Aresix Cleaning

Aresix Cleaning Aresix Sdn Bhd (201901032147) is a cleaning service provider for residential, commercial & swimming pool cleaning

19/09/2025

“Paksu, saya lama dah nak tanya.....macam mana parent didik paksu jadi rajin mengemas dan pandai memasak” macam yang paksu duk buat selalu”???

Guys.

Banyak kali paksu ditanya soalan macam tu. Jadi harini paksu sharelah dengan semua friends & followers paksu di muka buku (especially ibu-ibu) beberapa tips untuk didik “anak lelaki” agar tidak jadi raja dan hanya pandai besarkan telur dua biji kat celah kelangkang tu, huhuhu!!! 👻🔫

1. Sejak usia 5 tahun, arwah mak paksu dah biasakan paksu dengan kerja rumah (sebab paksu anak manja/bongsu, memang selalunya duk berkepit je bawah ketiak ibu). Jadi paksu terdedah dengan semua tu dari awal dulu. Arwah mak cuci baju, paksu pun cuci baju. Bila mak paksu sidai kain, paksu pun sibuk ikut tiru. Arwah mak masuk dapur masak, paksu pun ikut masak sama (tapi masak style paksu). Budak-budak kan masa tu, apa yang paksu tengok itulah yang paksu ikut.....ha gittu. (Dah pecah rahsia no satu).

2. Paksu amalkan buat selalu. Bangun je tidur kemas katil dulu. Lipat selimut dan susun bantal satu-satu. Seminggu sekali paksu lap dan sapu. Lepas makan paksu kemas terus tak ada tangguh atau tunggu. Bila paksu buat lagutu, lama kelamaan dia jadi habit/tabiat.....kalau tak buat, hidup ni rasa macam tak lengkap (paksu rasa macam sesuatu). Train anak tu untuk buat selalu pasti diorang akan terbiasa nanti (trust me sebab paksu tak pernah menipu). 😜👎

3. Arwah mak paksu selalu puji, rajinnya anak ibu. Paksu memang pantang dipuji mula la kembang kuncup hidung paksu yang macam pelepah kayu tu. Bila dah dipuji, secara tak langsung ia bagi semangat dan dorongan untuk paksu walau sebetulnya paksu ni bukan rajin mana pun (malas jugak macam lembu). Terima kasih mak sebab selalu puji paksu dulu. Sebab pujian tu buat paksu jadi rajin buat kerja rumah dan sekarang jadi kerjaya kedua paksu. Jadi ibu-ibu yang baca post ni jangan lokek untuk puji anak-anak tau. 🥰✌️

4. Satu lagi paksu memang dididik oleh arwah mak untuk ringan tulang dan saling membantu. Arwah mak paksu berniaga kedai makan dulu. Jadi paksu tolong apa yang mampu. Paksu tak kisah orang nak cop paksu anak mak/anak manja atau macam ni macam tu. Sebab niat paksu satu, nak ringankan tugas arwah mak paksu.....cuma itu. 😉👏

5. Last but not least, jangan takut nak marah/tegur anak (tak kira laki atau perempuan) yang malas untuk sama-sama buat kerja atau bantu. Sebab bebelan mak-mak/ibu-ibu ni amat dasyat tau. Kalah pontianak harum sundal malam punya pekikan dimalam jumaat yang syahdu. Kalau rasa tak nak mak-mak naik hantu, elok buat kerja tu. Huhuhu!!! 👻🔫💔

Pada semua ibu-ibu, jangan manjakan sangat anak lelaki tu. Ubahlah mindset zaman tok kaduk dulu-dulu. Percayalah buat kerja perempuan ni takkan ubah anak-anak lelaki korang menjadi pondan atau lelaki jelmaan perempuan kecuali depa sendiri yang gatal burung nak jadi lagutu. Pada abah-abah, ubahlah perangai jadi raja dan tuan dalam rumah sendiri sebab zaman laaaniii bukan zaman Jepun tau. Zaman yang mana semua orang perempuan sumbat satu-satu. Laani era baru. Tunjukkan contoh yang baik, pasti anak-anak akan tiru.

Makan tempoyak cicah budu.
Senduk nasi pakai sudu.
Kalau nak anak rajin selalu.
Didiklah dari awal bukan bila dah kertu.

Haaaaa gitttuuuu!!! 🥰👍❤️💋

Sumber : Redzuan Abd Manaf

18/09/2025

Kajian Buktikan: Membersih Rumah Boleh Rosakkan Paru-Paru

Setiap pagi, Makcik Salmah akan capai botol spray. Lantai disental, tingkap digilap, meja dilap dengan peluntur. Rumahnya memang wangi dan berkilat. Tapi kini, usia baru masuk 50-an, dia mula tercungap naik tangga. Nafasnya semakin pendek, seolah-olah ada beban di dada.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Setiap kali spray atau mop dengan bahan kimia, partikel halus masuk ke paru-paru. Ia mengiritasi lapisan saluran pernafasan, menyebabkan keradangan berulang.

Dari masa ke masa, tisu paru-paru jadi kaku, terbentuk parut halus, dan saluran udara makin sempit. Inilah punca fungsi paru-paru perlahan-lahan merosot.

Dan ini bukan sekadar cerita. Kajian European Community Respiratory Health Survey yang ikuti lebih 6,000 orang selama 20 tahun mendapati, wanita yang rajin membersih rumah atau bekerja sebagai cleaner mengalami penurunan fungsi paru-paru setara dengan mereka yang merokok sederhana

💡 Apa boleh kita buat?

1. Kurangkan penggunaan spray berkimia contohnya glass cleaner spray, multi-purpose spray, atau air freshener spray.

2. Guna sabun pencuci biasa seperti sabun cuci pinggan cair atau sabun basuh tangan, yang boleh dicairkan dengan air untuk mop atau lap permukaan.

2. Sentiasa buka tingkap & kipas semasa membersih.

3. Jangan campur pelbagai bahan kimia.

4. Jika bekerja sebagai cleaner, pakai mask & sarung tangan.

5. Gunakan pewangi rumah semulajadi seperti daun pandan.

Pernah tak rasa dada ketat atau tercungap lepas kemas rumah? Jika sudah ada tanda, dapatkan pemeriksaan dan kurangkan penggunaan bahan kimia semasa mencuci rumah

16/02/2025

I cleaned my house to save money.
I cooked food at home to save money.
I price-matched different grocery stores to save money.

I never paid anyone to do anything for me, even though I was in a position to afford it. What I didn't realize was everything I did to save money took so much time and energy out of my life.

Cleaning my house took 4 hours.
Preparing meals took 4 hours.
Price-matching and going to different grocery stores took 4 hours.

One of my managers after seeing all this effort I was going through to save a few dollars told me "Leila, you spend 12 hours a week doing things to save money. If you took those 12 hours to close 3 more sales? You can pay people to do the rest of the work that is taking you 12 hours."

When I listened to his advice and put all of my attention into making more money instead of saving pennies, I was able to buy back my time and make more money while doing it.

From Competition to Collaboration Siti  had always possessed a keen eye for cleanliness. Her passion for tidiness led he...
29/04/2024

From Competition to Collaboration

Siti had always possessed a keen eye for cleanliness. Her passion for tidiness led her to start a small cleaning business in her community.
However, despite her dedication, Siti struggled to grow her client base beyond a few loyal customers. Determined to take her business to the next level, she decided to attend a networking event for local entrepreneurs.

At the event, Siti found herself surrounded by a diverse type of business owners, each with their own stories and experiences to share. As she struck up conversations and exchanged business cards, Siti's excitement grew. Little did she know, one chance encounter would change the course of her business forever.

During a coffee break, Siti met Che Mad, a real estate agent who was impressed by Siti's passion for cleaning and attention to detail. Sarah shared with Siti the challenges she faced in finding reliable cleaners for her properties and expressed interest in partnering with Siti's cleaning business.

Eager to capitalize on this opportunity, Siti and Che Mad brainstormed ideas for collaboration. They decided to offer specialized cleaning services tailored to the needs of real estate clients, including post-construction cleanups, move-in/move-out cleanings, and open house preparations.

With Che Mad's connections in the real estate industry and Siti's expertise in cleaning, their partnership flourished. As word spread about their high-quality services and attention to detail, they began receiving referrals from satisfied clients and real estate agents alike.

Buoyed by their success, Siti expanded her business beyond residential properties to include commercial cleaning services. They secured contracts with local businesses, office complexes, and retail outlets, further solidifying their reputation as the go-to cleaning service in the area.

As their client base continued to grow, Siti hired additional staff and invested in training programs to maintain the high standards they had become known for. Before long, Siti's cleaning business had become a household name, synonymous with reliability, professionalism, and exceptional service.

Looking back on her journey, Siti marveled at how attending that networking event had opened doors she never knew existed. Through collaboration and perseverance, she had turned her small cleaning business into a thriving enterprise, proving that sometimes, all it takes is one opportunity to spark success.

Siti Khairiah Sudin
Aresix Cleaning
_________________________

07/09/2023
28/05/2023

Kami ARESIX CLEANING menawarkan khidmat pembersihan di sekitar Lembah Klang.

Berikan detail seperti lokasi, jenis premis, jumlah kaki persegi, jumlah bilik dan jumlah bilik air. Sertakan sekali gambar2 terkini di premis tersebut.

✅ After Renovation Cleaning
✅ Construction Cleaning
✅ Interior Designer Cleaning
✅ Developer Cleaning
✅ Move In Cleaning
✅ Move Out Cleaning
✅ Swimming Pool Cleaning
✅ Warehouse Cleaning
✅ Restaurant Cleaning
✅ Office Cleaning
✅ Residential Cleaning
✅ Auditorium/ Event Hall Cleaning
✅ Any other cleaning

www.wasap.my/60103378330/poolcleaning

Jom Follow Social Media

FB Page
https://www.facebook.com/profile.php?id=100063586718587&mibextid=ZbWKwL

Tiktok
https://www.tiktok.com/.cleaning?_t=8YKwWIoNcsj&_r=1

Instagram
https://www.instagram.com/invites/contact/?i=qfjfzek4jmvs&utm_content=3hc8qwr

Website
www.aresix.com.my

Senang kerja kat sini.. 😆
12/01/2023

Senang kerja kat sini.. 😆

Toilet Cleaning
01/12/2022

Toilet Cleaning

Address

No. 22C, Jalan Kenari 22, Bandar Puchong Jaya
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aresix Cleaning posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aresix Cleaning:

Share