuah asset yang boleh menjadi senarai dalam pilihan anda.

Dengan meniliti segala kriteria yang anda mahu, anda mungkin boleh menjumpai sesuatu yang berguna pada masa akan datang sebelum anda memiliki rumah idaman anda yang anda mampu miliki selamanya. Kadangkala, ia mungkin mengambil masa sebanyak dua buah rumah untuk anda mampu memiliki rumah impian anda.

- Sumber dari imoney.my

06/01/2015
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) Di Malaysia Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah sejenis cukai keuntung...
18/11/2014

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT)

Di Malaysia Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah sejenis cukai keuntungan modal yang dikenakan ke atas penjualan harta tanah di Malaysia. Dari tempoh 2008-2009, CKHT telah digantung sementara, dan diperkenalkan semula pada tahun 2010. Pada tahun 2014, kadar CKHT telah dinaikkan bagi tahun kelima berturu-turut sejak 2009. Bagaimanakah CKHT dikira, dan apakah impaknya?

Berdasarkan Akta Cukai keuntungan harta tanah 1976, CKHT ialah cukai dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan harta tanah. Keuntungan yang boleh dicukai adalah keuntungan apabila penjualan harga lebih dari harga rumah yang dibeli. Apa yang kebanyakan orang tidak tahu adalah bahawa CKHT adalah juga digunakan dalam pemerolehan dan penjualan saham dalam syarikat di mana 75% aset adalah dalam hartanah, juga dikenali sebagai harta tanah Syarikat (RPC). CKHT dikenakan kepada kedua – dua pihak, iaitu pemastautin dan bukan pemastautin.

Anda akan hanya boleh dikenakan cukai pada keuntungan modal bersih yang positif iaitu harga penjualan ditolak daripada harga dibeli tolak caj yang pelbagai seperti; (setem duti, yuran guaman, bayaran iklan, dan sebagainya). Selain itu, pengecualian ke atas jumlah kena cukai diberikan kepada individu (syarikat tidak termasuk). Tempoh pemegangan adalah dari tarikh Perjanjian Jual Beli sehingga tarikh penjualan.

Bagi pengiraan cepat dan mudah, formulanya adalah:
Keuntungan Terkena Cukai (C.G) = Harga Penjualan - Harga Dibeli
Keuntungan Terkena Cukai Bersih = Keuntungan Terkena Cukai- Pengecualian(RM10, 000 atau 10% daripada C.G, yang mana lebih tinggi) Cukai yang kena dibayar = Kadar CKHT (berdasarkan tempoh pegangan)* Keuntungan Cukai Bersih

Apartment Taman Medan Jaya (Blok I) PJS 2 Petaling Jaya Tingkat 8End unit 820 sqft 4 Bilik 2 Bilik air Fully renovation ...
16/11/2014

Apartment Taman Medan Jaya (Blok I)
PJS 2 Petaling Jaya

Tingkat 8
End unit
820 sqft
4 Bilik
2 Bilik air
Fully renovation
1 lot parking

Terdapat :
8 set katil + tilam + bantal
8 almari
Peti ais 220L(samsung)
Mesin basuh 7.5 kg (panasonic)
Smart tv 32" (toshiba)
Dapur rubine (gas hobs)
Kitchen cabinet

Sesuai untuk pelaburan
Boleh muat 8 orang penyewa
8 x rm250 = rm2000

Lokasi strategik,
access jaringan lebuhraya utama: NPE,KESAS,FEDERAL,NKVE,LDP
Berhampiran pelbagai kemudahan:
Klinik kesihatan
Pasaraya
Komuter
Sekolah
Petrol pam
Medan selera
dan pelbagai lagi kemudahan

Harga RM240 000 (runding)
012 6870554 Eddy

10 Tip Asas Menghias Apartmen Comel
22/10/2014

10 Tip Asas Menghias Apartmen Comel

Dalam kita bergelut dengan ruang kecil sebuah apartmen, perlu ada usaha yang berterusan demi menjadikan suasana apartmen lebih teratur, kemas dan sedap mata memandang. Jangan dilupakan pemilihan perabot juga sama penting di samping nilai amali. Bersama hiasan yang tepat dan pemilihan jenis kabinet y…

Address

46000
Petaling Jaya
SELANGOR

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Properties Republic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category