Estate4U

Estate4U REN @ PutraHomes Realty

05/09/2021

Bagi individu yang berhasrat untuk membeli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama korang, kan? Sebelum beli rumah, banyak ilmu dan perkara yang perlu diambil kir

JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMILIKI RUMAH SEMI-D 40'x80' by the Lake di Antara Gapi 🏡:🔹Hanya 30 minit dari KL🔹Price from RM...
23/09/2020

JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMILIKI RUMAH SEMI-D 40'x80' by the Lake di Antara Gapi 🏡:

🔹Hanya 30 minit dari KL
🔹Price from RM668k (after rebate 20%)
🔹Rumah 100% COMPLETED with CF
🔹Lebih menarik rumah ini dijual dengan pakej pemaju 100% LOAN, FREE MOT dan FREE LEGAL SPA!
🔹Well known Selangor Developer
🔹Installment from RM2,700/m untuk sebuah SEMI-D dgn binaan seluas 2,700 sqft
🔹🔹Dan... Boleh dpt CASHBACK sehingga RM83,000 💵 💵 😃
!
!
📞For viewing and appointment please contact me:
SHIDA (Ren 40527)
013-2267022 (Call/sms/Whatsapp)
Wasap.my/60132267022/SemiD_AntaraGapi
Wasap.my/60132267022/SemiD_AntaraGapi

13/09/2020

Defect Liability Period (DLP)
〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️

Lain kali tak payah bertekak dengan Pemaju kalau Pemaju berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Kalau rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Kalau mereka tak nak repair defect, buat ikut langkah ini.

• Langkah 1. Hantar surat rasmi kepada pemaju dan CC kepada peguam S&P kita. Hantar guna pos berdaftar (supaya ada rekod)

• Langkah 2. Tiada tindakan selepas 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan buat aduan ke Tribunal. Surat mesti CC kepada peguam S&P.

• Langkah 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawa 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.

Nota:
———

1. Kenapa kene CC kepada peguam S&P kita?

Sebab duit pinjaman dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang kawal. Kebiasaannya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.

Kontraktor mesti selesaikan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum selepas DLP.

2. Bila peguam dan bank akan lepaskan 5% retention sum?

Bank akan lepaskan retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi pemaju pun cuba tipu saya, mengatakan DLP hanya 3 bulan semasa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industri ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain

3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?

Apabila jadi kalau kontraktor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti langkah-langkah di atas.

Pemajupun boleh baiki dan tolak dari amount 5% retention sum.

4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP?

Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antaranya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)

So apa tindakan yang perlu kita lakukan? Hantar surat ke Pemaju, dah buat langkah ke 2 masih tiada maklumbalas dari Pemaju, pergi Tribunal buat aduan.

Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============
Pengalaman saya

Pengalaman PERTAMA

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang kontraktor perlu baiki. Pemilik kena baiki sendiri. Kontraktor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.

Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi kalau guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawa ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil pemaju dan pihak kontraktor datang ke rumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes SELESAI.
.........
Pengalama KEDUA

Kebocoran dalam bilik air saya betul-betul di atas cermin, menyebabkan cermin jadi tompok-tompok hitam.

Cermin tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, cermin saya rosak disebabkan kecacatan bangunan memang tanggungjawab kontraktor kena tukar baru.

Kontraktor tak nak layan, so saya buat sampai langkah kedua. Lepas tu kontraktor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.

So kontraktor kena dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tak sempat pun saya buat aduan ke tribunal 🙂

Kes SELESAI

Kredit: Wa Aqilah Aqeel

❗️Double Storey for Sale❗️🔹Bandar Enstek, Negeri Sembilan🔹~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 💥 Very beautiful like new, fully f...
10/09/2020

❗️Double Storey for Sale❗️
🔹Bandar Enstek, Negeri Sembilan🔹
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

💥 Very beautiful like new, fully furnished house at very attractive price 😃

Details:
————-
* 4 bedroom, 3 bathroom
* Build up: 1954 sqft
* 24’x80’
* Intermediate
* Freehold
* Bumi lot
* Parking can fit 2 car

Fully furnished:
————————
* Fridge
* Curtains
* TV cabinet
* Wardrobe
* Dining table
* Lamp & fan
* Water heater

Accessibility:
——————-
* 10 mins to KLIA
* 20 mins to Putrajaya/ Cyberjaya
* 10 mins to Sepang International Circuit
* 20km ke B.B.Nilai / USIM
* 30km ke Seremban
* 40km ke Putrajaya/Kajang/Bangi
* Akedemi Audit Negara
* KPJ Hospital & Klinik Kesihtan
* International College of Nursing and Health Science
* EPSOM college
* Mitsui Premium Outlet
* Tunku Kurshiah College
* Zemart Shopping Complex
* Mydin

- Nilai-Seremban-KL via Plus Highway
- SKVE Highway
- ELITE Highway
- KLIA-Cyberjaya-Putrajaya-KL via Mex Expressway

==========================
💲Asking Price: 560K (Nego)
==========================

📞For viewing and appointment please contact me 🙂:
SHIDA
Ren 40527
013-2267022 (Call/sms/Whatsapp)
https://watsap.my/0132267022
https://watsap.my/0132267022

❗️One and Half Storey Semi-D for Sale❗️🔹Seksyen 8, Shah Alam🔹~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~💥Well maintained Semi-d at v...
08/09/2020

❗️One and Half Storey Semi-D for Sale❗️
🔹Seksyen 8, Shah Alam🔹
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

💥Well maintained Semi-d at very strategic location in Shah Alam city center and close to many facilities and amenities 😃

Details:
————-
* Built up 2200sqft
* Land area 4500sqft. 50’x90’
* Extra land approximately 30’x40’ rear
* Leasehold
* Non-bumi lot
* 3 bedroom & 2 bathroom
* Gated and guarded

Nearby Developments:
———————————-
* Masjid Shah Alam (7 mins)
* Surau (2 mins)
* Tasik Shah Alam (6 mins)
* Kompleks Pkns (7 mins)
* Central i-City Shah Alam (9 mins)
* UiTM (8 mins)
* Hospital Shah Alam (9 mins)
* Avisena Hospital (12 mins)
* Schools (5-6 mins)

Accessibilities:
————————
- Federal Highway
- KESAS Highway
- GUTHRIE Highway
- Federal Highway
- ELITE Highway

=============================
Asking Price: RM995K (Nego)
=============================

📞For viewing and appointment please contact me 🙂:
SHIDA
Ren 40527
013-2267022 (Call/sms/Whatsapp)
https://watsap.my/0132267022
https://watsap.my/0132267022

❗️Land for Sale❗️🔹Sungai Penchala, Kuala Lumpur🔹〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️Details:————-* Land area: 8654 sqft* Type:...
08/09/2020

❗️Land for Sale❗️
🔹Sungai Penchala, Kuala Lumpur🔹
〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️

Details:
————-
* Land area: 8654 sqft
* Type: Rezab Melayu
* Tenure: Freehold
* Category: Bangunan
* Mukim: Kuala Lumpur

Accessibility:
———————
* Near Penchala Link/Sprint highway
* Ikea Damansara (8 mins)
* 1 Utama Shopping Centre (8 mins)
* Uptown Damansara (13 mins)
* Restaurant Sambal Hijau (500m)

==============================
💲Asking Price: RM1.5 Mill (Negotiable)
==============================

📞For viewing and appointment please contact me 🙂:
SHIDA
Ren 40527
013-2267022 (Call/sms/Whatsapp)
https://watsap.my/0132267022
https://watsap.my/0132267022

07/09/2020

10 KATEGORI HARTANAH YANG BERISIKO DAN PERLU ELAKKAN BELI

Saya tak kan jemu memberi peringatan kepada masyarakat agar elakkan terlibat dengan pembelian 10 kategori hartanah ini kerana IANYA BERISIKO.

Ini kerana, saya dapati masih ramai masyarakat kita khususnya orang Melayu yang terlibat dengan pembelian hartanah berikut walaupun telah dimaklumkan akan risikonya. Antaranya:

1. Beli tanah lot banglo atau tanah pertanian yang tiada geran individu.

2. Beli tanah felda / tanah di bawah kategori Akta Penempatan Berkelompok (GSA)

3. Beli rumah sambung bayar loan pemilik

4. Beli tanah pusaka sedangkan dalam geran masih nama si mati

5. Beli rumah subsale yang mana dalam geran masih nama pemaju dan belum dipindahmilikkan kepada nama pemilik asal (penjual) dan pemaju itu p**a telah "bankrup".

6. Beli hartanah yang bukan milik pemilik sebenar

7. Beli tanah TOL

8. Beli rumah dengan pemaju yang tiada lesen pemajuan perumahan yang sah

9. Beli rumah murah di bawah skim yang pelik-pelik

10. Beli rumah lelong yang ada kaveat

Alasan kenapa ramai orang kita beli hartanah di atas adalah kerana IANYA NAMPAK MURAH walaupun hakikatnya ianya tidak lah murah mana pun.

Apalah gunanya beli murah kalau hartanah yang anda beli tersebut tidak akan menjadi milik anda pun. Bahkan anda akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesusahan yang memeningkan kepala anda selepas membelinya. Adakah ianya berbaloi?

Bila saya nyatakan ianya berisko, ramai yang tanya dari sudut mana yang dikatakan berisiko tersebut?

Sebenarnya risiko-risko tersebut wujud dari banyak sudut. Antaranya:

1. Hartanah tersebut tiada geran indivudu. Apabila tiada geran individu, bagaimanakah ianya boleh dipindahmilikkan kepada pembeli. Sedangkan dari segi perundangan, hak, kepentingan dan pemilikan seseorang terhadap sesuatu hartanah hanya diiktiraf dan dilindungi oleh undang-undang apabila ianya telah dipindahmilikkan kepada pembeli tersebut. Contohnya beli tanah lot tiada geran individu berstatus bangunan. Mustahil ianya boleh dipindahmilikkan kepada nama anda sedangkan geran individu pun belum wujud.

2. Pemilik berdaftar dalam geran bukanlah nama pemilik sebenar. Jika pemilik berdaftar dalam geran masih nama orang lain, bagaimanakah ia boleh dipindahmilikkan kepada nama pembeli. Jika hendak dipindahmilik terpaksalah dipindahmilikkan kepada nama pemilik asal terlebih dahulu, kemudian barulah boleh dipindahmilikkan kepada nama anda. Contohnya beli tanah pusaka yang masih nama si mati, beli hartanah dalam geran bukan nama pemilik asal dan beli rumah di mana dalam geran masih nama pemaju.

3. Terdapat halangan perundangan yang menyebabkan ianya tidak boleh dipindahmilikkan kepada nama anda sebagai pembeli . Misalnya pembelian tanah TOL atau beli tanah felda / tanah GSA, di mana pindah milik tidak boleh dibuat melainkan atas kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Begitu juga dengan beli rumah lelong yang ada kaveat di mana ianya tidak dapat dipindahmilikkan kepada nama anda melainkan kaveat tersebut dibatalkan atau ditarik balik.

4. Transaksi tersebut tidak mematuhi peruntukan undang-undang atau tidak mematuhi amalan guaman hartanah yang sebenar. Misalnya, beli rumah dengan cara sambung bayar loan pemilik asal atau beli rumah dengan pemaju yang tiada lesen pemajuan perumahan yang sah atau beli rumah melalui skim perumahan yang pelik-pelik dan tidak diiktiraf oleh undang-undang atau amalan guaman hartanah yang biasa.

Apabila saya nyatakan ianya berisko, mesti akan ada yang tanya, bagaimanakah kalau saya buat Surat Perjanjian, atau buat Surat Kuasa Wakil, Surat Ikatan Amanah, Surat Akuan Bersumpah dan lain-lain surat untuk melindungi hak saya? Dan saya lantik peguam untuk sediakan nya. Adakah ianya masih lagi berisko?

Saya akan jawab soalan tersebut dalam posting akan datang.

Yang benar,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia
(K-LITERASI)

30/08/2020

TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DALAM GERAN. NAK JUAL SUSAH, NAK BANGUNKAN PUN SUSAH. APA YANG PATUT DIBUAT?

1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.

2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.

3. Kesannya di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.

4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.

5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.

6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.

7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:

I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney - PA).

Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.

Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.

Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.

II. Semua penama jual bahagian masing-masing.

Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.

Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.

Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.

Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.

III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.

Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.

Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.

Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.

IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan

Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.

Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.

Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.

8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.

9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.

10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.

11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.

Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak. Wallahuaklam.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI)

28/08/2020

The Overnight Policy Rate (OPR) has been cut 4 times in the first half of 2020 alone! Find out what are some of the effects on Malaysians' property buying behaviour.

❗️NEW DOUBLE STOREY SEMI-D AZHARA❗️🔹Antara Gapi, Serendah🔹〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️🏡Features attractive facades and...
17/08/2020

❗️NEW DOUBLE STOREY SEMI-D AZHARA❗️
🔹Antara Gapi, Serendah🔹
〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️

🏡Features attractive facades and quality finishings

===============================
💲Type A ~ 40’x90’ Price RM700K (after discount)
💲Type B ~ 40'x80' Price RM668K (after discount)
===============================

✳️PROPERTY DETAILS
———————————-
- Total units: 146
- Available units: 70
- Leasehold
- Bumi and Nonbumi
- Individual Title
- CF Ready
- Bedrooms 4+1
- Bathrooms 5

✔️Type A
- Land from 40'x90'
- Built up 2,796 sqft

✔️Type B
- Land 40'x80'
- Built up 2,714 sqft

✳️PROMOTIONS
————————-
- Booking only RM1,000
- Discount 20%
- Free MOT
- Free Legal Fee SPA

✳️NEARBY AMENITIES
———————————-
- SK Antara Gapi
- UPSI
- Stesen Komuter Serendah 7.2km
- KTM Batang Kali, KTM RASA, KTM Rawang
- Kelab golf Serendah

✳️EASY ACCESS
—————————
- PLUS Highway
- 28 km from Selayang
- Jalan Persekutuan Rawang
- Laluan Pintas ke Sg Tua Gombak
- Access is convenient via the NKVE as well as alternative routes via Sungai Tua, Gombak. For those who would rather opt for public transportation, Antara Gapi is just a mere 5-minutes from the Serendah Komuter

📞For viewing and appointment please contact me 🙂:
SHIDA
Ren 40527
013-2267022 (Call/sms/Whatsapp)
https://watsap.my/0132267022
https://watsap.my/0132267022

❗️LUXURY 3-STOREY SEMI-D HIJAUAN ENKLAF❗️🔹Alam Nusantara Setia Alam🔹〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️➿Here, Life Goes A Lit...
14/08/2020

❗️LUXURY 3-STOREY SEMI-D HIJAUAN ENKLAF❗️
🔹Alam Nusantara Setia Alam🔹
〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️

➿Here, Life Goes A Little Beyond The Ordinary➿
🏡Experience the most that life can give. With only 10 freehold residences, understated chic elegance describes these 3-storey freehold residences nestled amidst the serenity and beauty of ALAM NUSANTARA township. With your own private lift and ample space from 5,202 sq ft, celebrate life at its finest!

================================
💲Price from RM2.88mill to RM3.316mill (After 10% Discount)
================================
🔖Exclusive; Only 10 units.
- 9 units left

✳️PROMOTIONS
* Booking only RM10,000
* Free Legal fee for SPA
* Free disbursement fee
* Free MOT
* Harvey Norman Voucher RM30,000
* 10% Discount
* 10% Cash Back
* Incentive Documentation RM15,000 (T&C)

✳️PROPERTY DETAILS
* Freehold
* Individual Title
* Built up from 5,202 sqft - 5,967 sqft
* Land Area from 4,004 sqft - 4,413 sqft
* Bedrooms - 6
* Bathrooms - 6
* Powder room - 1
* Parking - 2

✳️UNIQUE FEATURES
* Private Lift
* Swimming Pool
* Premium Finishing
* Wide Window for Enhanced Ventilation
* Green Building Index (GBI) Compliant
* Gated & Guarded

✳️ACCESSIBILITY
* Well connected via the NKVE Expressway and Jalan Meru-Kapar
* Neighboring Setia Eco-Park & Setia City Mall. Just 5 minute drive to Tesco Setia Alam and Setia City Mall.

================================
💲Price from RM2.88mill to RM3.316mill (After 10% Discount)
================================

📞For viewing and appointment please contact me 🙂:
SHIDA
Ren 40527
013-2267022 (Call/sms/Whatsapp)
https://watsap.my/0132267022
https://watsap.my/0132267022

Address

Putrajaya
62050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Estate4U posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category