25/02/2022
9 Sebab Kenapa Perlu Beli Rumah
Antara faktor pendorong utama yang menjadi sebab kenapa anda perlu beli rumah ialah kerana harga rumah yang semakin meningkat hari demi hari, polisi bank dan juga bagi memastikan pemilikan rumah di kalangan Bumiputera meningkat.
1. Tempat Berteduh
Semua orang sedia maklum bahawa rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia di muka bumi. Oleh itu, memiliki rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh dan berlindung.
Ya, memang betul anda masih boleh berteduh di rumah sewa, tetapi tahukah anda, di rumah sendiri anda lebih bebas untuk menyusun atur perabot, menghias dan mengecat dinding mengikut kreativiti anda?
2. Aset
Bilamana anda mempunyai sebuah rumah, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset. Hal ini kerana, hartanah dikira sebagai aset dan bukan lialibiliti. Rumah juga mampu dijadikan cagaran kepada pihak bank bagi urusan perundangan dan perbankan.
3. Harta Untuk Diwarisi
Apabila anda telah tua kelak, memiliki rumah merupakan satu bonus kepada anda untuk diwariskan kepada waris anda. Boleh jadi rumah tersebut menjadi tempat tinggal anak – anak anda mahupun dijual untuk mendapatkan tunai.
4. Harga Rumah Semakin Meningkat
Satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi ialah harga rumah semakin meningkat hari demi hari dan jarang sekali harga rumah jatuh.
Makanya, jika anda membuat keputusan untuk membeli rumah pada 10 tahun akan datang, anda terpaksa membeli harga rumah 10 tahun akan datang dimana harganya berkemungkinan tersangat mahal.
5. Polisi Bank
Sungguhpun anda mempunyai aliran tunai bulanan yang cantik dan mempunyai simpanan yang banyak, itu tidak berguna sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
Hal ini kerana, bank melihat anda berisiko untuk menjadi peminjam lebih – lebih lagi pinjaman perumahan dengan komitmen yang lama. Jadi, belilah rumah seawal mungkin.
6. Pelaburan Jangka Panjang
Andai kata anda ingin melakukan pelaburan, anda sebenarnya mulakan dengan memasuki industri pelaburan hartanah dengan membeli rumah jenis yang bersesuaian dengan budget anda di kawasan strategik berdasarkan jangka masa pembangunan sesebuah bandar baru.
Dewasa kini, pelaburan hartanah adalah instrumen paling popular dan kebanyakan pelabur hartanah menggunakan metode beli dan sewa atau beli dan jual selepas kawasan tersebut dikomersilkan.
7. Meningkatkan Pemilikan Rumah Kalangan Bumiputera
Mengikut artikel ini, peratus pemilikan rumah di kalangan Bumiputera boleh dikatakan pada paras yang sangat membimbangkan.
Bagi menangani isu ini, setiap individu Bumiputera harus bijak mengatur profil kewangan dan membeli sekurang – kurangnya satu unit hartanah seumur hidup agar peratus pemilikan rumah di kalangan Bumiputera meningkat.
8. Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Negara
Sungguhpun kedengaran agak ke hadapan, tetapi tahukah anda bahawa seiring dengan peningkatan peratus pembelian hartanah di Malaysia, ianya juga meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara?
9. Sumber Pendapatan Sampingan
Bagi anda yang ingin menjana pendapatan sampingan secara harian atau bulanan, anda boleh mulakan dengan mendaftarkan hartanah anda dan menjadi hos di CouchSurfing dan Airbnb.
Kedua – duanya adalah antara aplikasi smartphone yang digunakan sebahagian besar pelancong dan pelabur asing yang ingin menginap dalam suasana rumah di sesebuah negara berbanding menginap di hotel.
Jadi, kini jelaslah bahawa terdapat sebab – sebab yang kukuh kenapa anda perlu membeli rumah sekurang – kurangnya sekali seumur hidup dalam konteks yang berbeza merangkumi ekonomi, kemandirian dan sebagainya.
Kredit: KarangKraf
Pilihan di tangan anda, jika anda masih ‘selesa’ untuk menyewa dan terus mengkayakan penyewa rumah anda, silakan. Namun begitu, jika anda rasakan inilah satu ‘wake up call’ agar anda membeli rumah seawal mungkin jom cari rumah sekarang di sini!
*Saya Umar (RE'S) Yieldson Capital
*019 885 7441 atau whatsapp link dibawah.
https://wa.me/message/RZIINCLQBGLOC1
https://wa.me/message/RZIINCLQBGLOC1