26/10/2026
Daulat Tuanku!
Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan serta Jajahan Takluknya.
Sempena Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, patik sekalian menyusun jari sepuluh mendoakan semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan mengurniakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kesihatan yang berpanjangan, afiat, serta kebijaksanaan dalam terus memimpin Negeri Selangor Darul Ehsan.
Terima kasih Tuanku atas kepimpinan yang adil, prihatin, dan penuh wawasan sepanjang 25 tahun naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang melimpahkan kemakmuran buat seluruh rakyat Selangor.
Daulat Tuanku! Dirgahayu Tuanku!