14/01/2025
PANDUAN PEMBELIAN RUMAH PERTAMA.
Kepada yang baru bekerja dan baru bercadang untuk membeli rumah tetapi tak tahu bagaimanakah cara yang betul untuk anda berbuat demikian, mungkin boleh follow tips berikut untuk membantu dan memudahkan anda memiliki rumah pertama idaman anda.
1. Sebelum pilih untuk membeli sesuatu rumah, sila semak dahulu kelayakan pinjaman perumahan anda dengan bank/ejen hartanah
2. Kepada kakitangan kerajaan p**a, pastikan anda telah berkhidmat dengan kerajaan sekurang2nya setahun dan telah disahkan jawatan. Untuk mengetahui ttg syarat2 lain kelayakan pinjaman perumahan dengan kerajaan, boleh follow fanpage LPPSA.
3. Pastikan anda memilih untuk membeli rumah yang berharga sama atau di bawah kadar kelayakan pinjaman perumahan anda. Jangan beli rumah ikut keinginan anda, tetapi belilah rumah mengikut kelayakan anda. Untuk membantu anda memilih rumah di bawah kelayakan anda, boleh hubungi ejen hartanah.
4. Jika anda tidak berkesempatan untuk memilih rumah manakah yg sesuai dengan kelayakan pinjaman anda, lantiklah ejen hartanah yg berdaftar, kerana mereka mempunyai senarai rumah yang mungkin sesuai untuk anda.
5. Rajinkan diri anda juga untuk mencari rumah yang dibina oleh pemaju di bawah skim rumah pertama seperti PR1MA, Skim Perumahan Belia, Skim Rumah Kos Rendah dan lain-lain skim perumahan yang diinisiatifkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, untuk membolehkan anda layak memperolehi skim perumahan tersebut, anda masih tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yg ditetapkan oleh kerajaan dan syarat2 kelayakan pinjaman perumahan oleh bank/institusi pembiayaan.
6. Anda kena ada simpanan wang tunai sekurang2nya 15% daripada harga rumah yg anda layak beli. 10% untuk tujuan bayaran deposit harga jual beli dan 5% lagi untuk tujuan bayaran kos guaman urusan jual beli dan pinjaman perumahan.
7. Untuk pembelian rumah pertama yang berharga RM500k ke bawah, anda layak mendapat peremitan (potongan) duti stem pindah milik dan gadaian sebanyak 50% daripada duti stem penuh yang bakal dikenakan oleh LHDN utk rumah yang dibeli tersebut.
8. Setelah anda dapat pilih rumah yang anda layak beli, lantik lah peguam hartanah yg berkelayakan dan berpengalaman untuk bantu anda menguruskan urusan jual beli rumah tersebut.
Untuk membantu anda mengetahui prosedur terperinci ttg urusan guaman berkaitan jual beli rumah, boleh hubungi http://wasap.my/601111701597/nakbelirumah
9. Apabila urusan jual beli rumah anda telah sempurna, jangan terlalu memikirkan untuk menghias atau membuat renovasi rumah anda. Hiasilah rumah anda dengan seadanya mengikut kemampuan dan kelayakan anda. Yang penting anda telah memiliki rumah. Hiasan dalaman dan sebagainya adalah kosmetik semata2.
Selamat memiliki rumah pertama idaman anda.
Terima kasih. Moga perkongsian ini bermanfaat.
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.