24/11/2020
ISTIQAMAH DALAM "PERJUANGAN" 😊
Kita faham, dalam suasana pasaran hartanah yang tak menentu sekarang ini, ramai yang masih tercari-cari rentak untuk mencipta kejayaan dalam bidang perundingan hartanah terutamanya buat mereka yang baru setahun jagung menceburinya.
Ramai yang masih belum dapat mencari listing untuk dijual/disewa walaupun pelbagai usaha telah di jalankan untuk "pecah telur".
Kalau dah ada listing pon, ramai yang masih belum berjaya menarik prospek untuk set appointment untuk ber"viewing"dengan kita.
Kalau dah ada prospek yang contact nak set appointment untuk viewing p**a, ada yang tak serious dan "main-main". Bila tiba waktu yang dijanjikan, prospek tak muncul-muncul dan kita dah mula rasa kecewa.
Kalau ada yang dah datang untuk viewing dengan kita pon, mereka masih belum buat keputusan untuk lock dan book hartanah yang kita jual walaupun dah menyatakan "minat" mereka untuk memiliki hartanah tersebut.
Kalau ada yang berminat dan dah book hartanah tersebut, masalah loan nya p**ak tak approve dan terpaksa cancel.
Dan senarai masalah ini berterusan dari masa ke semasa...
Takpe.. JANGAN PUTUS ASA. Rezeki yang Allah janjikan kepada hamba-Nya yang tekun berusaha pasti AKAN TIBA. Dia cuma nak uji kita, nak tengok sekuat mana tekad dan usaha kita ke arah mencapai impian dan cita-cita yang kita harapkan. Bersabarlah banyak-banyak. Teruskan BERUSAHA daN BERDOA. Solat jangan tinggal. Seusai solat, panjatkan kesyukuran kepada-Nya dan niatkan dalam hati bahawa apa yang kita kerjakan ini adalah semata-mata kerana IBADAH daripada seorang Hamba kepada Tuhannya.
Insya Allah, kalau kita ISTIQAMAH dalam pekerjaan dan TERUS FOKUS untuk mencapai BIG WHY kita yang telah kita "set kan" sebelum menceburi bidang perundingan hartanah ini, REZEKI ITU PASTI AKAN TIBA JUA.
Jangan mengaku kalah, jangan terus rebah menanti belah. Teruslah berjuang hingga kita DAPAT apa yang kita IMPIKAN!
Saya selalu doakan kejayaan kita semua kerana saya PERCAYA bahawa..
DIA ADA DENGAN KITA! 😊