03/06/2026
REKAAN RUMAH & KREATIVITI PEMILIKNYA
"Mana Bumbung Rumah Ni?" 🤔
Itulah soalan yang paling kerap kami dengar apabila orang pertama kali melihat rumah ini...
Hakikatnya, rumah ini direka khas mengikut personaliti pemiliknya sendiri.
Beliau merupakan seorang profesional yang gemar mengembara ke luar negara bersama keluarganya. Setiap kali melancong, beliau bukan sekadar bercuti, tetapi turut mengambil inspirasi daripada seni bina moden, hotel-hotel mewah dan kediaman eksklusif yang ditemui sepanjang perjalanan.
Daripada pengalaman itulah lahirnya idea untuk membina sebuah rumah yang berbeza daripada kebiasaan.
Tiada bumbung yang jelas kelihatan dari luar. Garisan reka bentuk yang bersih. Bentuk box-up yang moden. Ringkas, tetapi penuh karakter.
Rumah ini turut dilengkapi dengan bilik gym peribadi, membolehkan pemilik mengekalkan gaya hidup sihat tanpa perlu keluar rumah.
Bagi memastikan privasi keluarga terpelihara, sebuah private wall direka khas sebagai elemen pemisah yang memberikan rasa eksklusif sebaik melangkah masuk ke kediaman ini.
Di bahagian ruang tamu p**a, pemasangan multi-folding door yang besar membolehkan ruang dalaman dan luaran bersatu dengan harmoni, manakala skylight bersaiz besar membanjiri ruang dengan cahaya semula jadi, menjadikan suasana lebih luas, tenang dan mewah.
Inilah kelebihan membina rumah secara "FULLY CUSTOM".
Anda tidak perlu menyesuaikan diri dengan rumah yang dibeli.
Rumah itu yang perlu menyesuaikan diri dengan gaya hidup, citarasa dan impian anda.
Kerana apabila seseorang telah bekerja keras membina kerjaya dan kejayaan, mereka biasanya tidak mahukan rumah yang sama seperti orang lain.
Mereka mahukan rumah yang mempunyai identiti tersendiri.
Jika anda sedang merancang untuk membina rumah seperti ini, atau mahu berbincang idea rekaan mengikut gaya hidup anda sendiri, team kami boleh bantu dari konsep hingga ke pembinaan siap.
Klik bawah ini untuk mula berbincang dengan team kami hari ini utuk mula realisasikan rumah impian anda
https://linktr.ee/muhasadevelopment
https://linktr.ee/muhasadevelopment
https://linktr.ee/muhasadevelopment