Malbatt 850-12

Malbatt 850-12 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Malbatt 850-12, Real Estate, MALBATT VILLAGE, Port Dickson.
(1)

04/12/2025
04/12/2025
03/12/2025
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER MALBATT 850-12 KEPADA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMAKuantan, 26 Nov 2025 – Panglima Angkatan Bersam...
26/11/2025

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER MALBATT 850-12 KEPADA PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

Kuantan, 26 Nov 2025 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Zahani bin Haji Zainal Abidin TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi bin Haji Mohd Shalleh di Pejabat Panglima Angkatan Bersama, Markas Angkatan Bersama.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan sempena tamatnya misi MALBATT 850-12 di bawah penugasan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Dalam pertemuan tersebut, Kolonel Johan Effendi menzahirkan penghargaan atas nasihat dan sokongan berterusan yang diberikan oleh Panglima Angkatan Bersama kepada warga MALBATT 850-12 sepanjang pelaksanaan misi di Lubnan.

Panglima Angkatan Bersama turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Kolonel Johan Effendi atas kepimpinan cemerlang beliau yang telah memastikan kontinjen MALBATT melaksanakan misi dengan jayanya.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Komander MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Firdaus bin Shah Budin.

26/11/2025
KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER MALBATT 850-12 KEPADA PANGLIMA TENTERA UDARAKUALA LUMPUR, 25 Nov 25 – Komander MALBATT 850-12,...
25/11/2025

KUNJUNGAN HORMAT KOMANDER MALBATT 850-12 KEPADA PANGLIMA TENTERA UDARA

KUALA LUMPUR, 25 Nov 25 – Komander MALBATT 850-12, Kol Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh, telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, di Pejabat Panglima Tentera Udara, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Kunjungan ini dilaksanakan bagi menzahirkan penghargaan atas sokongan dan sumbangan anggota TUDM dalam penugasan MALBATT 850-12 sepanjang operasi di Lubnan.

Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk membincangkan pengalaman operasi, pencapaian utama serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan pengoperasian pada masa hadapan. Dalam pertemuan itu, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan turut menyampaikan ucapan tahniah dan pengiktirafan terhadap kepimpinan Kol Johan Effendi serta komitmen warga MALBATT 850-12 sepanjang melaksanakan misi tersebut.

Turut hadir semasa kunjungan hormat, Timbalan Komander MALBATT 850-12, Lt Kor Firdaus bin Shah Budin, dan Pegawai Staf 1 Tadbir MALBATT 850-12, Leftenan Kolonel Mohd Noradzhar bin Hadzir TUDM.

Address

MALBATT VILLAGE
Port Dickson
71050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malbatt 850-12 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category