IZ Pelukis Pelan KL & Selangor

IZ Pelukis Pelan KL & Selangor MENYEDIAKAN KHIDMAT LUKISAN PELAN BANGUNAN DAN UBAH SUAI, TERMASUK PELAN 2D/3D SERTA PEMANTAUAN KERJA PEMBINAAN SECARA MENYELURUH

Selamat pagi! ☀️1st draft design untuk projek rumah berkonsep Mediterranean / Spanish Style. Kami mulakan dengan bantuan...
06/08/2026

Selamat pagi! ☀️

1st draft design untuk projek rumah berkonsep Mediterranean / Spanish Style. Kami mulakan dengan bantuan AI untuk menghasilkan 3D render dan pelan isometrik sebagai gambaran awal, supaya owner lebih mudah memahami konsep, susunan ruang (layout) dan reka bentuk fasad sebelum proses reka bentuk diteruskan.

Basic dulu, kemudian kita refine hingga menjadi realiti. 🏡✨

Selesai site inspection bagi projek Cadangan Tambahan & Ubah Suai Sekatan Dalaman 1 Unit Retail Shopping Mall. Pemeriksa...
06/08/2026

Selesai site inspection bagi projek Cadangan Tambahan & Ubah Suai Sekatan Dalaman 1 Unit Retail Shopping Mall.

Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak adalah selaras dengan pelan yang telah diluluskan oleh pihak majlis. ✅🏗️

dah inspection… bru nk bgtau… 😬😬😬
31/07/2026

dah inspection… bru nk bgtau… 😬😬😬

jangan salah renovation rumah, kalau mcm ni mcm ner nk setel 😅😅😅
31/07/2026

jangan salah renovation rumah, kalau mcm ni mcm ner nk setel 😅😅😅

Alhamdulillah 🤲🤲🤲semalam pihak pegawai dah maklumkan bahawa pelan telah lulus dan boleh diambil oleh arkitek berdaftar. ...
08/07/2026

Alhamdulillah 🤲🤲🤲

semalam pihak pegawai dah maklumkan bahawa pelan telah lulus dan boleh diambil oleh arkitek berdaftar. InsyaAllah esok kita proceed untuk collect 🫡🫡

Lepas ni dah boleh mula persiapan kerja-kerja pembinaan 💪

Projek kali ni agak unik

Cadangan membina 1 unit reban ayam moden 🐔🏗️
Satu pengalaman baru dalam dunia pembinaan, dari pelan ke realiti.

Setiap projek ada cabaran & pembelajaran tersendiri… kita jalan terus 🔥




lama x update status.. arini follow-up project cadangan tambahan dan ubahsuai 1 unit rumah 3 tingkat setia alam selangor...
08/07/2026

lama x update status.. arini follow-up project cadangan tambahan dan ubahsuai 1 unit rumah 3 tingkat setia alam selangor… dah boleh prepare untuk construction lepas ni 💪💪

assalammualaikum & selamat pagi

Semalam terbaca satu isu di Threads pasal kos permit ubahsuai dapur mencecah RM4.5K guna pelan setara.Sebenarnya, kos tu...
16/06/2026

Semalam terbaca satu isu di Threads pasal kos permit ubahsuai dapur mencecah RM4.5K guna pelan setara.

Sebenarnya, kos tu agak tinggi berbanding kebiasaan. Berdasarkan pengalaman saya uruskan permit pelan setara:

✅ Kos upah + fee majlis sekitar RM2.5K – RM3K
✅ Kalau owner buat sendiri, sekitar RM1.5K – RM2K sahaja

Cuma perlu faham, setiap PBT berbeza — ada yang wajib guna arkitek berdaftar (kos akan naik), ada yang pemilik boleh mohon sendiri.

Apa pun, jangan terus setuju dengan mana-mana quotation. Dapatkan nasihat & bandingkan dulu sebelum buat keputusan 👍

sekadar berkongsi pendapat 😎😎

Nak bina reban ayam moden 2 tingkat pun bukan main terus jalan. Kena lalu macam-macam tapisan Jabatan Bangunan, Jabatan ...
10/06/2026

Nak bina reban ayam moden 2 tingkat pun bukan main terus jalan. Kena lalu macam-macam tapisan

Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang, Jabatan Penilaian, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan, sampai ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semua kena bagi ulasan. Semua kena ikut garis panduan. Belum tentu lulus lagi.

Tapi tak apa — kita ikut saja undang-undang yang ditetapkan oleh PBT.

Biar lambat, asalkan betul.
Biar penat, asalkan selamat.

Sebab kita bukan sekadar nak bina reban,

kita nak bina sesuatu yang teratur, sah, dan tahan lama tanpa masalah di kemudian hari.

Proses mungkin panjang, tapi hasilnya nanti lebih tenang. 💪

Kalau ikut undang-undang, nak extend dapur rumah sendiri pun kena lalui macam-macam proses — permit, kelulusan pelan, si...
09/06/2026

Kalau ikut undang-undang, nak extend dapur rumah sendiri pun kena lalui macam-macam proses — permit, kelulusan pelan, sign jurutera, tunggu 1–2 bulan, lepas tu baru boleh jalan. Itu pun belum kira kos sana sini.

Tapi yang peliknya, ada pihak lain boleh naikkan satu komuniti, berpuluh-puluh rumah… tanpa permit, tanpa pelan, tanpa peduli sempadan. Siap langgar boundary, macam tak wujud langsung undang-undang.

Persoalannya… undang-undang ni sebenarnya untuk siapa?
Yang ikut prosedur dipayahkan, yang langgar bebas berjalan.

Malaysia… kadang-kadang buat kita termenung panjang. 🇲🇾

PEMATUHAN PERATURAN KONTRAKTORSemakin hari semakin ramai memilih untuk menjadi kontraktor perumahan bagi membantu orang ...
31/05/2026

PEMATUHAN PERATURAN KONTRAKTOR

Semakin hari semakin ramai memilih untuk menjadi kontraktor perumahan bagi membantu orang ramai mengubah suai atau membina rumah untuk mereka.

Hendak jadi kontraktor itu sudah bagus, tetapi yang lebih bagus adalah mengetahui juga peraturan yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Pematuhan peraturan penting bagi melindungi kontraktor, pemilik rumah dan projek daripada risiko yang tidak diingini.

Ambil tahu 7 perkara asas ini.

Kontraktor yang mematuhi peraturan yang ditetapkan akan lebih dipercayai dan berdaya saing.



Address

SURIAMAS CONDOMINIUM
Petaling Jaya
46150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IZ Pelukis Pelan KL & Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IZ Pelukis Pelan KL & Selangor:

Shortcuts

Share

Category