27/09/2021
Beri peluang kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Kerajaan Malaysia cuba untuk mengimbangi jurang ekonomi dan sosial dengan menyediakan menyediakan rumah kos rendah kepada golongan B40 antaranya Rumah WIP, Rumah Selangorku, PPA1M, PR1MA dan Perumahan Rakyat (program kerajaan negeri).
Komplikasi yang terjadi dewasa ini ialah segelintir pihak yang lebih daripada berkemampuan B40 menjadikan rumah kos rendah sebagai intrumen pelaburan hartanah. Tindakan ini seolah mengambil hak golongan B40 dan dilihat kurang beretika.
Wujud dilemma sosial, moral dan ekonomi menatijahkan harga rumah kos rendah melambung ekoran kekurangan unit dipasaran dan spekulasi penjanaan keuntungan. Golongan B40 yang kurang berkemampuan terus terhimpit dan terpaksa menyewa sehingga ke ahir hayat.
Dicadangan beberapa panduan untuk pembelian rumah atau hartanah berdasarkan pendapatan isi rumah masa kini iaitu:
1. Dibawah RM3k, beli rumah yang berharga RM100 dan ke bawah.
2. Dibawah RM5k, beli rumah kawalan berharga RM100 hingga RM300k dan ke bawah (Rumah WIP, Rumah Selangorku, PPA1M, PR1MA).
3. Pendapatn individu yang melebihi RM5k, perumahan sediakada yang bersesuaian dengan tahap pendapatan (Mass Market).
Data pelaburan hartanah dalam rumah kategori ‘Mass Market’ lebih memberikan pulangan tinggi perbanding kategori rumah kos rendah. Pelajari dan fahami 7 kriteria rumah yang sesuai dijadikan sebagai pelaburan.
Rumah kos rendah bukanlah untuk tujuan pelaburan, jika tidak boleh membuatkan keadaan lebih baik, maka jangan memburukkan lagi keadaan dengan mengambil hak orang lain yang benar kurang berkemampuan.
Bagi tujuan pelaburan hartanah, masih terdapat cara yang lebih beretika, tidak perlukan modal yang tinggi atau tiada modal namun masih boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi dalam masa panjang.
Jom sama-sama belajar dan laksanakannya.