Najip Hartanah

Najip Hartanah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Najip Hartanah, Real Estate, Jalan P14, Putrajaya.

PENTING KAH PERJANJIAN SEWA RUMAH.. MEH AKU SHARE SIKIT.SERING kali media sosial memaparkan kes membabitkan penyewa dan ...
21/02/2022

PENTING KAH PERJANJIAN SEWA RUMAH.. MEH AKU SHARE SIKIT.

SERING kali media sosial memaparkan kes membabitkan penyewa dan pemilik rumah.

Penyewa gagal bayar sewa, Sering kali media sosial memaparkan kes membabitkan penyewa dan pemilik rumah.

Penyewa gagal bayar sewa, tertunggak berbulan-bulan. Pemilik bertindak mengunci pintu pagar. Ada juga yang menceroboh rumah yang disewakan, atas alasan mahu 'mengusir’ penyewa setelah gagal berbincang.

Terdapat juga kes, tuan rumah arah berpindah, sedangkan penyewa baharu mendiami kediamannya.

Tidak kurang juga rumah disewa rosak teruk akibat sikap tidak bertanggungjawab penyewa. Kerana itu pentingnya perjanjian

sewa dibuat bagi melindungi hak penyewa dan tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Datuk Nazri Mustafa, sering kali perjanjian sewa ini diambil mudah dan isi kandungan adakala sangat longgar.

“Ia hanya diteliti oleh pihak yang menandatangani perjanjian apabila berlaku perbalahan.

“Dalam perjanjian sewa ia mengandungi terma-terma penting seperti nama penyewa, nombor telefon, peranan dan tanggungjawab kedua belah pihak. Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Serta apa tindakan yang akan dikenakan sekiranya kedua belah pihak melanggar perjanjian sewa,” katanya.

*SIAPA PERLU SEDIAKAN PERJANJIAN*

Perjanjian sewa perlu dibuat selepas semua dokumen ditandatangani serta bayaran deposit dibuat iaitu sebelum penyewa masuk ke rumah.

Perjanjian sewa ini p**a perlu disediakan oleh pihak yang ada kemahiran menyediakannya seperti peguam.

Bagaimanapun, pemilik rumah boleh meminta bantuan ejen hartanah untuk menyediakannya dokumen tersebut. Tiada garis panduan yang khusus dalam menyediakan perjanjian sewa.

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat dengan mudah di internet termasuk contoh perjanjian sewa. Ia hanya perlu diubah sesuai mengikut keperluan.

“Yang terbaik perjanjian sewa disediakan oleh peguam. Tetapi caj yang dikenakan agak mahal. Kerana itu ramai yang memilih buat sendiri atau menggunakan perjanjian yang ejen hartanah yang sediakan. Namun,ada kes di mana perjanjian yang dibuat mempunyai kesilapan dan tidak menyeluruh.

“Bagi memastikan perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang, pemilik perlu menjelaskan duti setem dan dokumen ditandatangani di hadapan saksi.

“Penyewa juga dinasihatkan untuk menurunkan tandatangan ringkas di setiap helaian muka surat perjanjian bagi menunjukkan mereka telah membaca setiap kandungan yang ada dalam perjanjian itu,” katanya.

Perjanjian sewa boleh diubah walaupun tempoh perjanjian belum tamat, dengan syarat kedua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian tambahan secara bertulis dan disaksikan oleh pihak ketiga.

“Tetap sekiranya penyewa mahu menamatkan perjanjian lebih awal, dan pemilik tidak bersetuju, pemilik rumah mempunyai hak untuk mendapatkan baki daripada tempoh yang tidak diduduki oleh penyewa,” katanya.

*HAK PENYEWA DAN TUAN RUMAH*

Menurut Nazri, penyewa mahupun tuan rumah tidak boleh berbuat sesuka hati.

Sebagai penyewa mereka mempunyai hak untuk tinggal di dalam rumah itu tanpa gangguan daripada mana-mana pihak terutama pemilik rumah.

Tuan rumah p**a tidak boleh terlalu kerap datang ke rumah tanpa notis kerana pemilik sudah pun membenarkan penyewa tinggal di rumah mereka.

Sebagai tuan rumah menjadi tanggungjawab anda untuk menjelaskan segala bayaran cukai termasuk cukai pintu dan cukai tanah. Kegagalan tuan rumah menyelesaikan bayaran ini boleh menyebabkan rumah disita dan penyewa menjadi panik.

“Pada masa sama penyewa juga perlu pastikan keadaan rumah sentiasa dalam keadaan baik dan bayar mengikut masa masa yang ditetapkan.

“Walaupun ada kes penyewa ingkar bayar sewa. Pemilik rumah tidak boleh bertindak mengunci pintu pagar, pecah masuk, mengalih atau memindah keluar barang penyewa walaupun sewa tertunggak sehingga

berbulan lamanya.

“Ramai yang mempertikaikan apabila pemilik mengambil tindakan sendiri. Namun, mengikut undang-undang ia tetap salah,” katanya.

*TINDAKAN MAHKAMAH*

Tindakan melalui mahkamah boleh diambil terhadap penyewa yang enggan membayar sewa atau ingkar mematuhi peruntukkan dalam perjanjian sewa.

Tindakan ini biasanya dimulakan untuk mendapatkan kembali jumlah sewa yang tertunggak atau terhadap penyewa yang gagal mematuhi peruntukan di dalam perjanjian untuk mengeluarkan mereka dari premis yang disewa.

“Ini sudah pasti melibatkan masa dan kos,” katanya.

Terma-terma penyewaan sebuah premis kediaman dengan unit komersial sangat berbeza. Unik komersial memerlukan lebih banyak terma dan syarat dimasukkan ke dalam perjanjian sewa.

Setiap perjanjian mempunyai termanya tersendiri dan perlu di baca dengan teliti. Anda adalah terikat dengan perjanjian tersebut sebaik sahaja ia ditandatangani.

“Pada saya perlu ambil langkah untuk memeriksa atau saring bakal penyewa anda.

Biar lewat sedikit dapat penyewa, tetapi akhirnya anda menemui penyewa yang sesuai dan tidak memeningkan kepala.

“Anda juga boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah berdaftar untuk mencari dan melakukan proses saringan bakal penyewa. Adalah lebih baik anda mendapatkan pandangan dan nasihat peguam sebelum perjanjian ditandatangani. sewa yang tidak di bayar tetapi tidak membatalkan perjanjian sewa,” katanyKedua adalah Akta Relif Spesifik 1950. Yang mana ia menyatakan bahawa perintah mahkamah mesti diperoleh sebelum pemilik boleh mengambil semula pemilikan premis dari penyewa yang ingkar.

Sumber dari sinaronline pengarang siti zubaidah mat Isa 20 0gos 2018.

Sekiranya anda ade masaalah berkenaan penyedian PERJANJIAN SEWA RUMAH and boleh PM Saya

http://wasap.my/+60163771709/PERJANJIANSEWAAN

PERJALANAN SEORANG PEJUANG HARTANAH 02Apa sebenarnaya tujuan ANDA sebagai perunding hartanah nie..Bagi aku yang penting ...
10/02/2022

PERJALANAN SEORANG PEJUANG HARTANAH 02

Apa sebenarnaya tujuan ANDA sebagai perunding hartanah nie..

Bagi aku yang penting kene betulkan niat sebab ape korang nak jadi perunding hartanah, adakah untuk membantu mereka yang ingin menjual, menyewakan atau membeli hartanah atau demi keuntungan.

Just nak share je la, aku de dapat listing Sebidang tanah yang mane tanah tersebut telah diamanahkan kepada adik untuk menjual dan nama dalam Gran tersebut telah tertera name is adik dan abang yang mana abang sudah agak berumur tidak berapa sehat dan adik sebagai pemegang amanah untuk menjual tanah telah melantik saya sebagai REN untuk Pengurusan jual beli termasuk mencari pembeli.Aku sebagai REN nie agak terharu dengan cerita client aku nie. Dengan berkat usaha aku pun mula buat marketing untuk membantu client aku.

Dalam hal nie. DIMANA ada lagi 5 adik beradik yang tidak ada dalam Gran tersebut dan sangat memerlukan dana untuk meneruskan kelangsungan hidup, ade la macam masaalah setiap adik beradik tersebut dan Aku x naklah cerita detail Aku nie memang 0 dalam REN nie so aku hadap ja ape yang dihadapan sambil menolong client aku nie mencari cash buyer. Alhamdulillah cash buyer ade tapi dalam process nego dengan harga.

Ok la sekarang korangkan tau susah nak cari buyer disamping dengan adenye wabak COVID, berape ramai kene buang kerja dan business lingkup ade yang dari golongan T20 turun ke ke B40.

So nak jadi REN nie kene betulkan niat ya kawan² bukan ingat Masyukk sahaja

Kenela periksa ape tujuan mereka untuk menjual hartanah
1) Kesempitan hidup Dan memerlukan $$$
2) Investment/ pelaburan atau
3) Hartanah untuk kediaman sendiri

PERJALANAN SEORANG PEJUANG HARTANAH - 01Meh aku cerita sikit kat korang kenape aku join hartanah nie. Yang mane tau dulu...
09/02/2022

PERJALANAN SEORANG PEJUANG HARTANAH - 01

Meh aku cerita sikit kat korang kenape aku join hartanah nie. Yang mane tau dulu sebelum nie aku bekerja sebagai pegawai keselamatan Dan kesihatan ( SHO) nape aku berenti, bukan berenti sebab kontrak dah abis. So aku pun de la apply kerja mane tempat nak pakai sho. Rate² yang dapat semua jauh dari anak bini. Ye la anak² kecik. Cam aku dengan wife aku memang lame dah x de Mak. Tinggal ayah ja. Dari kawin sampai de anak memang harungi bersama. Wife pantang pun sendiri den la yang jage.. ehh. Terpesong p**ak cerita.. so faham² je la ye. Aku nekat je masuk hartanah nie Dan buat ikut otai² hartanah yang berjaya buat.

Ohh ramai gak pm aku tuka bidang ke? Nape tuka bidang so soalan tu aku jawab dengan tenang sahaja. Jawapan de kat atas tu. Satu ja aku pegang REZEKI ADA DIMANA, KENE DOA,yang paling penting USAHA,IKTIAR Dan last sekali Tawakal, orang Kate DUIT..

Ok..aku lame dah peratikan bidang hartanah nie. De la berape kawan masuk hartanah nie, sembang la cam mane income semua. Bagi aku bidang hartanah nie kene melabur dulu baru dapat hasil. Bukan makan gaji kerja cukup bulan cucuk keluar duit. Bidang hartanah nie ko kene melabur sebagai contohnya

- Nak buat banner $$
- Nak Masuk agency kene bayo guys
- Nak dapat kan REN kene pergi kusus NCC name die
- Nak iklan property ko tu dalam mudah, propertyguru ke iproperty ke tu nak kene bayo guys $$
- Belum cost pergi view property korang tu
- Belum lagi kena sailang, yang nie belum lagi kene, tapi mungkin akan merasai sebagai seroang REN

X pe semua nie ilmu jangan PK negative sangat OK. Sampai disini sahaja cite panjang². Aku share yang pahit ok yang Manis aku de mase aku share..

Baru saya fhm😔Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw ...
09/02/2022

Baru saya fhm😔

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

-Unknown writer-

KENAPA ANDA PERLU ADA TANAH.Sebenarnya ada tanah sendiri amat penting. sebagai contoh anda tidak mahu menetap di bandar ...
05/02/2022

KENAPA ANDA PERLU ADA TANAH.

Sebenarnya ada tanah sendiri amat penting. sebagai contoh anda tidak mahu menetap di bandar dengan kesebokan kota dan ingin menetap dikampung anda perlu memerlukan tanah untuk membina rumah dan bercucuk tanam.

Sebagai contoh anda ingin membeli tanah sebagai pelaburan anda perlu mengetahui tanah tersebut sesuai untuk tanam jenis apa dan sekiranya berhasil tanaman tersebut berapakah hasil setiap tuaian.

Ada juga yang ingin membeli tanah untuk membuat homestay lagi² dikawasan yang tenang dan pemandangan cantik seperti di kawasan tanjung karang dengan tanaman sawah padi yang menghijau. ia afalah satu pelaburan yang amat menguntungkan. disebablan rata masyarakat sekarang ingin keluar dari kesebokan kota.

Meh nie saya ada lot tanah yang ingin dijual oleh client saya.

PROPERTY DETAIL
Tanah Sawah
Lokasi : Tanjung karang ,Sungai Sireh
Gran individu
2.889 Arce
Tanah Rezab Melayu
Leasehold baki 66 tahun
Price RM 320k Nego
PM for more Details
Najip Perunding Hartanah - http://wasap.my/+60163771709/BELI TANAH
ACEAKL

04/02/2022

ANDA NAK BELI RUMAH JOM KITE BELAJAR TIP CARA NAK BELI RUMAH

# TIP No.01
Tentukan Tahap Kemampuan Kewangan Anda

" Sebagai contoh gaji RM2,500, rumah ape yang aku akan dapat nie, nie adalah kebanyakan atau rata² bakal pembeli rumah akan tertanya². So anda jangan risau anda boleh gunakan pelbagai kaedah sama ada manual atau pun secara auto. sekarangkan mudah.

Nie kat bawak aku sertakan contoh kalkulator yang ade di internet, korang just keyin ja

Anda boleh gunakan pelbagai kalkulator di Internet untuk menjawab soalan ini, contohnya:

1 - PropertyGuru Loan Pre-Approval: Semak sama ada anda layak untuk mendapatkan pinjaman bank. Alat ni mempunyai ketepatan sebanyak 99%.
2- Affordability Calculator: Masukkan gaji serta komitmen bulanan anda, dan anda akan dapat jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda.
3- Home Loan Calculator: Kalau anda dah tahu jumlah pinjaman dan berapa puluh tahun kena bayar, kalkulator ni akan kira berapa banyak anda kena bayar setiap bulan.

sembang punya sembang aku nak bagi tau , pinjaman rumah yang korang nak buat tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar. Tu la senang nak cita. so senang x guys.

Jadi kalau gaji anda RM2,500 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM 830.00 cam tu untuk pinjaman perumahan korang.

Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang korang perlu ambil kira seperti bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi. X pe la korang like share and komen page aku nie.. nanti aku terangkan sikit- berkenaan bende kat atas nie

Assalamkualikum.
Ingat properties ingat la Najip Hartanah

KISAH BENAR SEORANG OWNER RUMAH YANG HUTANG BERTIMBUN"  dah nak habis. Saya nak jual rumah   sebab nak settlekan macam-m...
26/01/2022

KISAH BENAR SEORANG OWNER RUMAH YANG HUTANG BERTIMBUN
" dah nak habis. Saya nak jual rumah sebab nak settlekan macam-macam hutang peribadi.
Masalahnya, saya ni dengan kerja. Mana ada masa nak cari pembeli. Saya pun tak tahu macam mana proses nak uruskan penjualan rumah saya ni."
----------------------------------------
Anda pun pening dengan masalah yang sama?
Jangan risau!
Saya ada penyelesaiannya untuk anda!
Kenapa anda patut saya:🥰
✅ Mempunya database pembeli
✅ Bersama dengan Agency yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang hartanah
✅ Membantu Banyak Pemilik serta Pembeli hartanah
✅ Mempunyai rangkaian ejen hartanah melebih 100 orang
✅ Mempunyai rangkaian peguam, pegawai bank, jurunilai yang luas.
Nak lebih best lagi? Anda akan dapat update daripada saya hingga hartanah anda terjual!
saya sekarang juga di 016-3771709 atau Hanya klik link dibawah sahaja..Mudah Itu jea.....😎

JUAL: http://wasap.my/+60163771709/JUALRUMAH
BELI : http://wasap.my/+60163771709/BELIRUMAH
SEWA : http://wasap.my/+60163771709/RUMAHSEWA

MENCARI PENYEWA: http://wasap.my/+60163771709/CARIPENYEWA

Untuk info lanjut boleh ke FB Page: NajipHartanah
Dibawah RM500K

MOHAMAD NAJIP
0163771709
Perunding Hartanah
Aceakl Estate Agency Sdn Bhd





Like, Comment atau Share kepada Sedara-mara,kawan-kawan @ Jiran-jiran yang masih mencari-cari
rumah idaman 2022..
p/s: Fokus saya di kawasan KL,Putrajaya & Selangor

Address

Jalan P14
Putrajaya
62050

Telephone

+60163771709

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Najip Hartanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Najip Hartanah:

Share

Category