21/10/2026
AKTIVITI KEMANG INDAH CONDOMINIUM | OKTOBER 2026 ✨🌿
Sepanjang bulan Oktober ini, pelbagai kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan telah dijalankan bagi memastikan persekitaran Kemang Indah Condominium sentiasa bersih, ceria, hijau dan selamat untuk semua penduduk. 💚
🧹 Pembersihan & Landscaping
Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan landskap bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, kemas dan teratur.
🌳 Aktiviti Penanaman Pokok
Aktiviti penanaman pokok bagi menghijaukan kawasan kondominium serta mewujudkan persekitaran yang lebih nyaman dan menarik.
🎨 Mengecat Taman Permainan
Kerja-kerja mengecat kawasan taman permainan yang dilaksanakan oleh Hilal bagi menceriakan kawasan tersebut.
🛠️ Pembaikan Pagar Chain Link
Kerja-kerja pembaikan pagar chain link di bahagian belakang bukit bagi meningkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan penduduk.
💚 Bersama-sama kita jadikan Kemang Indah Condominium lebih bersih, hijau, ceria dan selesa untuk semua!