Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia

Directions Contact the business

Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia, Real Estate, Pinang.

Selamat datang ke Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia.Masjid Ar-Rayyan dengan rasminya diserahkan pada Qariah Bandar Cassia pd 28.03.2025.Masjid pertama yg dibina setelah hampir 15 tahun ditunggu penduduk.

WAKAF MAINPP + MARBC
12/10/2026

WAKAF MAINPP + MARBC

BATU KAWAN, 12 Okt — Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Wakaf MAINPP) meneruskan agenda merakyatkan wakaf menerusi penganjuran Fiesta AFFIN Islamic International Wakaf Fund Run 2026 yang merekodkan kehadiran terkumpul 5,200 pengunjung sepanjang dua hari di Masjid Ar-Rayyan, di sini, semalam.

Program dengan kerjasama AFFIN Islamic Bank itu berjaya mengumpul RM333,741.17 menerusi kutipan wakaf tunai, sekali gus mencerminkan sambutan masyarakat terhadap pendekatan memperluas budaya berwakaf secara lebih inklusif.

Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP, Tuan Abdul Mohsein Mohd Shariff berkata, wakaf bukan sekadar sumbangan kewangan, sebaliknya pelaburan sosial yang manfaatnya dapat dinikmati masyarakat secara berpanjangan.

“Kita mahu mengubah persepsi bahawa wakaf hanya berkaitan penyerahan tanah atau aset bernilai besar. Hakikatnya, setiap individu mampu menyumbang mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Fiesta berkenaan turut mencatatkan penyertaan 2,278 individu yang mendaftar bagi Wakaf Fund Run, dengan 2,016 peserta hadir menyertai acara larian, selain 1,145 penyertaan menerusi sembilan pertandingan dan aktiviti serta 671 jemaah bagi program Subuh Seramai Jumaat.

Kempen itu juga menyaksikan pertambahan 84 pewakaf autodebit baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 585 pewakaf aktif dengan kutipan bulanan RM13,259, selain mencapai 791,819 pengguna menerusi media sosial.

Dalam usaha memperkukuh ekosistem wakaf, Wakaf MAINPP memeterai dua memorandum persefahaman dengan ToyyibPay Sdn Bhd dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), selain melancarkan Portal One Wakaf MAINPP bagi memudahkan pelaksanaan wakaf tunai secara digital.

Wakaf MAINPP menegaskan usaha itu akan diteruskan melalui pengukuhan kerjasama strategik dan penglibatan masyarakat supaya wakaf dapat menjadi instrumen pembangunan sosioekonomi yang mampan serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.

09/10/2026

Jom sudah bermula hari ini di Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia

09/10/2026
09/10/2026

SOLAT SUBUH SERAMAI SOLAT JUMAAT

JOM KITA PENUHKAN MASJID!

Bayangkan suasana solat Subuh dengan saf yang penuh, meriah seperti solat Jumaat. Masya-Allah, alangkah indahnya!

Jom kita sama-sama hidupkan suasana ini di Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia bersama artis jemputan:

IJAM MEDICINE dan FBI

Hari: Ahad, 11 Oktober 2026
Tempat: Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia
Jam : 5.57pagi

Jemput datang beramai-ramai bersama ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

Ajak ayah, ibu, anak-anak dan kawan-kawan. Sama-sama kita imarahkan masjid, hidupkan solat Subuh berjemaah dan cipta suasana yang penuh keberkatan.

Jangan datang seorang saja. Ajak satu keluarga!

Subuh berjemaah, hati bersatu, masjid makmur.

Jumpa semua di Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia, insya-Allah!

🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♀️ KHAS BUAT SEMUA PELARI!Hari yang dinanti semakin hampir! 🔥Ahad ini, kita berlari bukan sekadar mengejar garis...
07/10/2026

🏃🏻‍♂️🏃🏻‍♀️ KHAS BUAT SEMUA PELARI!

Hari yang dinanti semakin hampir! 🔥
Ahad ini, kita berlari bukan sekadar mengejar garisan penamat, tetapi bersama-sama membawa semangat wakaf!

📅 11 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Masjid Ar-Rayyan, Bandar Cassia, Batu Kawan

🕠 5.30 pagi – Subuh Seramai Jumaat & ketibaan peserta
🕖 7.00 pagi – Ketibaan tetamu jemputan & senaman
🕢 7.30 pagi – Ketibaan YB Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang
🚩 7.45 pagi – Pelepasan 5KM Fun Run & 3KM Fun Walk
🏁 9.30 pagi – Tamat larian, persembahan, penghargaan & CABUTAN BERTUAH! 🎁

⚠️ Datang awal, bersedia dan jangan terlepas waktu pelepasan!

Jumpa anda di garisan permulaan! 💪🔥
BERLARI • BERWAKAF • BERSAMA MERAKYATKAN WAKAF

07/10/2026

🔥 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 & 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 — 𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 & 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐓𝐕 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈! 🔥

Berwakaf secara konsisten setiap bulan, sambil berpeluang memenangi hadiah menarik. 🎁

RM10 sebulan pun dah boleh mula berwakaf melalui InfaqPay.

💚 Khas untuk Pewakaf Berjadual Bulanan melalui InfaqPay:
📌 Anda secara automatik layak menyertai Cabutan Bertuah Wakaf & Menang!

🎁 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀:
🕋 1 × Pakej Umrah
📺 1 × Smart TV

📅 10 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Masjid Ar-Rayyan, Bandar Cassia

Pemenang akan diumumkan semasa Fiesta AFFIN Islamic International Wakaf Fund Run 2026.

📲 Belum jadi Pewakaf Berjadual Bulanan?
Jom mula hari ini serendah RM10 sebulan melalui InfaqPay.

Selain dapat berwakaf secara konsisten, anda juga berpeluang untuk memenangi Pakej Umrah atau Smart TV! 🎁✨

👉 Daftar wakaf bulanan sekarang:
https://infaqpay.my/go/wakafpulaupinang

📲 Tutorial cara daftar wakaf:
👉 https://youtube.com/shorts/LrrHiBmU8eA?si=CzBxmpGgzvoWAVwY

Satu langkah kecil untuk berwakaf, satu peluang untuk terus memberi manfaat. 🤲🏻






07/10/2026

3 hari lagii

07/10/2026

Jumpa Di Masjid Ar-Rayyan

06/10/2026

🔥 𝐅𝐈𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐀𝐅𝐅𝐈𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐂 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐅𝐔𝐍𝐃 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🔥

Menjelang 10 & 11 Oktober 2026, Masjid Ar-Rayyan, Bandar Cassia bakal menjadi lokasi himpunan pelbagai program menarik untuk seisi keluarga.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang dua hari fiesta, merangkumi sukan, rekreasi, pengisian agama, aktiviti keluarga, E-Sport, makanan dan pelbagai lagi. 🎉

Antara 5 acara utama yang bakal berlangsung:

🏃 AFFIN Islamic International Wakaf Fund Run 2026

🏅 Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2026

🎙️ Perasmian Fiesta AIWFR 2026 & Malam Gema Dakwah – Bicara Mufti

🌙 Subuh Seramai Jumaat bersama Ijam Medicine & Faizal bin Ismail (FBI)

✨ Malam Gema Ummah – Karnival Cinta Rasul dengan persembahan nasyid, qasidah & selawat

🎥 Jom dengarkan perkongsian Pengerusi Masjid Ar-Rayyan tentang kemeriahan dan pelbagai pengisian yang bakal berlangsung sepanjang Fiesta ini.

📅 10 & 11 Oktober 2026
📍 Masjid Ar-Rayyan, Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang

Ajak keluarga dan sahabat untuk bersama-sama memeriahkan Fiesta AFFIN Islamic International Wakaf Fund Run 2026.

Berlari bersama, berwakaf bersama. 🤲🏻

Jumpa di Masjid Ar-Rayyan! 💙






Address

Pinang
14100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Masjid Ar-Rayyan Bandar Cassia:

Shortcuts

Share

Category

Nearby realtors & realty services