27/12/2020
TAK ADA PAYSLIP, MASIH BOLEH BUAT LOAN RUMAH ?
Jom hentikan diri dari terus menyewa dan bangkit untuk capai azam nak beli rumah.
Ramai yang risau tak dapat beli rumah disebabkan ketiadaan payslip. Paling ramai ialah mereka yang berniaga sendiri. Ye la, biasanya golongan inilah yang tiada slip gaji. Yang makan gaji, dah tentulah ada slip gaji, kan?
Jangan risau. Selagi anda boleh sediakan dokumen-dokumen di bawah, peluang untuk anda buat loan rumah dan diluluskan oleh pihak bank, masih lagi cerah.
Apa dokumen-dokumen tu?
1. Sijil SSM (sekali dengan borang-E) dan borang berkaitan
2. Penyata akaun semasa (syarat sah untuk orang bisnes) selama 6 bulan.
3. Berdaftar sebagai pembayar cukai. Melengkapkan Borang Nyata Cukai Pendapatan selama 2 tahun.
4. Punyai rekod CCRIS yang cantik (angka 0 yang penuh mukasurat)
5. Sertakan sekali bukti yang anda ada membuat simpanan sebagai dokumen sokongan.
So, bagaimana p**a bank nak kira pendapatan anda untuk tujuan kelulusan pinjaman?
Katakan purata pendapatan perniagaan anda selama 6 bulan ialah RM60,000. Bank biasanya akan menganggap 20% daripada jumlah tersebut sebagai gaji anda.
So, RM12,000 akan dianggap sebagai gaji bulanan anda. Jumlah inilah yang akan dijadikan asas oleh pihak bank untuk menentukan samada loan anda akan diluluskan ataupun tidak.
Cara pengiraan yang seterusnya sama seperti posting saya yang terdahulu. Bolehlah anda rujuk semula nanti.
Semoga bermanfaat.