27/12/2016
Haaa... Dah lama bercuti tu jangan malas2 p**ak bila dah mula bekerja. Jangan curi tulang ye. Curi2 masa baca info tambah ilmu mengenai hartanah x apa..heheh..
Nak tahu apa beza Leasehold & property? Mari baca ni...
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
🏡FREEHOLD vs 🏡 LEASEHOLD
===========================
Freehold dan Leasehold.Dua istilah yang agak penting dalam pelaburan hartanah, kebanyakan individu yang ingin membeli rumah masih tidak tau apa perbezaan antara kedua2 istilah ini, so petang ni saya akan explain secara ringkas :)
📌FREEHOLD
Freehold atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemiliknya memiliki tanah itu untuk tempoh selama-lamanya (kekal). dalam erti kata mudah, pemilik ini memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kpd pemulangan semula kepada kerajaan.
📌LEASEHOLD
Leasehold atau pegangan berstatus pajakan p**a merupakan jenis pegangan ke atas hartanah itu untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Kebiasaan yang kita ketahui, masa pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri/pejabat tanah adalah 99 tahun.
Untuk leasehold, persoalan utama yang sering bermain di fikiran pembeli adalah apa yang akan terjadi sekiranya tempoh pajakan tersebut tamat? ok, disini saya akan menjelaskan.... sekiranya pajakan tanah tersebut tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri, walaubagaimanapun, jarang berlaku senario ini kerana pemilik hartanah akan diberi peluang untuk memperbaharui tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premiun mengikut kadar nilai hartanah semasa.
Untuk memperbaharui pajakan tanah, pemilik tidak perlu untuk menunggu sehingga tempoh pajakan tamat, apabila baki tempoh masih tinggal 30-50 tahun, pemilik tanah sudah boleh untuk memperbaharui tempoh pajakan.
NAK PILIH MANA? TERPULANG PADA ANDA, JIKA HARGA,KAWASAN DAN CONDITION RUMAH BERBALOI.
GRAB JELA PELUANG YG ADA OK!!
TUNGGU NAK SEGALANYA SEMPURNA TAKUT TAK SEMPAT.. X PUN MELEPASSSSS... 😂😂😂😂
Share jika anda rasa info ini bermanfaat. TQ 😊