18/08/2023
Kenapa orang sanggup untuk ulang alik pergi kerja sehingga 100km dari rumah?
Kenapa orang sanggup redah jammed sejam dua untuk ulang alik gi kerja dari rumah?
Kenapa orang sanggup ulang alik dari Seremban ke KL, dari Kuala Selangor ke KL, dari Klang ke Gombak?
Bila ditanya, rata-rata menyatakan sebab jauh itulah mereka mampu miliki rumah landed.
Sebab keselesaan dan kebahagiaan tinggal di rumah yang bertanah.
Ada orang kata, daripada habiskan masa diatas jalan baik duduk rumah flat je dan dekat dengan pejabat.
Namun sebab nilai kebahagian dan keselesaan yang kita pegang mungkin tidak sama.
Walaupun penat ulang alik jauh, walaupun penat redah jem, namun ini lah yang buat kita hargai setiap detik masa di bersama keluarga.
Kadang-kadang sampai rumah rasa letih, namun letih itu hilang bila dapat lihat anak-anak main depan rumah petang-petang.
Penat itu hilang bila dapat bersama minum petang dengan keluarga sambil melihat anak-anak bermain di sekitar rumah secara bebas.
Rasa seronok bila ibu ayah datang rumah boleh masuk rumah dengan senang terutama bagi ayah ibu yang berkerusi roda.
Eleh โ nanti pencen balik je duduk kampung, bina rumah luas dn ada tanah boleh bercucuk tanam.
Betul namun, masa tu mungkin umur sudah 50 60. Ayah ibu pun belum tentu ada lagi masa tu. Takkan diusia itu baru nak pijak kaki ditanah.
Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini merasa beban, namun bagi kami ini adalah perkara biasa dengan motor berpanas dan berhujan ulang alik bekerja.
Sebab ia tidak sama. Memang sama sekali tidak akan sama.
Selagi masih ada kebahagian bagi kami, setakat jauh, jem ni langsung bukan halangan malah perkara biasa.